Skip to main content

Ini Soal Hati Dan Perasaan...

Salam...

Salam Tahun Baru 2010...Belated Maal Hijrah 1431H... Ada azam ke? Dulu2 selalu ikut orang je. Orang buat azam n bila cikgu tanya, kenalah beritahu kan? Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku dah takde azam sebab tak tau nak aim ape... Bagi aku, nak aim apa2 kena istiqomah, tetapkan hati dan yakin dengan apa yang kita nak aim tu. Kalau setakat cakap kat orang kita nak buat itu ini...begitu begini tapi sudahnya...hmmm...

Alright...lepas dah lama tak update+takde idea, hari ni aku menulis lagi. Blog coretan pun kadang2 je aku usik, itupun kalau ada ideanya. Kalau tak, bukak dan tengok tanpa tambah apa2. Ni pun terlanjur menulis, update blog sekali. Walaupun malas yang teramat sangat+dengan internet yang kadang ada, kadang takde kat KL ni...

Kesinambungan dari entri lepas...lately makin banyak yang jadi keliling aku. Selalunya, kawan2 yang akan jadi mangs serbuan aku...dioranglah tempat aku luah perasaan yang terbuku sampai satu masa aku rasa diorang dah takmo pinjamkan bahu lagi... Tapi bukan diorang yang cakap sebab aku tahu diorang tak macam tu pun. Entah kenapa, aku yang rasa macam tu??? Aku selalu rasa aku dah terlalu melampau...

Mungkin sebab dah terlalu manja (asal susah cari diorang) dan bila diorang ada masanya tak dapat nak luangkan masa untuk aku, aku jadi sedih. Padahal diorang pun macam aku jugak. Perlukan masa untuk diri sendiri. Aku selalu jugak tanya, ok ke kalau aku selalu kacau diorang? Jawapan tetap sama, tak kisah pun... Thanks a lot, friends!!! Moga Allah berkati hidup kamu semua hendaknya...Amin!!!

Tidak untuk kali ini...aku simpan rasa sedih sorang2 je. Ye, kat muka aku boleh nampak yang aku sedang sedih, macam ada benda yang buat aku rasa tak puas hati... Tapi, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya jadi dengan aku sekarang. Bukan aku tak nak kongsi apa2 macam biasa tapi aku pun tak tahu nak terangkan macam mana. Mula2, tak sedap hati je... Sekarang ni benda2 lain pulak join sekaki...

Terima kasih kat kawan2 yang selalu ambil berat pasal aku...to my mak... Bukan kita takmo cite tapi kita memang tak tahu kenapa dengan kita...sorry!!! Moga2 masuk je tahun baru, aku dah ok dan happy macam biasa... Takmo sedih2 lagi dah...sakit jiwa, susah!

futnot: tadi tengah2 mandi, boleh ke aku terfikir yang Ayam dah kawen? Dengan makcik yang sebaya aku pulak? Makcik aku memang dah kawen tapi tak sempat nak pegi pun (tiada ulangan jemputan pulak...). Kenapa aku boleh fikir macam tu? Sebab Ayam dengan makcik tu bekas student UKM walau lain course...haha, tak boleh blah...angan2 je lebih!!!

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Syima Syaz said…
goodluck dayah...
semoga tahun 2010 adalah tahun indah utk kau..
HidayahYassin said…
thanks Syima...aku pun harap yang sama...Amin!!!

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...