Skip to main content

Apa Erti Sayang?

Salam...

Macam biasa pagi2 kena dengar HotFm...heheh. Setiap hari ada saja kisahnya yang nak buat aku gelak sorang2... Tapi hari ni agak serius sikit sampai satu tahap aku tertanya2 siapa sebenarnya yang salah? Ini kisah pasal suami yang mintak HotFm buat panggilan hangit kat isteri dia pasal Poligami...maksudnya nak mintak izin (kot) nak kawen lagi 1. Nama pun panggilan hangit jadi ingatkan main2, rupa2nya betul? Aku dengar panggilan hangit tadi, memang sayu dengar suara isteri tu...

Ramailah yang hantar sms dan telefon HotFm dan respon pada topik hangat hari ni. Dan bukan wanita je yang hentam malah lelaki pun turut sama. Yang bagusnya seorang pakcik (mungkin) ingatkan pada si suami tu kalau nak poligami hanya nak ikut nafsu semata lebih baik tak payah. Pakcik ni dah 15 tahun beristeri 2 dan selama 8 tahun hidupnya disisihkan keluarga. Keluarga sendiri pun tak peduli tapi bak kata pakcik tu jugak, kena cekal kalau betul2 nak kawen lagi 1...

Aku tidak membantah apatahlagi menyokong. Bukan sekali dua aku dengar cerita2 macam ni malahan tidak dinafikan yang dalam keluarga aku sendiri pun ada jugak berlaku perkara yang sama. Mula2 dulu aku berhadapan dengan situasi yang begini, aku selalu tanya kenapa? Apa salah wanita tersebut sampaikan dia kena lalui hal ini? Manakah janji2 waktu baru2 berkahwin dulu? Teringat dengan cite Tok Mak satu masa dulu bila mana lelaki ini masa nak mengorat sampai sanggup tunggu depan pintu pagar selagi wanita itu tak keluar2...

Bagi aku semua ini bukan salah sesiapa atau balasan sebab dulu2 kita mengata (contohnya) orang atau itu dan ini. Memang dalam hidup ada Karmanya tapi tak semua yang jadi disebabkan salah2 kita tapi bergantung pada diri kita untuk cuba hadapi takdir yang tertulis. Kita kan manusia biasa, hanya mampu merancang dan selebihnya Allah tentukan. Siapa yang tak mahu bahagia kan? Tapi kalau manis tak ada asam garam hidup, kita takkan tahu macam mana sebenarnya hidup ini yang Allah dah sediakan untuk kita.

Dan disebabkan oleh pengalamanlah yang akan bantu kita meneruskan hidup. Mengalah bukan erti kalah, kan? Kalau dulu kita bahagia sampai tak terasa langsung yang kesudahan hidup kita akan menyakitkan tapi sekarang semua tu hanyalah permianan hidup...salah satu dugaan yang Allah tulis untuk kita hadapi. -Allah tidak akan menguji hamba2Nya lebih dari yang termampu-...

Berbalik kepada topik hangat hari ini... Masa dj2 HotFm bual2 dengan suami (nak kawen lagi 1 tu), dia cakap (akhir kata la...), "sayang, i love you"... Sayang tu masih ada tapi kenapa nak kawen lagi 1? Yelah, kita tak tahu apa yang sebenarnya jadi antara diorang kan... Dan kata suami tu lagi mungkin dengan mendengar pendapat ramai orang On Air mungkin isteri itu akan pertimbangkan permintaan dia... Mungkin ye atau tak?

Aku rasa perkara ini (poligami) ni dah macam biasa2 je untuk waktu2 sekarang. Macam tak heran je dengar hal ini jadi. Ada pendengar bagi pendapat, bagi sajalah suami tu nak kawen pun. Biar bakal isteri kedua tu rasa apa yang isteri sekarang ini rasa dan kalau lelaki tu boleh buat macam tu kat isteri sekarang ni mesti (mungkinlah) dia boleh buat kat bakal isteri kedua tu jugak...
Apapun aku harap aku tak fobia dengar cite2 yang macam ni. Aku tak kawen lagi jadi sedikit sebanyak buat aku tertanya2, apakah perkahwinan itu sesuatu yang mesti aku lalui satu hari nanti? Dah tentu kita harapkan perkahwinan itu sampai mati bukan setakat sejam dua atau 12 hari je...opppsss!!!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...