Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Atok Mak!

Salam... Entri ini aku tujukan khas untuk Atok Mak yang tersayang. Sangat disayangi oleh semua anak2 Atok Mak, cucu2 Atok Mak, cicit Atok Mak, adik2 Atok Mak... Hari ni Hari Lahir Atok Mak yang ke-72 tahun *harap2 betul kiraan aku ni... Tahniah kat Atok Mak sebab sampai hari ni Atok Mak masih sihat walafiat *sakit2 lutut tu biasalah... Kita memang tak rapat ngan Atok Mak pun... Cuma sejak2 arwah Atok Ayah meninggal je baru kita nak cuba2 rapatkan diri kat Atok Mak... Kita cuma nak sampaikan ucapan Selamat Hari Lahir - 72! Semoga Allah selalu merahmati Atok Mak selamanya... Sayang Atok Mak sangat2... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Entri Tak Bertajuk...

Salam... Tak bertajuk pun jadi bertajuk jugak... Sampai tatau nak tulis tajuk apa lagi... Hah! Macam biasa hari2 dengan perasaan freenya aku on9. Aku ni macam orang takde keje langsung. Hari2 free 0n9. Sampai ada yang tegur, tak keje ke? Hahahah, sejak keje kat lab ICT ni aku buat macam CC aku sendiri je... Cite2 je besar nak bukak CC, hampeh... Mula2 masuk keje tetakut gak nak guna PC n internet sebab teringat tempat keje lama. Pantang cuit sikit je IE atau Mozilla... Dari dalam bilik yang cermin besar tu pun bos2 boleh nampak. Dah le bos aku tu 3 orang. Main game pun tak boleh wa cakap lu... Kata orang pandai buat pandai2 la simpan... Diorang nampak je n macam tunggu2 je nak sergah aku sebab main game atau melayari internet *ayat skema lol... Tapi bila yang bertugas untuk dedua lab ni kata kalo boring guna je komputer ngan internet aku jadi seperti "Orang mengantuk disorongkan bantal"... Tak sedar diri tu sampai tatau nak bukak laman apa lagi dah sekarang ni. Yang bestny

Rasa Antara Kita

Salam... Selalu dengar tak orang omongkan begini? "Aku bukan minat dia sangat pun TAPI bila dia pakai macam tu, cantik pulak aku tengok" , "Bukan bagus sangat pun dia tu NASIB je tu" , "Dia tu bukan pandai sangat berlakon pun, SEBAB dia cantik je orang amek dia berlakon" , "Suara dia bukan sedap mana pun TAPI..." .....bla...bla...bla... Tapi dalam sibuk2 cakap begitu, sedar tak sedar diri masih mengambil tahu walau sedikit saja perkembangan sesiapa yang dikata tu. Ramai yang kita boleh contohkan dan kenapa orang kata macam tu pasal sesiapa tu. Tak suka tapi amek gak tau...huh! Nak puaskan hati semua orang mana boleh? Kita pun sama jugak kalau dalam hal yang sama cuma kita tak rasa je apa yang sesiapa tu rasa... Dan kebanyakkan dari kita suka sangat tengok orang lain jatuh tersungkur... Menolongnya tak mahu cakap lebih je tahu... Tapi manusia biasa tetap manusia biasa... Kalau bab nak sokong kebolehan atau kejayaan orang lain macam liat je nak bu

Tahniah!

Salam... Aku tak bijak nak menulis dalam English la... Takut salah tapi hentam sajalah labu! 1st n foremoss, entry ini ditujukan khas buat teman alam maya yang aku kenal akhir tahun lepas... Tahniah for the 4 weeks n 6 days itu. Jaga diri kamu baik2 ye teman? Paling aku suka sangat adalah kerana nama kami sama... Hidayah! What a wonderful world? Hahahahah, suka2 tambah ayat bagi sedap kononnya. Tapi dia ada Noor dan kami tidak berbintikan nama ayah yang sama... Takpe at least kita ditemukan juga walau bukan dengan 4 mata... Aku suka baca entry2 dia sebab sungguh, dia bijak menulis. Hidd *nama panggilan yang sangat comel, kalau awak menulis buku ke satu hari nanti kita pasti akan jadi antara yang pertama membelinya! Dan kami sebaya... Dia dan suaminya disatukan akhir bulan tahun baru 2009... (Januari lepas da...) Kata orang lagi ye... ini dinamakan sebagai bunting pelamin... Nama bunting tu macam apa je kan? Rezeki buat kamu ber2... Berita gembira yang sangat2 buat kami semua pengik

Banyak Benda Nak Cite...

Salam... Mentang2 dah lama tak tulis apa2 ni, ada je benda nak kongsi. By the way saja nak menjeleskan semua orang yang aku diberi cuti sampai Khamis ni... Tapi Jumaat ni kena keje la pulak...huhu... Sila bersyukur wahai Hidayah... :P AF lagi... Biasalah aku kan suka komen... 1st impression yang aku rasa - tak excited. Tatau kenapa ye? Macam ada something yang tak dapat nak tarik perhatian aku sebagai antara penonton setia. Mungkin awal2 lagi ke? Entah tapi tengok jelah minggu depan ye? Harap2 tak macam RL3 yang lepas bilamana aku teruja nak tengok pun bila dah masuk minggu2 akhir diorang buat persembahan... Cerekarama - Ku Mohon Best jugak dan macam mana ekspresi pertama mak ayah mertua Julia Qadija Abdullah a.k.a. Elaine Daily tu, macam tu jugak yang pernah aku rasa. Aku ada kawan - ex junior masa belajar dulu2. Aku pernah je terasa dan terfikir yang dia ni betul2 tahu ke pasal Islam sepenuhnya? Dia tak berlagak atau apa tapi aku je nak rasa yang tak elok. Percaya atau tak, ada benar

Aku Pening!

Salam... Ini kisah semalam. Rabu memang hari yang sibuk sikit untuk aku sebab ada 2 kelas... Cikgu yang sama, kelas lain2... Dan bising memang sama je dedua kelas... Cuma kelas awal pagi cam agak behave dan dengar kata selalunya la... Aku selalu rasa nak marah dan rasa bengang bila budak2 ni selalu main2 kerusi yang diorang duduk tu. Mentang2 boleh naik atas, turun bawah *kerusi boleh laras tu la... Main pusing2 kerusilah, main macam2 lagi. Bila aku geram aku diam je tapi buat2 lalu sebelah diorang, belakang diorang dengan harapan diorang faham yang aku tak suka diorang main2 kerusi tu semua. Bila aku bergerak dari tempat aku duduk, diorang diam je macam statue tu dan bila aku dok belah kiri yang kanan pulak bising dengan bunyi2 kerusi... Bila aku buat2 pindah tempat kat belah kanan, kiri pulak mainkan peranan diorang. Kalau aku ni HULK lama dah tukar HIJAU badan aku ni agaknya dan tambah2 besar... Tak...tak, aku masih manusia yang waras... Jangan bimbang ye? Pernah sekali kelas ked

Lemon Tree...

Salam... Back into 1996 - Aku tingkatan 1 kala itu. Full of memories... Maaf, aku tak bijak berbahasa Inggeris, sikit2 bolehlah. Lagu ni mula2 sekali dengar masa sebelum nak sekolah *andai aku tak salah... Asal petang2 je mesti terngiang2 kat telinga waktu pulang dari sekolah. Semua budak2 sukakan lagu tu rupa2nya. Dan waktu tu lagu tu diubah melodinya oleh kumpulan lain. Tau nyanyi je...tatau apa nama kumpulan... :P Pagi2 tadi Sinar.FM pasang *Sinar Pagi... Tu yang cam teringat kembali je apa yang terjadi masa dulu2 bila aku dengar lagu ni... Tak banyak benda boleh aku kaitkan tapi memang akan membawa aku melayari kenangan2 waktu dulu... Dah le sekolah masa tu penuh dengan lelaki sebab aku dan kawan antara yang awal masuk sekolah tersebut sebagai pelajar perempuan. Sebelum2 tu semuanya lelaki - Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad , biasalah... Ni kat etaling Jaya tau bukan Klang sana. Aku dah masuk kolej baru tau yang sekolah ni ada kat Klang jugak rupa2nya? Aku yang se

Laskar Pelangi...

Salam... Lama dah nak tulis pasal hal yang satu ni. Huhuhu... Cumanya seperti biasa, aku ni kan selalu je terlupa. Lepas tu malas la, apa la... Ni dah teringat tu yang aku buat entri khas untuk ni... Selalu tu dengar je lagu ni dan buat pertama kalinya aku terus jatuh cinta pada lagu ni... Terima kasih yang tak terhingga pada Ummu Solehah - anak mantan pengetua dulu... Memang tak kenal personally tapi pernah tau pasal Solehah dari adik dia yang sekolah sama dengan aku masa tu la... Tahun 1999... 10 tahun sudah... Adiknya nama Ummu Sakinah. Rapat tak rapat jugak sebab masa tu Sakinah 11 atau 12 tahun macam tu la. Kat sekolah tu pelajar bermula dari umur 7 tahun sampailah tingkatan 4... Unik kan? Jarang kot sekolah yang ada murid yang muda sesangat masuk asrama? Ke aku yang tak tau? Yang penting urusan membeli telah selamat disempurnakan awal2 bulan Feb 2009. Terima kasih lagi Solehah ...! Akak memang banyak susahkan Solehah je... Kejap2 nak lekat ayat2 tu kat bukulah kejap takmo. Dise

Thank You, Arigatou, Merci, Danke, Gracias, Syukran...

Salam... Ucapan pada tajuk tu untuk semua blogger yang sudi tolong tunjuk ajar pasal iklan Nuffnang yang satu ni... Selagi tak nampak dengan mata sendiri iklan2 tu kat blog ni, sampai sudahlah aku kebuntuan... Aku sangat sengal. Apa2pun terima kasih sangat2 sudi tolong... *yang sudi komen kat entry semalam... AF7... Nak komen pasal Tirai AF7 yang 1st n 2nd... Ini pendapat aku sendirilah. Bila tengok diorang ni nangis2 terharu sebab dapat masuk AF ni aku pulak yang rasa macam2. Kalau dulu2 masa musim awal2 rasa cam excited jugak tengok bila ada yang berjaya memboloskan diri ke dalam rancangan tu. Dan bila setiap tahun acara ni seperti wajib je diadakan, aku dah tak rasa sangat keterujaan tu. Dah terlalu banyak rancangan yang sama dan serupa AF7 ni. Dan bila malam tadi tengok penyingkiran oleh cikgu2 diorang...ada yang tak dapat masuk, menangis sungguh2. Padahal bukan calang2 jugak diorang tu. Ada yang tengah study Ijazah Pendidikan, keje ngan suami sendiri dll. Aku rasa baik diorang te

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tagged Dari Nad...

Salam... 1. Nama Gelaran masa kecil yang tak pernah kamu beritahu sesiapapun: - Dayang2... Pakcik yang panggil, sampai sekarang pun masih panggil Dayang2...malas nak panggil nama sebenar. Huh! 2. Katakan kamu bakal dapat durian runtuh, kamu akan terus pergi melancong atau melakukan kebajikan: - Dua2 sekali, ok? 3. Jika kamu tidak pernah bertemu kekasihmu sekarang, bagaimana agaknya kehidupanmu sekarang? - Sekarang pun masih belum bertemu sesiapa... 4. Pernahkah kamu mendapat firasat tentang kekasihmu, dan ia benar-benar terjadi? - Belum pernah... 5. Kuasa apa yang kamu inginkan jika diberi pilihan? - Boleh faham semua orang tanpa diberitahu... ;) 6. Semasa kamu kecil, pernahkah kamu membawa pakaian dalam beg dan lari dari rumah? Kenapa begitu? - Pernah terniat tapi tak pernah buat pun sebab konon2 nak protes macam dalam tv tu... 7. Jika kamu berpeluang untuk putar kembali masa, bilakah masa itu? - Masa kecik2... 8. Bilakah waktu paling lama kamu tak mandi? Jujur ya. - 24 jam... *terukn

Yeayy! Update Live From Home!

Salam... Sepah Menang! Macam yang aku jangka *orang lain jugak mungkin ... Sepah 1st, Jihan 2nd & Amir 3rd. Aku pulak yang excited tapi aku suka. Mula2 memang tak rasa ada yang best langsung kat Raja Lawak Musim 3 ni. Bak kata oranglah, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' ...sebab aku masih suka pada Juara Raja Lawak Musim 2 dulu... Rasanya tak sampai setahun lagi Nabil jadi Juara dah ada yang baru. Mungkin sebab tu alasan aku untuk tak menerima dengan mudah kehadiran peserta2 baru musim ni. Dan semalam dah terbukti segala2nya selepas 10 minggu berlawak depan orang secara live. Tahniah untuk semua sebenarnya! The Phantom of The Opera! 1st time suka pada lagu Masquerade dalam cite ni. Rasanya cam filem tapi aku tak pastilah pulak. Aku tau pasal filem ni dan lagu2nya pun masa keje tempat lama dulu. Masa wedding anak kenamaan ni, adalah sepupu2 dan adik dia buat persembahan untuk pasangan pengantin tersebut. Dahlah comel pulak tu adik sepupu dia menari... Kalau terlupa step tengok je

Hati Ini...

Salam... Aku tak sangka aku berjaya juga akhirnya. Berjaya lupakan seseorang yang memang aku nak lupakan sejak pertengahan tahun 2007. Baru sekarang aku berjaya. Nak kata 100% tu tak mungkinlah tapi hati aku dah tak berdebar2 macam dulu lagi kala aku tengok gambar dia. Tapi tetap jari2 ni sejuk je bila bercerita pasal dia. Dengan bantuan nasihat kawan adik aku *selepas setahun dia nasihatkan aku, dengan bantuan kawan2 sekeliling dan kawan2 YM aku berjaya lupakan dia. Aku bangga dengan diri aku sebab aku tak sangka aku berjaya. Dalam hati aku ni masih ada dia dan ingatan aku juga dia ada. Cuma untuk meletakkan dia sebagai yang utama selepas keluarga adalah tak mungkin untuk masa ini atau bila2. Tapi seperti orang kata Kita Hanya Merancang DIA Menentukan! Aku tahu tu dan aku percaya tu. Aku cuba lawan diri sendiri yang aku boleh lupakan dia untuk selamanya. Mula2 memang payah tapi aku cuba demi kebaikkan semua. Wah! Statement artis pun kalah. Mula2 aku cuba buang nombor telefon dia

Menanti Di Barzakh!

Salam... Dengarlah lagu tu ye? Sangat menginsafkan diri sebenarnya. Cuma bila nak sedar diri tak tau le. Aku katakan diri aku ye...takde kena mengena dengan sesiapa tapi kalau nak terasa pun bagus jugak. Sama2lah muhasabahkan diri ye? Kadang2 aku macam menyesal je bila terlalu galak bercerita tentang itu dan ini pada orang. Sebab aku tau kalau aku silap cakap mesti lain jadinya. Bila menyesal, aku berharap sangat2 tak jadi apa...biarlah berlalu macam tu je. Benar kata orang2 lama, Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Padahlah Jawabnya ... Apa daaaa...pepatah Melayu pun aku blur... Maaf ye, aku lupa la pulak... Dan hari ni selepas 2 hari MC, takde sape yang tau atau perasan yang aku takde kat sekolah ni. Kalau aku jahat boleh je tak datang hari ni kan? Tapi itu macam melampaui batas sangat sebab lama2 orang perasan jugak esp. cleaner... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tagged Dari Nad...

Salam... Macam biasalah dari siapa lagi kan? Nak2 aku pun tengah bosan gile sekarang... 1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? - Duit? Tak tau nak fikir apa... 2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?? - Coklat Cadbury, Chipsmore, Roti Canai Biasa Giant... 3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?? - Rumah je...dekat ngan rumah ada satu taman mainan, memang sesuai buat tempat bersanding... 4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan? - Hubungan ye? Dengan siapa? 5. Adakah anda sedang dilamun cinta?? - Ya dan Tidak 6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?? - Gerai makan je kat pinggiran golf 7. Namakan buku terakhir yang kamu beli? - Laskar Pelangi (tq Solehah atas urusan pembelian ya?) 8. Apakah nama penuh kamu?? - Hidayah Md. Yassin 9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?? - Dua2 sekali....depends on situation? 10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya?? - Saujana? tak habis2 aku ni... 11

WOU Contest!

Salam... Saja nak enter the contest... Tak tau sesuai ke tak...mandai2 je...

Time Square Again!

Salam... Bertaubat ialah beristighfar dengan lidah dan diyakini dengan hati serta tidak akan mengulangi lagi. Lagi dari aktiviti Ahad lepas. Gambar tak banyak. Takde mood mungkin? Acara biasa2 saja, ada jugak yang tak dapat nak dibuat hari itu sebab masa tak banyak. At least aku bersyukur ditemukan kembali dengan budak2 itu semua. Dan kami semua hanya 12 saja... -masa sampai- (duduk) l-r : su , kin , zila (duduk) belakang: midah (berdiri) l-r : aini , sal , asmah , adah -sama- -kek- -beli ngan my BFF miss nad - -lepaking- -tipikal foto of us- -menulis sambil makan kek- -time to lunch- - jijah dan puan nurul hudah bakal mami - futnot : jijah tu nama sebenar dia - Mas' Sikin ... kenapa jijah ? masa seminggu orientasi budak2 senior bagi nama2 kampung kat diorang. aku takde sebab lambat masuk...nasib le...ada lagi yang nama kampung lagi tapi aku dah tak ingat... ;)

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu

TimeSquare... Here We Are!

Salam... Penat tapi puas... Puas hati sebab jumpa jugak semua budak2 kelas menjahit dulu. Puas sebab segala2nya berjalan lancar *tersasar2 sikit tu biasa rasanya biasa... Dalam 20 orang jumlah sebenar cuma yang dapat luangkan masa - 12 orang. 8 people is missing! Whoahhh!!! Kalau dikira sekali dengan 4 orang cikgu, sepatutnya ada 24 orang. Tapi tak semua punya kekangan masa seperti kami yang lain. Dan kebanyakkannya tak dapat datang sebab miscommunication... Sebab selalu rasa 'ingatkan dah beritahu', 'mati2 ingat diorang dah beritahu' ... Itu sindrom2 yang akan membawa kepada kesalahfahaman antara kami. Bukan kami je, orang lain pun macam tu jugak. Kaki penat, mata mengantuk...nak MC boleh? Serius memang lelah rasanya. Tapi yang lagi bestnya, malam tadi tidur aku tak terbangun kala dinihari. Rasa seruk banget! Tidur aku tak terganggu. Biasanya aku akan terbangun kala jam menunjukkan ke 3.15 pagi - 4.30 pagi... Lepas dinasihatkan oleh teman lama - Ain untuk gunakan wan

Ajip!

You're 22nd!