Skip to main content

Tolonglah Jangan Main-Main!

Salam...

Apa korang rasa bila ada je nombor yang tak pernah korang tahu, ternampak dan tak tahu siapa punya nomborkah itu tiba2 je bagi sms, "hi mkwe :-)"... Dah lah eja Makwe jadi Mkwe... Hahahah, biasalah bahasa pasar dalam sms...itu bukan masalah. Oleh kerana nak tahu siapa dia (sebab selalu fikir ada yang nak kenakan aku atau kawan lama yang nak mengusik mungkin), aku layankan sajalah. Aku jawab dengan pertanyaan, "sapo ni?". Dia balas lagi, "ai,pkwe lme awk dlu pn awk xknl da ke?". Memang kegemaran dia kot suka eja macam tu.

Lepas dah balas2 tu semua... Aku pun suruhlah dia beritahu je siapa dia? Mana dia dapat nombor aku tu? Dia kata kawan2 aku jugak. Dan aku tak dapat nak trace atau detect siapakaha yang dia katakan sebagai 'kawan2 awak jugak tu'... Boleh pulak dia kata dia budak S******G jugak padahal aku bukan duduk situ dan paling aku tak berkenan bila dia tahu aku part time kat mana... Seingat akulah kan, tak ramai yang tahu aku part time dan kat mana tempat aku part time kecuali yang betul2 rapat dan kenal aku... Biasanya aku cuma cakap aku part time kat klinik je tapi tak reveal nama pun.

Pelik sungguh la aku rasa. Aku teringat seseorang tapi aku tak bajet dia... Dan aku tak rasa ini perbuatan dia. Apalah faedahnya dia nak buat macam tu pun kan? Tak...aku dapat rasa yang dia bukan orangnya... Aku rasa orang yang ini adalah orang yang sama pernah aku cite kat blog lama satu masa ketika dulu. Tapi kalau ikut dia yang ini orang sini jugak... Dia yang dulu orang Shah Alam. Betul atau tak lantak diorang lah... Tak kuasa aku nak ambil tahu dah...

Sempatlah jugak malam tadi telefon seorang teman (setakat ni dia selalu je boleh ada bila aku perlukan dia) sebab aku memang perlu cakap dengan seseornag waktu tu. Lepas dah borak2 cite...dan menurut cite dari aku, dia dapat rasa orang yang aku rasa tu adalah orangnya. 70% pulak tu... Gila aaaaahhhhh... Ada banyak sebab yang aku tak tahu nak nyatakan macam mana kat sini yang aku tak rasa orang itu adalah dia... Kata teman itu pulak (dulu aku ada letak nama dia kat sini tapi sekarang kita panggil teman sajalah ye?), depan kita dia (orang yang disaspek itu) biasa2 je tapi belakang kita...macam apa yang sedang berlaku sekarang inilah.

Dan disebabkan oleh hal yang ini, aku jadi takut (tak sangat tapi bimbang)... Dan ingatan aku kembali pada 'dia' yang aku selalu nak rasa sejuk kaki+tangan walau hanya sebut nama dia je... Hahahahah. Tapi itu hanya keinginan aku je... Kalaulah boleh jadi betul2 kan? Jauh sangat harapan tu. Tapi, tolonglah jangan ada benda2 macam ni lagi yang jadi pada aku... Dan selepas last mesej aku pada dia yang entah siapakah itu dan tiada balasan, aku malas nak teruskan dah. Maksudnya aku tak mahu mulakan lagi...walau pada dasarnya BUKAN aku yang mulakan... Senang kata takmo teruskan kalau dengan cara yang macam ni.

futnot: dulu ingatkan aku takkan hadapi hal2 begini - maksud aku, orang lain lebih besar masalah yang diorang hadapi tapi aku...macam ni je? tiap dar kita tetap akan hadapi sesuatu yang akan membuatkan ia menjadi masalah tapi cara bagaimana mahu mengatasinya itulah terpulang pada kita...



Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!