Skip to main content

Posts

Showing posts with the label takziah

Hidup dan Mati Itu Urusan Dia...

Salam... Entah kenapa sejak akhir2 ni, aku selalu dengar tentang kematian, keuzuran. Tapi ini melibatkan orang2 yang hubungannya dekat dengan aku, rapat dengan keluarga aku semuanya. Akhirnya aku anggap ianya sebagai peringatan untuk aku yang Mati itu tak kira di mana, bila masa dan berapa usia kita sekalipun... Sejak awal tahun ni, ada saja yang sakit2 (kebanyakkannya yang dah berusia), admitted dan lepas tu pergi mengadapNya. Awal tahun hari tu, aku dikejutkan dengan pemergian bakal abang sepupu (bf kakak sepupu) tiba2...tapi kebanyakkannya suspek Sakit Jantung. Muda lagi arwah abang tu - 31 tahun kalau tak silap. Dan untuk pertama kalinya aku dapat tengok muka arwah dari dekat masa tengah terbaring dan lepas dikapankan. Perasaan masa tu tak pulak takut atau seram...cuma tak percaya sebab yelah mungkin dia masih muda, nampak sihat je...tau2 dah takde je... Yang kedua pulak pak Long (abang ipar mak) meninggal. Tapi aku tak terkejut walaupun masa arwah abang yang tadi tu meninggal ...

Perginya Seorang Ustaz Asri...

Salam... Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)... Aku bukak fesbuk untuk kali ke2 pagi tadi. Masa tu baru lepas bangun dari tido (kat lab, suka hati je nak tido kalau dah terlalu mengantuk la...). Aku buka2, scroll sikit2 sampai kat status fesbuk Heliza Helmi (ye...yang jadi cikgu Syuhadah dalam Syurga Cinta tu)... Aku tak percaya walau dalam hati dah dapat agak siapakah 'Ustaz Asri' yang dia nyatakan tu. Tapi sebolehnya tak nak percaya... Tapi lepas aku bukak page Heliza, ternyata telahan aku benar belaka. Walau hati tak mahu jugak percaya dengan kenyataan, yang pergi tetap pergi dan kembali disisiNya seperti yang telah DIA takdirkan sejak dari Luh Mahfuz lagi... Terngiang2 lagu 'Pergi Tak Kembali' nyanyian arwah dan seluruh ahli kumpulan arwah. Lagu tu dulu pernah mencetuskan kontroversi oleh orang2 yang tak boleh terima pembaharuan pada lagu2 nasyid. Bagus apa idea2 kumpulan2 nasyid untuk menarik perhatian para remaja untuk lebih dekat dengan irama ini....