Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Aib, Malu...

Aib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas : "Aib bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu." Salam... Wah, sejak akhir2 ni tiba2 rajin menulis pulak. Tak cukup idea dalam kepala, sekarang dah pandai cilok dari internet pulak. Takpe2 ini pun info dan maklumat yang sangat berguna untuk semua jugak. Teringat kisah Nur Kasih bilamana Nur tanya Aidil kenapa sanggup simpan rahsia hal Nur dengan Adam? Kata Aidil, Islam menuntut supaya umat2Nya menutup malu atau aib umat2 yang lain. Jadi tak salah cara Aidil cuma dalam konteks ini, mereka terpaksa dalam rela menipu orang2 tua mereka. Aidil sempa

Kata Orang : Senyum Itu Sedekah!

Salam... Kadang2 kita rasa ragu2 untuk senyum pada orang yang baru kita kenal atau baru je nak mesra2. Aku tabik kat orang2 yang tak malu2 nak kenalkan diri dia walaupun itulah kali pertama dia berjumpa orang yang baru dia kenal tu. Selalu orang akan nilai pada apa yang pertama sekali yang diorang nampak pada seseorang. Tapi kalau setakat sekali pandang dan kebetulan ternampak sesuatu yang kita tak berkenan kat orang tu, tak bolehlah dengan senang hati nak kata dia itu begitu dan begini kan? Tapi kebanyakkannya dari kita memang suka buat penilaian yang agak salah. Padahal orang tu kalau kita betul2 nak kenal sebenarnya dia tidak seperti yang kita sangkakan. Aku selalu begitu walaupun aku harap2 aku tak begitu lagi. Memanglah bila kita tengok orang lain, kita akan terus mengadili. Kita kalau kat tempat orang (terutamanya) atau keje kat tempat baru dengan suasana baru patutnya kena pandai2 bawa diri kan? Ok, macam mana kalau kita dah beria2 menyapa dan senyum macam Kerang Busuk dah rupa

Cinta: Sains dan Tanda-tanda

Salam... AKU AMBIL DARI KOTEX UNTUK DKONGSI BERSAMA... Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula. Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”. Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selama

Lokek

Salam... Sama dengan maksud Kedekut, Bakhil dan yang seumpama dengannya. Ada lagi perkataan2 lain tapi buat masa ni aku hanya dapat 2 tu je. Sebenarnya perbuatan ni bukan TAK BOLEH tapi tak elok dan hanya sesuai digunakan di satu2 masa atau satu2 tempat je. Waktu sekolah rendah dulu pernah je aku hadapi hal2 yang sebegini. Kita yang kecik2 ni takkan tahu apa maksud kedekut ini kalau tiada orang2 yang dewasa perkenalkannya pada kita. Masa tu rehat untuk Tahap 1. Aku dengan kawan2 rehat kat tempat biasa... Tengah sedap2 rehat, tiba2 mak pada sorang kawan baik tu (kawan ni macam lalang sikit kadang2 tapi dia baik je...) datang bawakkan satu kotak pensil warna yang ada banyak pilihan tu... Kita yang selalu dibelikan 12 batang pensil warna (warna2 asas) tu pun dah rasa bangga. Daripada takde kan? Itupun tak pilih panjang ke pendek dah lagi. Bila tengok kawan tu dapat kaler yang banyak macam tu, agak terkesima tapi belum sempat nak dekati dia dan maknya tiba2 terdengar maknya kata, "adi

Hobi (Baru Je Perasan...)

Salam... Wanita dan beli belah adalah sesuatu yang sinonim, tak boleh pisah... Tapi bukan semua wanita 'gilakan' shopping. Ada yang suka window shopping sesaja... Window shopping tak rugi tapi penatlah...asek tengok dan belek... Aku suka shopping tapi tidak terlalu suka dan rasa itu perkara yang mesti aku buat. Tidak ada tetapan hari, bulan atau minggu yang aku perlu membeli belah. Beli belah dengan mak paling best...haha! Anda faham maksud saya kan? Kalau kecik2 dulu suka bazirkan duit beli makanan (tu pasal penulis blog ini sihatnya bukan main...), bila meningkat remaja aku suka beli majalah2... Apa jenis majalah pun aku beli... Masih tersimpan rapi dalam peti harta karun abah... Sayang nak buang sebenarnya huhu. Tapi bila umur aku semakin bertambah, ehem2... Aku dah takde hati nak beli makanan2 sangat (berat tak jugak kurang2), beli majalah2 tu semua. Tapi kadang2 beli Mastika atau novel (ini lagi le lama tak beli)... Aku lebih minat baca buku2 motivasi sekarang ni...ececeh

Aku Juga Punya Hati...

Salam... Apa yang korang rasa agaknya bila tiba2 kita dengan senang hati nak cerita dan kongsi kegembiraan pasal kita suka kat orang atau orang suka kita tapi sebelah pihak yang kita nak kongsi tu pulak kata, "ada ke orang suka awak?"... Kalau aku, aku akan tukar ke topik lain sebab dia telah mematikan perasaan teruja aku kala itu. Ini bukan gurauan sebab nada dia yang bercakap seolah2 memperlekehkan aku, seolah2 aku ni tak berpeluang punya rasa seperti dia, seperti orang lain... Itu sebab sekarang ni aku tak cite sangat kat sembarangan orang melainkan orang2 tu semua selesa untuk mendengar cite2 aku. Sebab hati manusia ni lain2 kan... Kalau dulu2 orang kata, Rambut Sama Hitam Hati Lain2 ... Tapi sebab situasi sekarang rambut manusia pun tak berapa nak sama warnanya jadi kita tukar kepada Lidah/Darah Sama Merah, Hati Lain2... relevan tak? Haha... Dan selalu jugak kita dengar ni, Buat Baik Berpada2, Buat Jahat Jangan Sekali ... So, ingatlah ye (untuk aku jugak...), jangan terl

Happy - Ditulis Sempena Entri Ke 100...

Salam... Cite yang bakal diketengahkan tidak seperti tajuk entri kali ni pun sebenarnya. Kepala ok, pinggang pulak yang sakit (penyakit setiap tahun...). Lama dah tak sakit2 kepala atau pening2...ececeh... Dan sebenarnya kan, entri yang dah publish tak sampai 100 lagi... Ada 2 draf sebab tengah2 sedap menaip tiba2 idea hilang tak tau ke mana... Agak hampa dengan diri sendiri, huh! Sejak akhir2 ni aku selalu mimpi perkara2 yang akan buat aku terkenangkan peristiwa2 lama... Paling tak boleh blah bila mimpi pasal kawen...hahaha! Biarlah, nama pun mimpi dan dah lebih 2 minggu berlalu pun. Baru2 ni mimpi semula pasal tempat keje lama kat KL dulu tu. Sejak 'cabut lari' dari sana, aku selalu rasa takut (yelah dah tau diri salah kan...). Mula2 'lari' dan keje kat tempat lain memang aku seriau dan selalu mimpi diorang2 dan tempat keje tu. Lama2 hilang jugaklah mimpi tu. Dan sekarang mimpi tu datang semula. Dan aku pulak selalu percaya yang mimpi tu akan jadi terbalik... Semalam

Fizi!

You're 18th!

Mood Hilang!

Salam... Takde2 mood pun nak jugak selit2 entri tau. Alkisahnya sejak 2 menjak ni aku rasa semacam... rasa sesuatu yang tak dapek den nak terangkan. Aku ni tak habis2 sesuatu la, semacam la... Takpe, selagi ianya hanya aku yang rasa, selagi itulah aku akan tulis kat sini... Dah macam apa je ayat2 aku ni? Petang tadi (act, sejak semalam lagi) tak dapat nak lelapkan mata. Kalau cite kat orang (dah selamat cite pun), semua teka benda yang sama je. Ada jugak kena mengena tapi aku selalunya macam nilah. Ada satu2 masa aku akan jadi terlalu mudah untuk tido dan satu2 masa yang lain jadi sangat2 susah nak tido. sampai nak makan pun sakit kepala eh dik? kesian dia... Esoknya bila ada kelas kat lab yang biasanya tak memerlukan khidmat aku untuk membantu (on kan OHP je...) aku amek kesempatan untuk lepak n tido kat bilik server je. Memang syok wooo, sebab bilik ada ekon... Tido lah sampai habis kelas... Kalau sejam kelas tu, dalam 1/2 jam aku melantak buat taik mata... Sampaikan pernah 1 masa ak

Kawan & Kahwin...?

Salam... (08 Julai 2009... Selasa...) Sangat2 mohon maaf pada semua sebab terlalu lewat untuk entri yang ini... Lewat sebab malas sebenarnya dan penting sekali aku sangat2 penat sejak minggu lepas lagi. Penat2 pun masih boleh rasa suka lagi... sebab? Pandai2 la fikir sendiri ye? Ok, entri kali ni hanya akan ada gambar lebih dari ayat2 dan segala tulisan2 ye... Kat fesbuk pun baru je sempat upload... Dan soalan2 wajib yang aku kena hadapi adalah... Bila lagi? Dah macam masa aku kecik2 dulu makcik2 dengan kakak2 sepupu selalu kena soal... PJ & Bangsar, 4 Julai 2009... Gerak dari N9 (ceh, macam jauh sangat ni...) dengan As... Nasib baik majlis sebelah lelaki kat Bangsar je... Hampir salah masuk jalan... Dan nasib baik boleh masuk jalan yang betul. sempat tunggu kete di cuci... ini dia bukti yang menunjukkan kami ke sana... (main bukti2 pulak)... kami tiba sewaktu pengantin pun baru je berarak masuk... Along & Aida... (Aida sangat2 cantik...wallaweiiii) tipikal foto lagi... Ra

Sungai Nil & Mesir Juga Jodoh...!

Salam... (13 Mac 2009, 08:52am) Ingat lagi dengan dialog kat atas tu? Benar kata Maria... Betapa dia sangat sukakan Fahri, jatuh cinta pada seorang Fahri... Macam mana kita nak insan sebaik Fahri itu mendampingi kita sebagai pasangan hidup, kita tentu mahukan yang terbaik untuk dia dari kita kan? Tapi bukanlah perlu mengubah apa yang kita tak boleh ubah hanya untuk memenuhi apa yang kita rasa tak cukup lagi untuk berdampingan dengan insan yang terbaik... Setiap insan punya jodohnya masing2. Dan apapun yang diberi itu semua takdir DIA yang tentukan. Mungkin bukan sekarang dan kalau esok lusa datang menjengah pasti ada sesuatu kejutan yang kita tak sedar akan kewujudan tersebut. Kenapa aku tiba2 suarakan hal yang 1 ni? Sebab diri aku dan semua... Kenapa? Mari aku terangkan selanjutnya eh? Orang selalu kata pada aku, jodoh tu ada untuk setiap orang... Tak kira siapa, di mana dan bagaimana sesuatu pertemuan itu terjadi. Dan kata orang lagi kalau dah jodoh tak kemana... Ye, betullah tu. Ini

Nak Rehat!!!

Salam... (entri terperam selama seminggu... 26 Julai 2009) Untuk permulaan, takziah untuk keluarga Michael Jackson (MJ) diatas pemergian MJ pagi tadi... Terkejut jugak dengar tapi impaknya tak sehebat masa mendiang Puteri Diana mati dulu. Itu macam tak percaya langsung dia dah tak ada... Tapi itu semua kuasa Allah, bila DIA nak DIA ambil kita... Teringat dulu2 MJ datang Malaysia dan aku sangat2 teruja dan terasa lain macam sangat2 bila dia datang tu... Minggu lepas masa one of the staff kat klinik sms suruh masuk petang minggu ni, aku dah siap tanya mak ada nak kemana2 tak Sabtu Ahad? Dia kata mungkin tak kemana2 dan aku pun dengan senang hati kata ok boleh masuk Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Even Ahad lepas aku masuk pagi dengan staf baru pun aku masih boleh tak perasan langsung yang Sabtu (esok) adalah hari besar Aida... Itupun aku terperasan bila aku tengah best2 borak dengan mak Ahad petang tu (minggu lepas) tiba2 mak kata, "bukan ko nak pergi kenduri Aida ke?"

Sabar! Ini Cuma Ujian Kecil Je...

Salam... Dari hari ke hari nak menulis asek rasa masa tak mencukupi je. Rabu, hari paling sibuk setiap minggu kecuali selepas cuti 2 minggu yang lalu. Sekarang semuanya dah kembali ke mood "Mari Belajar Dengan Bersungguh2" - itu dulu tapi sekarang, "Mari Belajar Dengan Bersemangat, Time Rehat Kita Kejar2 Sambil Jerit2"... Nama je sekolah perempuan tapi sama je macam ada budak2 lelaki jugak. Sana sini menjerit dan paling tak boleh blah time puasa lagi galak budak2 ni menjerit berlari2... Semalam masa nak sangkut kunci kat tempatnya, aku disoal dengan soalan2 yang tipikal dan klise. Sampai penat nak menjawab dan nasib baik hp kesayangan (sangat la...) ni banyak membantu. Time tu tengah sibuk balas sms kawan2... So, jawapan pun biasa2 je. Ok, soalan dia ialah, "Ko duduk atas ke bawah? Ada naik2 kat atas tu?"... Dengan mimik muka yang paling tak boleh blah (aku tahu aku tak cun...). Muka the kakak tu selalu ubah2. Bila2 suka dia senyumlah. Kejap lagi dia masam