Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Salam... Ye benar, pagi ni Mendung cuma sekadar menjengukkan diri lepas tu diberi pula ruang untuk Matahari menunjukkan dirinya semula. Dan aku? Seronoklah sebab aku keseorangan di dalam sini, bila cuaca agak gelap aku jadi runsing. Terima kasih Tuhan! Masih lagi macam biasa...tahap bosan semakin naik. Fikir aku hari ini Jumaat dan pastinya ada kelas sedang menanti di depan pintu. Tapi takde pulak? Mungkin sebab minggu depan ada Ujian Bulanan sebelum sekolah mula bercuti. Aku ni entah dapat cuti atau tak, tak tahulah. Macam biasa masih tidak sabar nak hadapi Ahad yang bakal tiba. Hati berdebar2 macam nak jumpa siapa je? Sangat lama tak jumpa semua2 yang akan aku temui nanti. Semoga segalanya dimudahkan Allah. - hadiah belum beli - barang2 dah pack semalam (tak sabar sangat) - kodak kamera tak beli lagi + bateri (kamera lama) Tak biasa listkan apa2 yang perlu dibuat sebenarnya. Tau2 merancang dan siap segalanya. Tapi cam tiba2 je nak buat list lepas tu kepala otak pun blank tak tau n

Tak Habis2 Kisah Alihkan Kete...

Salam... Tak tahulah apa masalahnya sampaikan kisah ni tak habis2 lagi. Pagi2 tadi sampai agak awal tak awal jugak. Dah cuba datang seawal mungkin tapi sebab benti beli sarap tu yang bila sampai sekolah cam sama je aku datang lewat sikit. Huh! Baru kejap tadi, ada kelas tiba2 sekolah call suh aku alihkan kete. Lagi??? Pelik jugak sebab semalam dengan hari ni aku park kat luar sekolah. Dalam banyak2 kete, kete aku gak yang diorang suh alih. Tapi dah sekolah call, keluar jugaklah konon2 nak alihkan kete. Aku cam tak bape nak sure so aku ke ofis sekolah. Sambil lalu nampak gak satu van dengan tangga panjang *orang yang nak buat wiring kot? Tengok kat luar pagar takde apa2 pun... Masa nak naik tangga terpandang satu Unser... Kelabu pulak tu. Ini mesti kes salah faham la ni... Sebab aku dah lama tak bawak Unser *unless Tiara buat hal ... Dan Unser mak warnanya coklat+emas gitu la kot. Aku tatau nak explain warna Unser yang selalu aku panggil van tu. Aku naik ofis gtau kakak yang call tu

Kesinambungan Kisah Semalam...

Salam... Ingat tak pasal aku marah semalam? Macam puas hati jugak sebab aku dah tak payah nak kisah pasal alih2kan kete. Aku sampai2 je tadi, guard 2 orang tu tanya kete mana, aku jawab kat luar. Guard yang muda sikit tu *semalam dia la yang suh aku alihkan kete , siap kata senang sikit letak luar. What ever la... AKu dah tak kisah. Nampak macam dia perli aku kan? Aku tak kisahlah, malas nak amek kisah. Guard yang tua sikit tu kata kalau hujan macam mana pulak? Takpelah, bukan kete aku tu kete sport ke hape nak risau air masuk ke... Selama ni tak heran pun kalau ujan ke, panas ke... Bukan dia nak alihkan pun kalau tanya macam tu. Dan selama aku park dalam sekolah, bukan bawah bumbung pun. So kalau ujan atau panas terik, sama je... Dan bukan nak protes ke hape tapi cam malas la nak dengar orang kata suh alihkan kete, tak boleh park sini, kena park sana... Banyak jugak benda2 yang aku tatau selama ni. Aku ingat aku sebahagian dari sekolah ni... Oh, aku lupa diri... Aku ni kan bawah PIBG.

Apa Nak Jadi Ni?

Salam... Semalam dah karang satu entri tapi macam tak best je nak publish... Jadi hari ni aku nak karang yang baru. Straight to the point je, lebih mudah. *dan bukan hak aku untuk mengadili sesuatu perkara yang berlaku. jadi andai dibaca dengan maksud yang salah mungkin kamu anggap apa yang aku luahkan hanya hendak menyalahkan kejadian Yang Esa! Tujuan aku bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tapi lepas apa yang terjadi buatkan aku berfikir banyak kali. Satu masa dulu aku memang minat gile lah dengan Saujana * terus terang woooo! Even sampai sekarang masih suka dan minat. Walaupun diorang dah lama tak keluarkan album sendiri. Ditambah dengan kesibukkan masing2 ( 2 doktor, 1 jurutera ), harapan untuk berharap sangat tipis. Dan aku masih lagi terus meminati diorang. Apapun aku cuba ambil tahu pasal diorang la... Kalau dulu macam terlebih2 tapi sekarang sangat kurang malah kadang2 macam tatau pulak perkembangan terbaru diorang. Kalau tau pun dari laman web Saujana sendiri yang jara

Geramnya...

Salam... Kejadian berlaku baru beberapa minit tadi. Nak nangis je aku dibuatnya... Tak besar halnya tapi sangat buat aku rasa terkesan... Mulanya macam ni, masa baru nak makan bergedil (tau kan apa tu?), ada sorang guard - muda sikit, datang dan suh aku alihkan kete. Act, sejak bulan lepas lagi, Puan Guru Besar dah suh aku alihkan kete yang aku selalu park sebelah kantin. Mungkin mengganggu students2 dia kot (budak2 ni semua suka berlari2)? Ok, aku angguk2 tanda faham dan takkan buat lagi. Lepas tu dalam awal bulan ni kot, guard yang cam tua sikit dari abah aku - Pak Yassin itulah... Dia suh alihkan kete - aku park kat sebelah tempat orang berteduh sambil tunggu anak2 habis kelas... Sebab lori sampah susah nak keluar masuk... Aku ok lagi... Lepas tu kejadian yang baru tadilah... Bukan aku tak boleh ditegur (biasanya tak boleh terima dengan cepat), tapi aku rasa bila aku ditegur, lepas tu dah banyak2 kali kena tegur, aku rasa macam aku sorang je yang park kete kat tempat2 yang dilarang

Kita Semua Kan Geng!

Salam... Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan. Hujung minggu yang macam biasa2 je... Cuma malamnya (Sabtu) ajak mak ngan adik2 (Ud ngan Fizi) layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula . Memula cam tak caya je aku ni betul2 ke nak ajak mak g layan wayang ni? Sebab aku kenal jugaklah mak tu macam mana...jarang nak tengok2 wayang ni. Last tengok wayang pun masa zaman2 kemahsyuran (hamboi2...) Jurrasic Park, Lost World ... Lama kan tak tengok wayang ngan mak? Tapi berjaya jugak ajak mak layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula! Ud dengan abah tak ikut. Ud sebab nak tengok bola pulak. Abah? Lagilah malas nak layan... Kata abah, bukan masa untuk dia layan wayang lagi sekarang. Ceh, berlagak betul statement... Huhuhu... Ajak jugak berkali2 tapi dia tetap takmo pegi gak sebab lagi best jumpa kawan2. Alamak, ter'kutuk' pulak... Siangnya aku call TGV S2 ... Tak angkat2 call aku. Lama jugak cuba sampai dah nak habis Asar

Nothing much to say... Just welcoming you to my page...

Salam... Kenapa yek aku bukak blog baru lagi? Ada banyak sebab dan ataranya ialah; i - WP kalo nak apdet kat sekolah agak lembab gila (lebih lambat dari kura2 yang menang bertanding siapa laju dengan arnab) ii - rasa cam best je guna blogger ni sebab boleh letak apa2pun yang kita suka (baru sedar ke?) iii - semua yang diatas...boleh? Dan bila aku kembali gunakan blogger ni rasa cam hape je padahal pernah guna sebelum ni... Sebab apa aku kata aku cam hape jek? Sebab aku dah tatau nak tukar template selain dari yang telah disediakan. Memula cuba jugak tapi tak habis baca arahan akhirnya tak jadi apa2pun... memang sengal gile la... Masa aku kat WP aku try tukarkan template blog Mak... still tak boleh. Nampak sangat aku seperti kacang lupakan kulit je... Tapi memang aku tatau macam mana nak masukkan template baru sampailah 'jumpa' kembali dengan anak mantan pengetua sekolah asrama dulu... Tq a lot Solehah, akhirnya akak tau jugak cane nak buat semua2 benda ni... Lepas tu tangan aku

Countdown - 9 Hari Lagi...

Salam... Diam x diam tinggal 9 hari je lagi untuk 'Small Gathering' anjuran aku dan Aini. Kitorang buat untuk Batch 16 Jahitan a.k.a. Pembuat Pakaian Wanita (YPVWM)... Asal2 plan nak bercuti tapi tak jadi sebab ramai yang tak boleh... Destinasi pilihan masa tu PD dan semuanya tatau nak naik apa ke sana. Lebih mudah katakan yang diorang 'agak malas' untuk mencari, tau2 semuanya dah sedia depan mata. Wallaweiii... Banyak kali jugak berbincang pasal perjumpaan kecik2 ni. Untuk tidak memeningkan kepala dan tidak menyakiti atau mengguris hati mana2 pihak, aku suruh Aini tanyakan (nombor2 yang Aini ada je) kat mana nak jumpa, bila...? Diorang kata x kisah, terpulang pada aku dengan Aini. Aku tanya dulu supaya takdelah kat belakang2 kata "Kenapa buat kat sana? Susah la nak pegi sana... Tak boleh pegi lah...". Korang pun mesti pernah hadapi benda2 macam ni kan? Ok, aku dengan Aini pilih tempat yang semua orang boleh pegi. Act, aku dengan Kin (sorang lagi budak kelas a

Rintihan Pengemis...

Salam... Macam ape je bunyinya tu? Pengemis Cinta adalah lebih tepat lagi kot? Not me (for the time being la). Suka dengar lagu Rintihan Pengemis (Ruffedge) ni. Rasa cam dibawa sekali dalam alunan lagu tu... Mulalah madah2 aku ni kang. Kan aku ada gtau yang kalo WP ada apdet maksudnya aku kat rumah kan? Dan kalo Blogger ni apdet maksudnya aku kat sekolah? Memang serisus aku takde idea bila nak update Blogger dari rumah sebab macam dah set je segala apa yang aku nak tulis semuanya kat sekolah... Tapi WP pun dah jarang2 sangat aku usik. Usik hanya singgah2 untuk approve komen2... Bila aku tak apdet cam banyak pulak orang yang mai sana... Seronok tengok ramai yang singgah... Tq2x! Aku ni cuba untuk menulis seminima mungkin tapi bila ada benda nak cite tak tau macam mana nak pendekkan sebab orang cam aku ni semua benda dianggap penting je... Hahaha... Padahal peksa2 besar dulu, satu hape karangan aku tak boleh buat pepanjang...aku sengal... Aku merintih pada yang sudi je... Sekali lagi aku

Cikgu Bidan Terjun..

Salam... Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan. Jumaat lepas tiba2 aku kena mengajar. Aku ok kalau disuruh mengajar tapi aku TIDAK dibenarkan mengajar langsung. Boleh ajar cikgu je (apa yang dia tatau la)... Kalau mengajar sesebuah kelas memang TIDAK dibenarkan. Itu adalah WARNING awal2 masa tandatangan surat perjanjian keje. Nampak macam lokek ilmu je kan? Tapi ini ARAHAN ... AMANAH jugak... Siap Guru Besar kata kalau ada mana2 cikgu yang suruh aku mengajar budak2 kelas dia, lapor kat dia (GB) ... Tapi takkanlah aku nak laporkan jugak kan? Aku rasa ini hanya 'small matters' je. Apa yang boleh aku tolong, aku tolong... Dan aku yakin sangat2 budak2 ni semua tak faham apa pun aku ajar. Sebab aku tatau nak mula dari mana, nak habiskan kat mana. Cikgu tu siap buat pengakuan terbuka pulak lagi depan budak2 kelas dia. Sepanjang puluhan tahun (yang aku dengar dia gtau) dia mengajar, tak pernah tau pasal PC langsung. Yang aku

Careless...

Salam... Pukul 7.46 am aku dah hampir sampai kat sekolah baru perasan yang kunci pagar takde dalam kete? Adoi, awatnya cek ni? Apa saja yang aku lamunkan pepagi ni? Mula2 dalam kete aku cuma ingat yang aku lupa bawak bekal yang dah siap2 atas meja ruang tamu. Lepas tu boleh ke kunci pulak tinggal? Dah lama aku tak careless berturut2 macam ni dalam sehari... Pelik jugak, kenapa ek? Allah nak supaya aku tak lupa diri ke? Hikmahnya? Entah bila dapat aku tahu... Tapi memang sejarah jugaklah jadinya sebab boleh terlupa semua2 tu, yang penting pagar... Aku sempat call mak gtau pasal hal yang satu ni... Lepas tu cam tak bape nak sedap hati lak, aku tunggu kat luar (kat kantin) sebab nak jumpa Guru Besar untuk permisi... Nasib baik bagi aku keluar kejap...tak banyak soal. Resah. Gelisah. Sepanjang perjalanan balik rumah, doa banyak2 supaya kuci ngan mangga tak hilang... Sesampai je (dalam 20 minit perjalanan), aku tengok kunci elok je tergantung (mangga solex) selagi tak kunci elok2 memang

Lagi 1 jam 30 minit...

Salam... Lama lagi nak baliklah... Huhuhu... Patutnya Jumat kenalah ikut budak2 balik kan? Aku dulu ingatkan sebab budak2 sekolah ni semuanya perempuan dan diorang akan balik macam biasa (2.10 pm) rupa2nya sama je dengan sekolah yang mix gak. Aku lupa nak tanya masa nak sign surat perjanjian keje dulu. Pastu sampai la ni pun aku tak tanya dan mintak nak balik macam diorang sebab aku keje pun memang sampai pukul 2 pm je...lemak banyak kalo mintak nak balik awal je. Nak cite ni... Masa sibuk2 kat wedding Nurul Haizum @ Chika la tiba2 ada nombor sesat mesej aku. Act, malam tu dah mesej tapi sebab aku tak topup jadi takdelah aku nak balas semula. Takde masanya aku nak topup semata2 sebab nak balas mesej asing. Masa kat wedding tu aku dah lepas makan n dah jumpa Nurul pun. Duduk je ngan kak Alya kat depan pelamin. Sebab teruja punya pasal, duduk jelah depan pelamin tu... Tengah hari tu gak aku balas lepas dah redeem bonus dari talian panas (HotLink le!). Macam biasalah bila nombor yang aku

Tulisan aku jadi font kat MS Word oooo...*Jobo (berlagak) jap...

Kalau Kau Fikir Kau Susah, Ada Lagi Yang Lebih Susah...

Salam... Dulu aku tak terasa nak fikir dalam2 apa maksud tajuk aku. Pernah aku baca dalam satu majalah wanita (lupa nama majalah tu...). Cite pasal Rosyam Nor. Aku kagumi dia sebagai seorang lelaki, suami, ayah dan pelakon yang serba-serbi boleh. Banyak benda yang dia citekan kat dalam majalah tu. Apa kene mengenanya tajuk ni ngan Rosyam Nor? Dia cite dalam majalah tu yang dia dulu sekeluarga orang susah (even dia dah senang pun sekarang, dia tak macam orang lain)... Aku takde kene mengena dengan dia sekeluarga ok... Cuma aku teringat yang dia cite kat majalah tu bilamana arwah ayah dia ngan mak dia selalu pesan kat dia dan adek badek dia "Kalau Kita Fikir Kita Orang Susah, Ada Lagi Orang Yang Lebih Susah Dari Kita"... Lebih kurang gitulah ayatnya. Cuba kamu semua fikir dalam2, betul ke tidak pernyataan tersebut? Aku tahu dan faham itu benar. Kenapa benar? Kadang kita mengeluh bila waktu makan, kita makan tak seenak orang lain yang lebih berkemampuan. Itu antara contoh2 biasa

Tahniah Dik...

Salam... 1st time jumpa si kecik molek ni... Memang tak pernah termimpi dan tersangka2 (selama ni selalu mintak nak rasa cane agaknya sesuatu yang tak pernah dimimpikan tiba2 jadi)... Alhamdulillah, perjalanan menuju destinasi sangat menyenangkan dan memudahkan aku yang ditemani oleh kak Alya (dia selalu ada bila aku perlukan...tq a lot kak). Perjalanan bermula lepas amek kak Alya kat rumah dan isi minyak. Perasaan nak ke lokasi berlangsungnya Hari Besar (definisi dipinjam dari Hidd) si kecik molek yang diadakan di Cheras adalah bercampur baur, debaran sentiasa ada, risau, bimbang semuanya bersatu. Sesampainya kami ber2, baru pukul 11.33 am kalau tak silaplah tapi memang terlalu awal sebenarnya. Fikir banyak2 kali untuk berjalan kemana2 dulu atau tunggukan saja sampai tiba waktunya? Kalau nak keluar balik, confirm takkan ada ruang untuk aku bila kembali semula... Duduk2 dulu dalam kete lepas tu decide untuk terjah je kenduri si kecil molek. Sepakat membawa berkatkan? Redah je wal