Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Jangan Fikir Lagi!

Salam... Selamat Hari Raya Korban (belated)... Raya tahun ni keseluruhannya (dengan Syawal sekali) sangatla terasa suramnya.Ada orang kata kalau tak rasa raya maksudnya ada yang kurang masa puasa...wallau a'lam... Tiap orang punya pendapat yang berbeza... Erm...mula hari ini (lama dah niat), dah malas nak fikir benda2 yang akan buat aku rasa sakit hati dan menyesal kemudiannya... Sepatutnya mesti fikir habis2 barulah bertindak, bukan? Aku je yang 'bijak pandai' sangat fikir benda2 yang tak sepatutnya konon2 baik hati sangat (poyo je) rasa tak sampai hati kalau tak fikir... Ok, dah tak mahu fikir2 lagi dah nanti lagi banyak menyesal. Bila dah menyesal nak salahkan siapa lagi kan? Asalkan tak menyusahkan sesiapa lagi, sudahlah... Tak sampai hati tak bermakna kejam kan? Berfikir pada hal2 yang sepatutnya saja... Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Tak mahu cakap ni lagi tapi tetap rasa yang ini... Bila ada idea, malas nak tulis kat kertas lepas tu lupa...langsung hilang i

Abah!

You're 54th!

Rindu Sangat...

Salam... Agak-agak lama tak menulis kan? Layout blog pun dah tak ada sebab aku sengal tak tahu yang comment tu tak keluar apa2 langsung... Lepas dah berbulan2 (minggu je kot?) baru perasan... Menyesal sebab gila sangat nak guna layout cantik2 tapi tak tahu nak guna... Dan bila dah tukar macam2, barulah tersedar yang banyak benda pun hilang sekali... Memang aku sengal pun... Dan sekarang harap2 aku stick dengan layout yang macam ni je. Supaya tak sakit hati lagi dah lepas2 ni... Dan kalau boleh takmo ada rasa nak cantik2an lagi dah blog ni sebab buat apa pun tetap jugak tak nampak cantiknya...huhuhu! Dan sekarang adalah sangat2 bosan yang amat... Mengantuk, mata kabur... Kepala sakit pulak tu... Ok, cuma nak beritahu hal yang ini je...Pasal kenapa tukar layout blog je. Mengantukkkk...huargh!!! Bosan... Nak tido tapi nanti tak pasal2 kena sergah dengan cikgu2 pulak... Cuti sekolah nanti nak buat ape je ek? Kena jugak datang sekolah sekali-sekala (1 bulan 1/2 bukan lama sangat pun

Jamuan Akhir Tahun Pra-Sekolah...

Salam... Aku tak pergi L.A.N.G.S.U.N.G.? Sebabnya aku segan... Entah kenapa agaknya aku perlu ada perasaan begitu? Sekarang ni dah menyesal sangat2... Sepatutnya W.A.J.I.B. memenuhi undangan kalau dah dijemput, kan? Nak2 siap dibagi kad jemputan pulak tu... Mesti orang yang menjemput tu rasa kecewa kan? Tak tahulah aku kenapa aku macam ni? Malunya...menyesalnya... Dah jadi tak boleh nak buat apa2 dah. Tadi dah nekad nak pergi je tapi tiba kat kantin aku patah balik sebab ramai sangat umat manusia. Padahal jamuan tu ada kat dewan je... Aku rasa sebab aku takde teman kot? Cikgu2 lain dah tentu2 ada kawan2... Aku ni macam tak reti2 nak blend diri dalam kumpulan cikgu2 ni... Dah setahun pun aku masih jugak macam ni. Malu sungguhlah aku ada rasa yang macam ni. Bukan ada ap2, ajak makan jamuan pun nak malu2... Tak bertempat sungguhlah malu aku ni... Tibai je lah kan? Peduli apa pun kan? Bukan kita ada buat salah ke... Tidak akan ada ulang tayang lagi dah hal2 macam ni. Memanglah budak2

Kau Istimewa!

Salam... Masa sibuk2 (apa motif aku berkata begitu?) cari teman2 lama zaman sekolah kat FB, jenuhlah mencari nama2 yang aku ingat TAPI kebanyakkannya tak jumpa langsung... Kenapa? Mungkin sebab diorang guna 'nickname' yang lain, sebab diorang tak join FB langsung (mungkin je...) atau aku yang sengal sebab tak pandai nak cari nama2 diorang. Orang2 yang paling dikehendaki (aku yang nak...) dah tentu2 kawan baik masa sekolah rendah dulu2. Maklumlah sekolah tak 'famous' so sangat susah nak jumpa gamaknya...huhuhu! Masa kat Friendster (FS) pun aku dah cuba cari tapi tetap jugak tak jumpanya... Aku kebuntuan... Dan dalam mencari2 tu (sambil dengar lagu seperti tajuk di atas oleh Indigo), teringat pulak kat budak2 lelaki yang aku lebih senang nak kawan dengan diorang (dululah). Tak pelik kalau perempuan lebih senang habiskan masa bermain2 dengan budak2 lelaki...lumrah kan tu? Samalah jugak dengan aku... Lebih menguatkan pengakuan ini adalah bila adik2 aku sendiri lelaki semuan

How To Be A +ve Thinker?

Salam... Lately, macam2 yang aku rasakan ada dalam hati aku. Sampaikan kat status "fesbuk" pun aku libatkan sama. Nampak macam nak tarik perhatian - hello! aku ada disini... Tidaklah sampai macam tu sekali walaupun dalam hati pernah terdetik macam tu (haha, kantoi!). Aku suka nak jadikan diri aku macam orang lain...selalu positif bila hadapi sesuatu yang terjadi. Aku je selalu nak macam tu tapi tak berusaha pun ke arah tu. Entahlah, persoalan tentang diri sendiri ni, hanya diri sendiri lebih tahu, kan? Ada orang pernah nasihatkan aku untuk selalu Think Positive dalam apa jua keadaan. Tapi kalau kita nak fikira yang negatif, boleh tak? Sebab pada akulah kan kalau dah fikir +ve secara automatiknya aku anggap dia itu baik segalanya (dalam konteks perangai manusia) dan bila terserlah semua yang kita tak sangka sama sekali aku akan rasa menyesal kemudiannya. Menyesal sebab anggap dia baik macam tak pernah buat salah, macam tak ada kelemahan langsung. Itu pada akulah... Macam tu j

Cerita-Cerita Dalam Hidup Kita

Salam... Maaf, tak ada tajuk lain dah ni... Main tipu, amek lirik jadikan tajuk...haha! Hujung minggu yang baru lepas ni sangat2 kena dengan masanya. Almaklumlah apa yang jadi baru2 ni telah membuatkan aku sakit hati (dan terfikir2 apakah marah ini akan bertahan lama?) dan takkan lupa sampai bila2... Memaafkan Itu Mudah, Melupakan Itu Payah...! Cuci The Musical! Hebat! Itulah apa yang aku rasa saat menonton teater ni. Kata orang, Jangan Menilai dari Rupa... Nah! Apa yang aku sangka selama ni (tak best la...filem je ok) semuanya silap2 belaka. Dari mula lagi kami dah gelak2 tengok gelagat diorang (pelakon2 utama teater ni)... Aku yang dah sedia sakit tekak ni sakan gelak tengok apa yang diorang buat dan apa yang diorang cakap... Tak dapat nak cakap apa lagi sebab teater ni sangat2 best. Aku harap akan ada ulangan macam PGLTM tu... Ni pun nasib2 je dapat tengok sebab kakak sepupu dapat tiket percuma (orang tu keje dengan penaja utama CTM ni)...  Aku rasa diorang ni tak ikut skrip 100% ko

Gurauan Paling KASAR & Tak KELAKAR Langsung...!!!

Salam... Ini sambungan hal semalam... Aku dah tahu siapakah 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Umur aku sekarang ni bukanlah waktu untuk main2 lagi TAPI aku jugak yang 'pandai' sangat pergi layan... Tahniah untuk diri sendiri sebab relakan diri untuk diper'bodoh'kan... Sangat2 terasa sakit hati sampai sekarang ni. Selama ni apapun gurauan aku boleh TERIMA tapi malam tadi aku tak boleh terima LAWAK BODOH yang paling KASAR aku pernah terima setakat ni... Kalau orang lain yang kena, senang je aku nak nasihat macam2 tapi bila kena kat diri sendiri...terimalah seadanya. Sampai aku terfikir2 pernah ke aku buat orang sampai macam tu sekali sebelum2 ni? Aku selalu macam ni. Apa yang jadi kat aku hari ni mesti akan buat aku fikir apa yang aku buat kat orang masa dulu? Kalau pernah aku buat macam tu kat orang, aku redha andai ini adalah balasannya. Tapi seingat aku walau aku pernah mengusik kawan2 dengan cara yang macam ni taklah sampai teruk2 sekali.Setakat tegur2 d

Tolonglah Jangan Main-Main!

Salam... Apa korang rasa bila ada je nombor yang tak pernah korang tahu, ternampak dan tak tahu siapa punya nomborkah itu tiba2 je bagi sms, "hi mkwe :-)" ... Dah lah eja Makwe jadi Mkwe... Hahahah, biasalah bahasa pasar dalam sms...itu bukan masalah. Oleh kerana nak tahu siapa dia (sebab selalu fikir ada yang nak kenakan aku atau kawan lama yang nak mengusik mungkin), aku layankan sajalah. Aku jawab dengan pertanyaan, "sapo ni?" . Dia balas lagi, "ai,pkwe lme awk dlu pn awk xknl da ke?" . Memang kegemaran dia kot suka eja macam tu. Lepas dah balas2 tu semua... Aku pun suruhlah dia beritahu je siapa dia? Mana dia dapat nombor aku tu? Dia kata kawan2 aku jugak. Dan aku tak dapat nak trace atau detect siapakaha yang dia katakan sebagai 'kawan2 awak jugak tu'... Boleh pulak dia kata dia budak S******G jugak padahal aku bukan duduk situ dan paling aku tak berkenan bila dia tahu aku part time kat mana... Seingat akulah kan, tak ramai yang tahu aku part

Yang Terbaik!

Salam... Lagu terbaru yang currently playing in my playlist... Sang by Marsha. Sebenarnya aku sedang mengimbau kenangan2 lama bila dengar lagu2 lama KRU (tiba2 pulak). Memang mengimbau betullah. Dengar 1 lagu teringat scene yang terjadi masa tu...Dan lagu2 KRU terutamanya bawa pengaruh sangat besar dalam menjadi aku yang sekarang (memuji bukan kerana apa2). Dangdut, rock, balada dan sebagainya juga tak ketinggalan. Nak2 kongsi dengan kawan2... Aku pun tak sangka aku minat dengar lagu2 dan sambil2 menyanyi. Bila tengok balik sijil berhenti sekolah rendah agama (kat sekolah ni belajar Fardhu Ain je...), komen ustaz yang masa tu adalah guru kelas kitorang - aktif dalam nasyid. Apa motif aku cite pasal ni pulak ye? Entahlah...sesaja je. Tak semua benda yang kita buat perlukan sebab kan? Aku suka suasana sekolah tu dulu. Hari2 kitorang cuma belajar menghafal surah2 pendek... Belajar pasal solat dan sebagainya... Belajar menyanyi. Dah hafal surah2 pendek, baca depan tetamu (time hari penyamp