Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Masa.

Susah nak mendapatkan semula momentum seperti dulu. Dulu tu xpayah fikir apepun rajin semedang. Entahlah sendiri terfikir nak kurangkan menulis kat sini...sebab terasa macam dah kurang nau orang nak menyinggah membaca. Tengok orang lain yang rajin tu semua...seronoknya. Aku nak macam tu semula!

Bahagi Masa. Mampukah?

Tak semudah bercakap. Tak sesenang membayangkan. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Kau nak atau tak? Kalau kita boleh bayang, tentu kita boleh buat. Dulu, selalu cakap takde ape nak buat. Nah! Bila dah banyak benda nak kena setel...tak terkejar nak siapkan semuanya. Tak terjangkau akal nak habiskan satu2. Tengah buat satu keje kat ofis, bos panggil. Tertinggal tertiarap ataih meja macam itu aje. Tengah pulun buat keje lain, teringat satu keje yang lain pulak urgent. Akhirnya, satu pun tak siap. Apa macam? Itulah pentingnya jadual hidup. Yes! Bukan masa belajar je kena buat jadual...masa keje dan dah hidup sendiri ni la kita kena buat jadual supaya semuanya teratur n mengikut apa yang kita nak. InsyaAllah tak susahkan kita atau orang lain. Serius dalam lakukan semuanya. Bukan bermaksud tak perlukan masa untuk diri sendiri tapi kalau takde jadual, bilanya kita nak tahu kita boleh rehat? Jom kita mulakan! 🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚 Pek berkembar Disember 2014. Bel

Menuju Hari Penentuan

Bangun pagi tetiba sebab teringat nak tengok tarikh periksa akhir. Dengan penuh sabar tunggu internet loading. Sekali...besarkan skrin. What??? Dalam 20-21 hari adalah hari kejadian. Allah! Assignment langsung tak hantar satu pun. Sempat ke nak pulun baca ni? Doakanlah mampu hadap semua ni.

Energizing Soy Protein

Yang paling semulajadi pembuatannya. Dibersihkan hanya menggunakan air. Tiada bahan campuran lain untuk memberi ketahanan kepada isi kandungan ESP. Tiada GMO. GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).

Menakluk Cinta

Setinggi bintang di angkasa Seluas lautan yang indah Harapan tuk bertemu Cinta terakhir hidupku Sejauh ke hujung dunia Relaku melakukan apa saja Tuk menaklukkan cinta terakhirku... ######################### Masih mengharap pada dia. Cuma tidak seperti dulu. Aku harap aku suka dan bahagia melihat dia gembira. Aku tak mahu mengungkit kisah2 lama. Biarlah Allah dan dia saja tahu segalanya. Kadang terasa seperti dia tidaklah seteruk itu tapi bila difikirkan semula, tak mustahil jika mahu terjadi seperti itu. Dia mungkin tak tahu yang aku dah tahu sebahagian atau mungkin semuanya. Banyak benda aku kurang berpuas hati sebab kalau boleh nak dia sendiri beritahu apa sebenarnya jadi. Aku masih belum boleh terima jika yang diperkatakan selama ini adalah betul. Allah! Kuatkan aku...

Maafkan. Dimaafkan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini...aku selalu dengar nasihat supaya maafkan orang kalau kita nak orang maafkan kita walaupun kita sangat susah nak memaafkan. E.G.O. Kenapa kena ego? Sedangkan kita ini cuma manusia normal dan lumrahnya kita sering buat salah. Dan Allah itu adalah sangat memaafkan orang...kita ini hamba hina. Aku pulak, semang nak maafkan walaupun orang tak datang mintak maaf. Tapi, aku susah nak la. Ada orang cakap kalau susah nak lupa maksudnya kita tak maafkan orang tu lagi. It's not that aku ni pendendam tapi yeLah...memang kalau benda tu aku rasa sangat melampau, aku memang takkan lupa. Apatahlagi kalau aku yang buat kat orang. Weird me, isn't? Dan sekarang aku tertanya2, kenapa ada sorang kawan aku (mungkin lebih dan aku tatau...yang dekat je aku rasa) yang aku tak faham kenapa berubah? Mungkinlah aku ada salah cakap, tersalah laku kat dia... Tapi, perempuan tet jugak perempuan. Don't wanna be honest! Aku rasa dari kita luah kat orang, cakap belaka

Jom Sihat dengan Shaklee!

Rasanya buat masa ini, saya 'terpaksa simpan' blog untuk Shaklee. Lebih baik saya gunakan blog personal. Alang2 jarang post pape macam dulu, bolehlah kiranya kita campurkan dulu apa yang boleh asalkan tidaklah memeningkan kepala. Konon boleh bahagi masa katanya, meh kita dulukan yang penting. Nak bahagi masa memang kena tahan cabaran dan dugaan. Dah la pulak aku ni jenis nak buat semua tapi end up satu pun tak habis... Tu pun masih tak belajar dari kesilapan langsung. Opocot...hehehe... Oh ye, untuk Oktober yang penuh dengan tragedi ni, Shaklee berbesar hati nak promo ESP yang sangat hot, top n popular seantero dunia... Sebab apa? Paling bagus untuk menguruskan badan...nak bina otot... Tapi, ada juga yang masih cakap Soya tak bagus...tak baik sebab boleh kena kanser. Siapa cakap? Semalam dah buat research dan terbukti memang ESP dari Shaklee adalah TIDAK BERBAHAYA. Jangan risau jangan bimbang. Sebab apa ianya semulajadi? Sebab dibersihkan dan dicuci menggunakan air. A

Mimpi

"Nah", hulur lelaki itu kepada dia. Dia ambil. "Sebenarnya dia nak tapi dia tak nak dan tak pernah cakap tentang ini", kata dia dalam hati. Di dalam keratan majalah tersebut tertulis tajuk, mohon jodoh yang sama dengan kita. Apa yang dia faham dari maksud yang lelaki itu nak sampaikan ialah, kalau kau tak berubah, solat tak cukup dan sebagainya, kau takkan dapat pasangan yang kau nak. Tapi, lelaki itu seperti memberikan dia petanda bahawa lelaki itu sebenarnya punya hati pada dia. Dia tahu dia tidak buat silap meneka hati lelaki itu. Pernah dia nyatakan apa yamg dia rasa pada lelaki itu tapi dengan lembutnya, lelaki itu menolak dengan mengatakan bawaha lelaki itu sayangkan dia hanya sebagai adik sahaja, tidak lebih daripada itu. Terguris hati dia saat dia menerima kenyataan tersebut. Dalam hatinya, dia sangat berharap lelaki itu menjadi pasangan hidupnya. Tetapi, akhirnya dia cuba terima dengan hati yang terbuka walau masih berkecil hati. Tetap sabar dia mel

Malam

Dia: Hujung minggu ni, kita keluar...nak? Lelaki Itu: Ok, boleh. Dia: Awak belanja? Lelaki Itu: Boleh je. Perbualan mereka tidak seperti biasa yang santai dan seringkali lelaki itu mengusik dia. Tapi, sikit pun dia tidak bertanya dan memikirkan kenapa lelaki itu seolah berubah. Dia: Awak... Lelaki Itu: Awat? Dia: Asal orang tanya je mesti nak tanya balik kenapa tau... Dia: Ahad ni, awak amek saya ke? Lelaki Itu: Ya la. Dia: Ok. Tapi, saya mungkin tido rumah makcik. Awak amek kat sana eh? Dan perbualan itu terhenti disitu dengan hati yang sangat gembira dan tak sabar nak keluar dengan lelaki itu.

Adab vs Adat

Dia masuk rumah. Dan seperti biasa, dia akan nampak lelaki itu. Posisi sama. Aktiviti sama. Kegemaran lelaki itu menonton berita semasa. Tiada bunyi selain dari suara televisyen. Tiada sapaan juga dari lelaki itu. Khusyuk menonton berita, agaknya di dalam hati. Dia terus masuk ke biliknya dan bersiap untuk mandi dan solat Maghrib. Sekali lagi dia melihat lelaki itu semasa dia  melintasi ruang tamu. Dari posisi baring, lelaki itu bingkas bangun. Itulah lelaki yang dia kenal. Terlalu menjaga adab dia sebagai lelaki yang menumpang di rumah keluarganya. Belum pernah sekalipun dia lihat lelaki itu  tidak menjaga adabnya. Malu juga dia bila lelaki itu lebih sopan darinya. Solat tak pernah tinggal. Lambat macam mana sekalipun tiba di rumah, pasti lelaki itu terus tunaikan kewajipan dia sebagai seorang Muslim. Pernah terjadi, dia sedang mengikat suratkhabar menggunakan tali rafia. Lelaki itu tiba-tiba datang menghulurkan bantuan. Lelaki itu membantu dia memotong tali berlebi

Terluka

Sedang dia baring di ruang tamu, dia berpaling melihat lelaki yang duduk di kerusi meja makan. Dan dia cuma menjeling sepintas lalu apa yang sedang dilakukan lelaki tersebut. Kemudian, dia cuma menonton televisyen kembali yang terpampang di hadapannya drama kegemarannya. Tiba-tiba, dia menoleh kembali melihat lelaki itu. Dilihat, lelaki tersebut sedang mengusik-usik buku lalinya. Sekali tengok seperti tiada apa. Dan kali ini dia melihat dengan teliti. Sesekali lelaki itu bangun dan menuju ke dapur. Keluar dari dapur, kelihatan tangannya memegang beberapa helai kertas tisu. Barulah dia tahu, rupanya kaki lelaki itu berdarah. Tak banyak tapi tidak juga berhenti-henti walau dah dilap berkali-kali. Akhirnya, dia mengalah dan mengambil kotak kecemasan yang sentiasa tersedia di atas meja sebelah televisyen dan diletakkan di atas meja makan. Belum sempat tangan lelaki itu menyentuh kotak tersebut, pantas tangannya menepis tangan lelaki itu. "Tangan tu gatal sangat kenapa?",

Blog yang satu masa dulu satu kehendak.

Dan sekarang, kena paksa dulu baru nak menulis. Entah kenapa boleh jadi macam ni? Dulu, apa-apa topik pun rajin je nak tulis. Sampai sempat jugalah berkenalan dengan beberapa teman siber. Alhamdulillah. Sekarang memang kena aktifkan semula diri ni untuk terus menulis. Sayangnya diaekat tanpa sebab macam ni. Dan nak kena rajin tulis blog sendiri dan blog Shaklee. Paling koman pun blog sendiri dicampurkan dengan Shaklee. Tak salah pun kan?

Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah unruk Ramadhan kali ini. Allah temukan lagi kita dengan bulan mulia ini. Allah beri kesempatan untuk kita merasa bagaimana kesusahan dan kepayahan insan yang kurang berkemampuan dalam menjalani hidup, kita diberi peluang menambah kebaikan di bulan ini... Allah mudahkan segalanya insyaAllah. Sepatutnya di bulan inilah kita perlu paksa diri insyaAllah jadi biasa supaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Takkan kita masih nak jadi kita yang biasa? Bagusnya jika kita sentiasa berazam untuk perbaiki diri kita...jadi orang yang lebih baik dari yang semalam, orang yang sedar dirinya diamanahkan Allah sebenarnya untuk apa lahir di dunia ini...dan sebagainya. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Maha Pengampun. Minta apa saja yang baik dari Dia insyaAllah dimakbulkan. Allah kabulkan mengikut sangkaan kita. Itu sebab orang selalu nasihat, bersabgka baiklah dengan Allah. Yakin Dia pasti kabulkan doa-doa kita...insyaAllah.

Pinggang sakit lagi!

Walaupun dah hampir 1 lebih berlalu... Ehem3, peristiwa jatuh ditimpa tangga gedebak gedebuk... Pinggang akak masih sakit. Salah satu sebab paling utama ialah berat badan. Nak menampung, nak berjalan, nak mengangkat badan sendiri pon satu hal. Allah! Betapa siksanya aku tapi akubmasih tak bertaubat dan insaf dengan segala yang jadi. Sampai bila, Hidayah? Sampai bila nak terus macam ni? Teringat kata-kata seorang ustaz yang juga suami kawan alam maya akak... Bilamana ustaz katakan jika di bulan Ramadhan kita masih kita di bulan-bulan lain maknanya kita telah nafsu dan diri kita telah dilatih oleh syaitan sepanjang bulan-bulan sebelum puasa. Kita masih di takuk lama. Tak rasa nak solat, mengaji apetahlagi qiam. Allahu. Kita niat je lebih tapi langsung tak buat ape2. Paling akak selalu nak dalam hati ialah akak nak ade suami yang mampu jadi imam yang sudi nak pimpin tangan akak ke Syurga Allah. Bertanggungjawab, tahu mana letaknya diri dia dan diri akak...dan semuanyalah. Tidaklah

Comparison. Perbandingan.

Apa yang korang rasa kalau dalam hidup asek nak dibandingkan dengan orang? Bukan ke semua manusia tu istimewa? Susah ke nak terima baik buruk orang? Macam kau tu sempurna sangat? Lainlah kalau kau sendiri boleh terima kalau orang bandingkan kau dengan orang lain... Akhinya, jawapan kau sangat klise... Aku dengan dia mana sama? Tak boleh bandingkan macam tu... Pandai pulak marah ye? Kalau sebab nak banding nak bagi aku tahu dan ikut... Memang tak ah! Aku bukan jenis manusia yang suka tiru orang. Diri kita, kita la yang faham sendiri... Biarlah apa orang nak cakap pun. Allah je yang layak mengadili... Manusia tak adil. Tak layak nak adili kita. Aku boleh terima insyaAllah kalau kau boleh terima bila orang cakap pasal kau... Nak tengok kau sama macam orang lain. Tapi, hakikatnya tak pernah satu pon kau boleh terima walaupun permintaan orang terdekat. Dan boleh jadi pelik kot kalau kau berubah bukan sebab diri kau nak... Buang masa dengar dan ikut cakap orang. Memang untuk kebaikkan tapi k

Berangan...

Selalu ade angan-angan nak jadi macam semua orang yang zahirnya nampak gah...best, seronok... Tapi, selalu juga terlupa yang susah dorang...perit dan payah dorang Qllah saja yang tahu. Sebab apa yang kita nampak hanya selepas kepayahan. Nak jadi senang tak senang. Nak jadi susah bukan payah. Dan setiapkali aku rasa tak best, dalam hati mesti kata, "Kan best kalau aku macam dia..." Dan satu halnya lagi, aku kurang pasti apakah selama ini aku memang begini atqu sejak kebelakangan ini saja aku begini... Ye...dalam hati terdetik rasa tak baik terhadap orang lain. Baru jumpa, belum kenal dah rasa dia jahat. Belum jumpa, kenal dalam alam maya...rasa dia baik. Aku selalu harap aku xmudah sangka buruk pada manusia lainnya. Sebab manusia tak pernah sama. Allah jadikan kita berbeza tapi masih dalam lingkungan yang sama. Macam tulis blog, kqlau bukan kawan baik yang perkenalkan...sampai sekarang pun aku tak reti kot... Bila galak sangat, terasa eh kau ni macam takde keje pulak? Tapi, bi

Sudah jatuh, ditimpa tangga...

Minggu yang lepas, saya 'menyerah diri' ke Bahagian Kecemasan sebuah hospital swasta. Hamboi kau Yah... Swasta tau. Maaf, saya masuk sebab guna company insurance. Sedih ek, belum mampu berinsurans. Masuk sebab nak buat X-ray dengan MRI. Disebabkan oleh saya yang kurang berhati-hati, maka terjadilah peristiwa JatuhGedebukTerdudukAtasLantaiLicin. Allah! Adoi aje yang mampu saya jeritkan lepas jatuh...dan adoi lagi sebab masa nak bangun, hampir saja sukar nak bernafas... Allah! Terima kasih pada pakcik-pakcik gagah yang mahu membantu. Tapi, disebabkan masih mampu bertenang...saya katakan takpe, saya ok. Nampak bimbangnya pakcik kat situ sampai rasa nak bantu saya memandu pulang, mungkin. Tapi, berbekalkan aura positif akak... Alhamdulillah perlahan-lahan kita memandu sambil hujan di dalam kereta... Wallahi! Saya bukan menangis kerana malu sebab saya yakin tak ramai yang perasan akan kejadian pagi Ahad 18 Mei 2014 yang lalu. Hihi. Saya menangis sebab terlalu sakit. Menangis sebab m

Lagi 7 hari bulan 6

Sekejapan dah nak masuk pertengahan tahun 2014.  Dan aku...masih di sini. Cuba kembali menulis. Bukan sibuk manapun aku. Tetap jugak tak mampu adakan masa untuk menulis. Ye. Kalau kita tidak mengadakan masa untuk Allah, maka Dia juga tak peruntukkan masa untuk kita. Mudah, bukan? Jadi, apa yang kita perlu buat? Ubah diri jadi lebih baik. Susah? Kena paksa diri supaya mahu. Bukan hanya mengharap tanpa usaha.. Cuba paksa. Lama-lama terbiasa. Ensha Allah. Aku percaya jika kita mahu dan cuba paksa diri untuk berubah, kejayaan itu pasti milik kita. Doa jangan henti. Allah tahu apa dalam hati kita. Makanya Dia juga tahu apa mahunya kita. Cuma, kalau tak usaha...manakan datang hasilnya? Lama-lama pasti kita akan 'rasa' apa yang kita nak, Allah dah tunaikan.