Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Ini Soal Hati Dan Perasaan...

Salam... Salam Tahun Baru 2010...Belated Maal Hijrah 1431H... Ada azam ke? Dulu2 selalu ikut orang je. Orang buat azam n bila cikgu tanya, kenalah beritahu kan? Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku dah takde azam sebab tak tau nak aim ape... Bagi aku, nak aim apa2 kena istiqomah, tetapkan hati dan yakin dengan apa yang kita nak aim tu. Kalau setakat cakap kat orang kita nak buat itu ini...begitu begini tapi sudahnya...hmmm... Alright...lepas dah lama tak update+takde idea, hari ni aku menulis lagi. Blog coretan pun kadang2 je aku usik, itupun kalau ada ideanya. Kalau tak, bukak dan tengok tanpa tambah apa2. Ni pun terlanjur menulis, update blog sekali. Walaupun malas yang teramat sangat+dengan internet yang kadang ada, kadang takde kat KL ni... Kesinambungan dari entri lepas...lately makin banyak yang jadi keliling aku. Selalunya, kawan2 yang akan jadi mangs serbuan aku...dioranglah tempat aku luah perasaan yang terbuku sampai satu masa aku rasa diorang dah takmo pinjam

Mengalah Tak Bererti Kalah...

Salam... Setelah sekian lama mencari tajuk+masa+kelapangan, akhirnya...menulis jugak aku hari ni. Walaupun dalam hati tak betul2 lapang tapi mahu tak mahu aku paksa diri jugak... Selama tak menulis kat sini, banyak tak banyak jugak hal yang jadi cuma mood tu belum mari lagi nak menulis... Ini pun so-so je... Tiba2 je bukak bookmark kat browser (walaupun tak payah nak bookmark langsung), pasal 1 kete ni... Rindu pulak time2 'dia' tanya pasal kete ni kat aku...hahaha. Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah berbulan2 pun benda ni berlalu. Kesannya masih hangat terasa...sangat poyo aku ni... Biarlah benda tu nak berlalu pun walau masih kekal dalam ingatan...wah, puitis2 pulak kan? Tiba2 jugak, aku rasa semacam je akhir2 ni. Yang paling terkesan ialah pasal hal yang ini , dan buat aku rasa...tak baiknya buat budak tu macam tu kan? Lebih menguatkan rasa bersalah tu bila tiapkali aku YM dengan dia, langsung tak balas... Kadang2 aku fikir, aku ni jahat ke sampai orang pun tak

Jangan Fikir Lagi!

Salam... Selamat Hari Raya Korban (belated)... Raya tahun ni keseluruhannya (dengan Syawal sekali) sangatla terasa suramnya.Ada orang kata kalau tak rasa raya maksudnya ada yang kurang masa puasa...wallau a'lam... Tiap orang punya pendapat yang berbeza... Erm...mula hari ini (lama dah niat), dah malas nak fikir benda2 yang akan buat aku rasa sakit hati dan menyesal kemudiannya... Sepatutnya mesti fikir habis2 barulah bertindak, bukan? Aku je yang 'bijak pandai' sangat fikir benda2 yang tak sepatutnya konon2 baik hati sangat (poyo je) rasa tak sampai hati kalau tak fikir... Ok, dah tak mahu fikir2 lagi dah nanti lagi banyak menyesal. Bila dah menyesal nak salahkan siapa lagi kan? Asalkan tak menyusahkan sesiapa lagi, sudahlah... Tak sampai hati tak bermakna kejam kan? Berfikir pada hal2 yang sepatutnya saja... Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Tak mahu cakap ni lagi tapi tetap rasa yang ini... Bila ada idea, malas nak tulis kat kertas lepas tu lupa...langsung hilang i

Abah!

You're 54th!

Rindu Sangat...

Salam... Agak-agak lama tak menulis kan? Layout blog pun dah tak ada sebab aku sengal tak tahu yang comment tu tak keluar apa2 langsung... Lepas dah berbulan2 (minggu je kot?) baru perasan... Menyesal sebab gila sangat nak guna layout cantik2 tapi tak tahu nak guna... Dan bila dah tukar macam2, barulah tersedar yang banyak benda pun hilang sekali... Memang aku sengal pun... Dan sekarang harap2 aku stick dengan layout yang macam ni je. Supaya tak sakit hati lagi dah lepas2 ni... Dan kalau boleh takmo ada rasa nak cantik2an lagi dah blog ni sebab buat apa pun tetap jugak tak nampak cantiknya...huhuhu! Dan sekarang adalah sangat2 bosan yang amat... Mengantuk, mata kabur... Kepala sakit pulak tu... Ok, cuma nak beritahu hal yang ini je...Pasal kenapa tukar layout blog je. Mengantukkkk...huargh!!! Bosan... Nak tido tapi nanti tak pasal2 kena sergah dengan cikgu2 pulak... Cuti sekolah nanti nak buat ape je ek? Kena jugak datang sekolah sekali-sekala (1 bulan 1/2 bukan lama sangat pun

Jamuan Akhir Tahun Pra-Sekolah...

Salam... Aku tak pergi L.A.N.G.S.U.N.G.? Sebabnya aku segan... Entah kenapa agaknya aku perlu ada perasaan begitu? Sekarang ni dah menyesal sangat2... Sepatutnya W.A.J.I.B. memenuhi undangan kalau dah dijemput, kan? Nak2 siap dibagi kad jemputan pulak tu... Mesti orang yang menjemput tu rasa kecewa kan? Tak tahulah aku kenapa aku macam ni? Malunya...menyesalnya... Dah jadi tak boleh nak buat apa2 dah. Tadi dah nekad nak pergi je tapi tiba kat kantin aku patah balik sebab ramai sangat umat manusia. Padahal jamuan tu ada kat dewan je... Aku rasa sebab aku takde teman kot? Cikgu2 lain dah tentu2 ada kawan2... Aku ni macam tak reti2 nak blend diri dalam kumpulan cikgu2 ni... Dah setahun pun aku masih jugak macam ni. Malu sungguhlah aku ada rasa yang macam ni. Bukan ada ap2, ajak makan jamuan pun nak malu2... Tak bertempat sungguhlah malu aku ni... Tibai je lah kan? Peduli apa pun kan? Bukan kita ada buat salah ke... Tidak akan ada ulang tayang lagi dah hal2 macam ni. Memanglah budak2

Kau Istimewa!

Salam... Masa sibuk2 (apa motif aku berkata begitu?) cari teman2 lama zaman sekolah kat FB, jenuhlah mencari nama2 yang aku ingat TAPI kebanyakkannya tak jumpa langsung... Kenapa? Mungkin sebab diorang guna 'nickname' yang lain, sebab diorang tak join FB langsung (mungkin je...) atau aku yang sengal sebab tak pandai nak cari nama2 diorang. Orang2 yang paling dikehendaki (aku yang nak...) dah tentu2 kawan baik masa sekolah rendah dulu2. Maklumlah sekolah tak 'famous' so sangat susah nak jumpa gamaknya...huhuhu! Masa kat Friendster (FS) pun aku dah cuba cari tapi tetap jugak tak jumpanya... Aku kebuntuan... Dan dalam mencari2 tu (sambil dengar lagu seperti tajuk di atas oleh Indigo), teringat pulak kat budak2 lelaki yang aku lebih senang nak kawan dengan diorang (dululah). Tak pelik kalau perempuan lebih senang habiskan masa bermain2 dengan budak2 lelaki...lumrah kan tu? Samalah jugak dengan aku... Lebih menguatkan pengakuan ini adalah bila adik2 aku sendiri lelaki semuan

How To Be A +ve Thinker?

Salam... Lately, macam2 yang aku rasakan ada dalam hati aku. Sampaikan kat status "fesbuk" pun aku libatkan sama. Nampak macam nak tarik perhatian - hello! aku ada disini... Tidaklah sampai macam tu sekali walaupun dalam hati pernah terdetik macam tu (haha, kantoi!). Aku suka nak jadikan diri aku macam orang lain...selalu positif bila hadapi sesuatu yang terjadi. Aku je selalu nak macam tu tapi tak berusaha pun ke arah tu. Entahlah, persoalan tentang diri sendiri ni, hanya diri sendiri lebih tahu, kan? Ada orang pernah nasihatkan aku untuk selalu Think Positive dalam apa jua keadaan. Tapi kalau kita nak fikira yang negatif, boleh tak? Sebab pada akulah kan kalau dah fikir +ve secara automatiknya aku anggap dia itu baik segalanya (dalam konteks perangai manusia) dan bila terserlah semua yang kita tak sangka sama sekali aku akan rasa menyesal kemudiannya. Menyesal sebab anggap dia baik macam tak pernah buat salah, macam tak ada kelemahan langsung. Itu pada akulah... Macam tu j

Cerita-Cerita Dalam Hidup Kita

Salam... Maaf, tak ada tajuk lain dah ni... Main tipu, amek lirik jadikan tajuk...haha! Hujung minggu yang baru lepas ni sangat2 kena dengan masanya. Almaklumlah apa yang jadi baru2 ni telah membuatkan aku sakit hati (dan terfikir2 apakah marah ini akan bertahan lama?) dan takkan lupa sampai bila2... Memaafkan Itu Mudah, Melupakan Itu Payah...! Cuci The Musical! Hebat! Itulah apa yang aku rasa saat menonton teater ni. Kata orang, Jangan Menilai dari Rupa... Nah! Apa yang aku sangka selama ni (tak best la...filem je ok) semuanya silap2 belaka. Dari mula lagi kami dah gelak2 tengok gelagat diorang (pelakon2 utama teater ni)... Aku yang dah sedia sakit tekak ni sakan gelak tengok apa yang diorang buat dan apa yang diorang cakap... Tak dapat nak cakap apa lagi sebab teater ni sangat2 best. Aku harap akan ada ulangan macam PGLTM tu... Ni pun nasib2 je dapat tengok sebab kakak sepupu dapat tiket percuma (orang tu keje dengan penaja utama CTM ni)...  Aku rasa diorang ni tak ikut skrip 100% ko

Gurauan Paling KASAR & Tak KELAKAR Langsung...!!!

Salam... Ini sambungan hal semalam... Aku dah tahu siapakah 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Umur aku sekarang ni bukanlah waktu untuk main2 lagi TAPI aku jugak yang 'pandai' sangat pergi layan... Tahniah untuk diri sendiri sebab relakan diri untuk diper'bodoh'kan... Sangat2 terasa sakit hati sampai sekarang ni. Selama ni apapun gurauan aku boleh TERIMA tapi malam tadi aku tak boleh terima LAWAK BODOH yang paling KASAR aku pernah terima setakat ni... Kalau orang lain yang kena, senang je aku nak nasihat macam2 tapi bila kena kat diri sendiri...terimalah seadanya. Sampai aku terfikir2 pernah ke aku buat orang sampai macam tu sekali sebelum2 ni? Aku selalu macam ni. Apa yang jadi kat aku hari ni mesti akan buat aku fikir apa yang aku buat kat orang masa dulu? Kalau pernah aku buat macam tu kat orang, aku redha andai ini adalah balasannya. Tapi seingat aku walau aku pernah mengusik kawan2 dengan cara yang macam ni taklah sampai teruk2 sekali.Setakat tegur2 d

Tolonglah Jangan Main-Main!

Salam... Apa korang rasa bila ada je nombor yang tak pernah korang tahu, ternampak dan tak tahu siapa punya nomborkah itu tiba2 je bagi sms, "hi mkwe :-)" ... Dah lah eja Makwe jadi Mkwe... Hahahah, biasalah bahasa pasar dalam sms...itu bukan masalah. Oleh kerana nak tahu siapa dia (sebab selalu fikir ada yang nak kenakan aku atau kawan lama yang nak mengusik mungkin), aku layankan sajalah. Aku jawab dengan pertanyaan, "sapo ni?" . Dia balas lagi, "ai,pkwe lme awk dlu pn awk xknl da ke?" . Memang kegemaran dia kot suka eja macam tu. Lepas dah balas2 tu semua... Aku pun suruhlah dia beritahu je siapa dia? Mana dia dapat nombor aku tu? Dia kata kawan2 aku jugak. Dan aku tak dapat nak trace atau detect siapakaha yang dia katakan sebagai 'kawan2 awak jugak tu'... Boleh pulak dia kata dia budak S******G jugak padahal aku bukan duduk situ dan paling aku tak berkenan bila dia tahu aku part time kat mana... Seingat akulah kan, tak ramai yang tahu aku part

Yang Terbaik!

Salam... Lagu terbaru yang currently playing in my playlist... Sang by Marsha. Sebenarnya aku sedang mengimbau kenangan2 lama bila dengar lagu2 lama KRU (tiba2 pulak). Memang mengimbau betullah. Dengar 1 lagu teringat scene yang terjadi masa tu...Dan lagu2 KRU terutamanya bawa pengaruh sangat besar dalam menjadi aku yang sekarang (memuji bukan kerana apa2). Dangdut, rock, balada dan sebagainya juga tak ketinggalan. Nak2 kongsi dengan kawan2... Aku pun tak sangka aku minat dengar lagu2 dan sambil2 menyanyi. Bila tengok balik sijil berhenti sekolah rendah agama (kat sekolah ni belajar Fardhu Ain je...), komen ustaz yang masa tu adalah guru kelas kitorang - aktif dalam nasyid. Apa motif aku cite pasal ni pulak ye? Entahlah...sesaja je. Tak semua benda yang kita buat perlukan sebab kan? Aku suka suasana sekolah tu dulu. Hari2 kitorang cuma belajar menghafal surah2 pendek... Belajar pasal solat dan sebagainya... Belajar menyanyi. Dah hafal surah2 pendek, baca depan tetamu (time hari penyamp

Tahniah! Ini Barulah Betul2 Speechless!

Salam... -muka depan CD interaktif- -mesti warna warni untuk budak2- Senangnya dalam hati... Baru je beberapa minit lepas 1 of the pre-school teachers told me... CD interaktif yang diorang buat sangat last minute tu menang??? Mau tak last minute? Seminggu je kena siapkan. Dah la datang tiba2 lepas tu tiba2 jugak bagi task. Kira main pilih je sekolah mana pun untuk buat CD tu. MUla2 diorang (the teachers) datang nak suh tolong2 buat. Aku pulak blank tiba2... Wooo... Sebenarnya cara paling senang nak buat ialah guna Macromedia Author Ware. Macam biasalah aku ni...habis semua orang aku kacau dan akutakpedulidorangsibukketak untuk tolong aku carikan s/ware tu. Tq pada yang dah tolong aku tu...akhirnya jumpa sendiri (d/load versi percubaan punya). Tapi tak guna pun sebab masa semakin suntuk+aku langsungtakingatapakejadahnya yang aku belajar dulu. Masa belajar dulu seronok sebab baru sedar macam mana selama ni orang buat CD. Sebab dah lupa, kitorang guna PowerPoint je... Mula2 1 of the tea

Apa Erti Sayang?

Salam... Macam biasa pagi2 kena dengar HotFm...heheh. Setiap hari ada saja kisahnya yang nak buat aku gelak sorang2... Tapi hari ni agak serius sikit sampai satu tahap aku tertanya2 siapa sebenarnya yang salah? Ini kisah pasal suami yang mintak HotFm buat panggilan hangit kat isteri dia pasal Poligami...maksudnya nak mintak izin (kot) nak kawen lagi 1. Nama pun panggilan hangit jadi ingatkan main2, rupa2nya betul? Aku dengar panggilan hangit tadi, memang sayu dengar suara isteri tu... Ramailah yang hantar sms dan telefon HotFm dan respon pada topik hangat hari ni. Dan bukan wanita je yang hentam malah lelaki pun turut sama. Yang bagusnya seorang pakcik (mungkin) ingatkan pada si suami tu kalau nak poligami hanya nak ikut nafsu semata lebih baik tak payah. Pakcik ni dah 15 tahun beristeri 2 dan selama 8 tahun hidupnya disisihkan keluarga. Keluarga sendiri pun tak peduli tapi bak kata pakcik tu jugak, kena cekal kalau betul2 nak kawen lagi 1... Aku tidak membantah apatahlagi menyokong. B

Speechless!

Salam... Ceh! Macamlah ada sesuatu yang buat aku terkejut kan? Tak ada benda nak tulis tapi masih nak menulis. Kalau boleh nak kembali bercerita melalui tulisan tapi mesti macam nak berkira2 je kalau nak mulakan. Dulu2 kalau aku suka seseorang, habis semua benda aku reka dan masukkan sekali si dia2 tu semua tapi situasi sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Aku tak ada hati nak kaitkan orang2 yang aku suka dalam cite2 aku lagi. Dulu tu siap dengan penuh pengharapan cite2 aku akan jadi kenyataan tapi belum sempat nak habiskan cite2 tu...semuanya hancur dek impian yang tak dimakbulkan tu. Dan sekarang aku ingat dan belajar dari pengalaman untuk tidak suka2 tulis sebab aku suka. Menulis pada aku, maksudnya perlu mula dari benak dan sebab kita nak menulis bukan sebab suasana yang sedang lalui kala tu. Banyak dah aku reka tapi semuanya terhenti tengah jalan. Kalau time mencurah2 idea (konon2 jelah), mesti rasa seronok je sebab jari ni laju je menaip tapi bila datang angin malas dan tak ada

Jika Kau Ubah Fikiran

Salam... Lagu yang aku suka sekarang dan bila dah bosan atau ada lagu2 baru yang lain, lagu ni akan aku simpan dalam arkib simpanan aku. Kenapa aku suka? Sebab lagi sangat2 ada kena-mengena dengan hidup aku tika ini. Mungkin tak secara terus tapi sikit2 tu ada...tetap! Dan lagu ini aku tujukan khas (ececeh!) kat seseorang yang aku suka itu. Siapa dia, masih menjadi tanda tanya lagi... Kalau kamu suka, enjoy sekali mendengarnya bersama2 aku ye? JIKA KAU UBAH FIKIRAN Diriku sedar siapalah ku dimatamu Hanya sebutir pasir di pantai kau berlabuh Cukup di situ hasrat ku terkubur Kau juga bilang kau belum bersedia lagi Untuk mengganti pasangan dalam sanubari Mungkin kerna masih basah luka lama Jika kau ubah fikiran Aku kan setia menanti Jika kau perlukan teman Carilah disini Jika kau ubah fikiran Untuk jatuh cinta lagi Yang pertama ke depan Jika kau ubah fikiran Akan ku serah segalanya oh kepadamu Senang atau susah aku tabah tuk menempuh Tapi sayang hatimu belum terbuka Jika kau ubah fikiran

Lelaki LOSER Minta Duit Perempuan!!!

Salam... Lelaki dilahirkan untuk mempertahankan wanita (dalam konteks perhubungan antara adik-beradik atau suami-isteri ataupun gf/bf). Tapi kalau umumnya pun, tetap lelaki itu mesti jadi seorang protector bukan mengambil kesempatan atas kelemahan semulajadi seseorang wanita itu. Baru2 ni, ada budak sesat yang selalu mesej2 dan telefon aku sejak bulan 2 yang lepas (waktu tu aku di kenduri nurul @ chika. Mula2 memang bolayan la tapi lama2 terlayan jugak. Tapi tak sampai 24 jam kita kenal2, dia sibuk cite pasal kisah hidup dia yang aku sendiri tak harap nak dengar pun. Cite pasal putus tunang bagai... Adoi la... Malam esoknya aku dah naik lemas nak layan tapi so-so je aku layan sebab hati tak rasa nak teruskan kawan dengan dia. Aku tanya ramai orang dan semua beri jawapan yang sama - jangan layan. Esok paginya (cuti hujung minggu) dia mesej macam2 sebab aku dah malas nak layan. Bila dia tak dapat mms gambar dari aku (dia dah selamat mms gambar dia kat aku), dia cuba telefon dan sms dan

Rinduku Padamu!

Salam... Minggu2 selepas raya adalah minggu yang sangat membosankan tapi agak kurang bosan sebab akhir minggu lepas sampailah awal minggu ni jadual kerjaanku tiba2 padat. Ada rasa seronok di situ sebab tak adalah dok melangut sorang2 dalam lab tu. Lepas je habis kerjaan2 yang diamanahkan (selalu tak habiskan pun kerja2 tu sebab aku hanya membantu je), kembali dok sorang2 dalam lab. Nak harapkan budak2 ni masuk memang tak la kan...buek nyomak lab yo nanti... Tapi maish jugak tak faham2. Asal sikit datang sorang tanya, "Acik, boleh masuk tak?". Jawapannya? Geleng palo yo. Lepas dah ramai, akhirnya aku jadi bengang sampai ayat2 ni keluar, "Kan GB tak bagi masuk? Boleh tak, tanya dulu sebelum masuk?". Langsung diorang keluar. Hambek ko... Selagi boleh sabar, aku cuba sabar tapi tak pernah kot lagi diorang betul2 kena marah dengan aku walaupun dah cuba habis garang aku buat muka ni... Beberapa hari yang lepas, siangnya aku bercerita dengan kawan pasal kawan yang lain dan

Hujung Minggu Yang 'FUN'...

Salam... Minggu lepas kepala right side sakit denyut2 (tanda2 nak period). Pagi2 Isnin bangun tido, left side pulak mengambil alih. Malam semalam dah terasa denyut2. Nak kata tak tido2, mata taklah berat sangat. Cukup tido je rasanya. Makanlah 2 biji actifast (sama je macam paracetamol yang 650mg sebiji tu). Hilang sikit2 sakit sebab angin keluar terasa macam gas dari dalam perut (itu apa yang aku rasa la). Tiba2 sakit semakin terasa sekarang ni. Pagi tadi lepas mandi mak suruh minum Jus Tok Guru (madu). Selalu kalau madu kalau yang tak ada apa2 tambahan perasa/perisa agak manissss...dan sangat tak best rasa madu tu. Tapi Jus Tok Guru ni agak2 sedap sebab ada macam2 tambahan rasa... Hujung minggu dihabiskan dengan menghadiri Open House dan beraya ke rumah kawan2. Dah macam 1 kewajipan pergi beraya ke rumah mereka2 ini. Rotation juga bermula dan berakhir di rumah yang sama je. Mula raya ke rumah Ain, lepas tu rumah kak Ina dan seterusnya ke rumah kak Jue. Cuma bezanya tahun ni semuanya

Ku Percaya Ada Cinta!

Salam... Sejam lagi nak balik tapi rasa macam esok baru boleh balik pulak. Bosannya sekarang ni??? Kenapa dengan aku? Apa nak jadi dengan aku? Semakin banyak aku menulis kat sini, semakin banyak luahan dan kemerapuan aku terserlah. Macam yang selalu aku dengarlah, diam itu lebih baik dari banyak bercakap andai ianya membuatkan kita bercakap sia2... Betul tak??? Tapi ada jugak orang kata, diam2 ubi berisi untuk orang yang diam je. Macam2lah hai...nak puaskan hati manusia, takkan dapat punyalah. Raya walaupun ada lagi beberapa hari, macam hari ni bukan dalam bulan raya je (bagi aku)... Nak raya takde mood (huhuhu...), tapi nak berjalan2 je... Kemana dan dengan siapa belum diketahui lagi la pulak. Malam ni iAllah ada Open The House (-=-____________-=-) kat TTJ je. Tak pernah ke sana tapi pernah lalu2 je... Rumah kawan sekerja dulu ajak ke rumahnya. Orang dah ajak, wajib dipenuhi undangannya kan? Rezeli di bulan Syawal, kata orang... Dalam tahun ni, iAllah bulan depan hinggalah akhir tahun

Cinta Ada!

Salam... Aku sangat heart lagu ini sekarang dan tika ini... Sangat best... Lirik best, muzik pun layan je... Hohh..hohh..hohh..x2 Hohh..hohh..hohh..x2 Andai aku buta kan mata Dapatkah kau mendengarkan jujurnya Andai engkau tutup telinga Dapatkah kau melihat keikhlasannya #chorus: Aku cinta bukan dibayang mata Jauh dari bahasa Dekatkan ertinya Aku cinta bukannya disengaja Jauh dari wasangka Dekatkan hatinya memang cinta ada dalam jiwa kita Andainya cinta itu buta Dapatkah kau mengubah pesonanya Andai mengalir air mata Dapatkah kau membezakan jelingnya #chorus: Oh mengapa ada saksi yang tak memahami Wow..wow..wow..wow.. Oh mengapa ada saksi yang disalah erti Oh aku cinta Oh jauh dari bahasa #chorus: Memang cinta ada dalam jiwa kita… Hidayah Yassin | Create Your Badge Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selamat Berhari Raya!

Salam... Intonasi membaca tajuk adalah seperti lagu raya yang selalu berkumandang di TV, ok? Huhuhu... Tahun ni macam biasa raya kat Muar je. Almaklumlah Mak Abah dua2 dari sana. Raya kali ni masih sama sejak dari hari Atok Ayah meninggal dulu. Maknanya di sini ialah, suram je... Dan semakin suram bila sepupu pulak meninggal 3 tahun lepas... Bak kata sepupu perempuan itu - Angah, raya semakin tak best kan kak? Itulah apa yang kami semua rasakan sejak beberapa tahun yang lepas. Macam2 yang dah jadi... Harapnya aku dan semua redha dengan ketentuan juga ujian dariNya ini. Ada hikmah di sebalik setiap dugaan bukan? Balik malam raya kat kampung (tunggu Mak dengan Abah gigih memasak rendang ayam kampung...) dan raya ke3 dah balik sini. Menanti dan menerima kunjungan tetamu... Ada masa senggang sikit raya pulak rumah kawan2... Tak banyak aktiviti pun tapi bila budak2 datang bagi salam lama2, langsung tak layan. Aku tak faham kenapa aku malas nak layan budak2 kalau nak datang beraya. Lupa ke a

Muaklah...

Salam... Entri hari raya terpaksa ditunda sebab internet yang sangatlah lembabnya... Cuma nak menulis je hari ni dan seperti biasa tiada gambar kali ni... Banyak jugak gambar yang diambil tapi malas nak tunggu internet macam kura2 ni... Isnin minggu baru lepas seminggu beraya... Raya yang tak best keseluruhannya... Dah semakin besar ni, tak tahulah mana perginya 'nikmat' hari raya tu... Masa raya rasa2nya macam dah ambil banyak2 gambar tapi tetap sikit je sebenarnya bila dikira2 balik... Sedih dengan diri sendiri sebab tak pandai manfaatkan masa yang ada...hahahah! Ok, terus kepada isi tajuk ye? Korang muak tak bila korang dah sms seseorang banyak2 kali (dalam situasi aku ni dah lebih 5 kali) dan tiapkali korang sms seseorang tu MESTI...diulangi MESTI seseorang tu soal korang semula dengan pertanyaan, "siapa ni?", "siapa ni ye?", "siapa ni..." dan sebagainya... Sama je soalan2 tu cumanya masa dapat jawapan2 tu semua tak sama... Inilah apa yang aku