Skip to main content

Selamat Berhari Raya!

Salam...

Intonasi membaca tajuk adalah seperti lagu raya yang selalu berkumandang di TV, ok? Huhuhu... Tahun ni macam biasa raya kat Muar je. Almaklumlah Mak Abah dua2 dari sana. Raya kali ni masih sama sejak dari hari Atok Ayah meninggal dulu. Maknanya di sini ialah, suram je... Dan semakin suram bila sepupu pulak meninggal 3 tahun lepas...

Bak kata sepupu perempuan itu - Angah, raya semakin tak best kan kak? Itulah apa yang kami semua rasakan sejak beberapa tahun yang lepas. Macam2 yang dah jadi... Harapnya aku dan semua redha dengan ketentuan juga ujian dariNya ini. Ada hikmah di sebalik setiap dugaan bukan?

Balik malam raya kat kampung (tunggu Mak dengan Abah gigih memasak rendang ayam kampung...) dan raya ke3 dah balik sini. Menanti dan menerima kunjungan tetamu... Ada masa senggang sikit raya pulak rumah kawan2... Tak banyak aktiviti pun tapi bila budak2 datang bagi salam lama2, langsung tak layan. Aku tak faham kenapa aku malas nak layan budak2 kalau nak datang beraya. Lupa ke aku pun pernah kecik macam diorang jugak? Motif ramai2 datang raya mestilah nak duit raya kan? Bukan rumah kitorang je tak layan, rumah2 lain pun malas nak ajak masuk...kejam sungguh ye?

Gambar2 raya sila tengok di FB saja la, sebab blog ni selalu bermasalah nak upload gambar...
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...