Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Kisah Seorang Pembantu Lab Komputer...

Salam... Lama ke aku tak update ni? Tak...kan? Duduk lab seharian tapi macam best je layan FB. Nak2 seminggu ni budak xm pertengahan tahun + 2 minggu cuti starts next week. Nasib aku pun diberi cuti. Hahaha...suka... Pagi2 setiap hari kecuali Sabtu n Ahad aku masuk kerja pukul 8am (kadang hampir2 nak ke pukul 8am baru sampai tempat parking, ada jugak terlepas pukul 8.10am jugak), naik ofis pegi bilik CC amek kunci sebalik pintu lepas tu turun balik terus ke ICT Lab 1. Mula2 sampai keje dulu, aku rasa nak menangis sebab aku rasa tak percaya aku nak keje, rindu lepak2 kat rumah tapi lepas 2-3 hari aku ok. Selalunya tiapkali nak mula keje kat tepat2 baru memang aku jadi macam tu...mengada2 lebih... Mula2 dulu keje kat situ (sekolah ni), aku memang tak tahu apa2 langsung sebab aku takut nak buat apa2 lebih2. Tapi bila dah diberi kebenaran untuk gunakan internet, aku pun mulalah guna... Kira bebas jugak walau bosan sebab sorang2. Masa mula2 berdepan dengan kelas yang diadakan kat lab, aku m

Syurga Cinta!

Salam... (tarikh sebenar menonton - 23 Mei 2009) Memang disarankan untuk menonton, tak kiralah kanak2 ke, mak ayah ke, veteran ke, golongan remaja ke... Sangat2 sesuai sebab segala rasa, emosi semua ada dalam satu filem dan paling penting kita TAKKAN ada rasa bosan atau KOSONG... Setiap minit dan saat kita disulami gelak ketawa, teruja, rasa nak tahu, rasa sedih pun ada... Kombinasi paling best antara Awal (Irham), Hadziq (Ikmal) dan Heliza (Cikgu Syuhadah)... Tak BOSAN langsung tengok cite (ini pendapat aku secara peribadinya)... Banyak yang kita boleh pelajari dan contohi dari filem ni. Walaupun pada mulanya aku ingat cite ni copycat dari filem Kiamat Sudah Dekat, tapi bila dah tengok sendiri barulah aku tahu dan faham... Selingan - peristiwa sebelum menonton! Aku dah booked 3 tiket untuk menonton Night @ The museum II kat GSC via sms... Bila datang kat pawagam, aku pun dengan berat hati tunjukkanlah sms aku kat cashier bahagian booking ticket. Dia mungkin baru lagi so dia rujuk deng

Hangat!

Salam... On the way lepas hantar mak ke kolej dan aku pulak nak ke sekolah, sempatlah dengar Sinar.Fm... Berita pasal penulis blog disarankan mendaftar oleh kerajaan. Macam2 hal... Rasanya inilah cara paling mudah untuk meluahkan dengan cara kita. Biasanya paling mudah nak kongsi apapun dengan kawan2 adalah dengan menulis di blog MALAH ada yang menjadikannya sebagai tempat untuk mempromosikan perniagaan dari sekecil2 sampailah yang dah dikenali... Benda dah elok2 free, tiba2 kena daftar MUNGKIN dengan membayar pulak? Aku dengar tajuknya saja... Ni pun tengah cari maklumat pasal berita yang sedang hangat sekarang ni. Hangat untuk kita2 yang suka menulis blog... Kalaulah betul kena daftar (beli domain ke, atau yang sewaktu dengannya)...erm, mungkin ke akan mengurangkan penggun2 siber untuk terus menulis di blog? Atau kalau tak disuruh bayar pun, setiapkali ada pengguna atau penulis blog yang baru MESTI kena DAFTAR kat kerajaan dan dipantau... Alah, rasanya kalau tak melalui cara itupun,

Maaf!

Salam... Sejak aku aktifkan 'buat entri terus dari emel' oleh blogger ni, macam2 emel yang entah apa2 yang suka2-hati-buat-entri dalam blog aku... Maaflah ye pada kamu2 yang selalu datang sini lepas tu nampak pelik dengan entri2 yang entah apa2 ni semua. Dan aku baru sudah nyahaktifkan semua2 emel yang masuk dalam inbox emel dari terus buat blog ni macam dia punya...hahaha! £1,000.000.00 GBP has been award to you in the British online,send us your Names:........ Address:...... Country:...... Sex/Tel....... Lupakan saja apa yang sedang anda lihat sekarang... itu semua hanyalah Ilusi semata2... Salah sendiri padahal tapi nak jugak salahkan benda2 lain... Tengah bosan yang teramat sangat... Nak siapkan projek sekolah, bahan makin kurang. Nanti GPK 1 tanya, macam mana dengan laman web? Jawapan aku yang biasa "on the way'... Takpe2, selagi tidak membebankan kepala, aku buat apa yang ada je... Bosan!!! Lama wooo, tak tulis perkataan yang memang femes masa keje kat Cheras dul

Cik Wani!!!

Salam... Nama Penuh: Nurul Ummah Syazwani Umur: 2 tahun+- Kegemaran: Berjalan tanpa arah tujuan dan minum air Sirap banyak2 lepas tu orang suruh senyum nak amek gambar dia, dia sendiri gedik2 cakap "Enyum"...haha, awak memang bijak! Ketinggian: Atas sikit peha Aunty dia yang ini (aku la tu) Nama Penuh: Nurul Izzah Sufiah/Sofiya/Sofia/Safiya (aku keliru...dengar Atok MAk panggil Pipi je) Umur: 2 bulan+- Kegemaran: Tido (orang usik2 cuma menggeliat2 je), bangun bila pampers bocor... Ketinggian: Lagi rendah dari kakak... Orang ketandusan isi2 untuk tulis dalam blog memang macam ni. Gambar2ni diambil masa kitorang balik kampung Sabtu lepas. Atok budak2 ber2 ni adakan kenduri nak ke Umrah (abang sulung Abah...) + Cukur Jambul Pipi. Setakat ni, diorang je cicit2 Atok Mak... Bakal tiba akhir tahun ni iAllah... Mak Ngah budak2 ber2 ni jugak... Selainnya? Wait n See ya? Dan si kakak sangat2 suka pada LELAKI saja ye. Lumrah perempuan memang ma

Dia Yang Aku Kenal...

Salam... Nak jugak menulis walaupun takde apa sangat nak ditulis... Hahahah! Sebenarnya sejak kemuculan 'semula' dia kat OIAM lepas tu siap ada lagu baru yang best tulah yang buat aku teringatkan dia kembali... Tomok atau nama sebenar dia - Syah Indrawan Ismail... Kalaulah kawan baik aku baca ni, mesti dia kata aku POYO...sebab? Cite pasal Tomok... Masa dulu2, kumpulan dia memang jarang orang suka walaupun lagu2 yang New Boyz nyanyi semua pun nak ikut nyanyi jugak. Lepas nyanyi nak kutuk2... Apa daaa... Dan aku pun terpengaruh sekali. Aku memang hafal dan tiapkali kat radio, aku nyanyi sekali. Best je lagu2 dia nyanyi TAPI...no komen... Teringat lagi (sampai bila2 la agaknya), 17 Mei 2001 adalah hari aku ambil ujian memandu - bertulis. Hari yang sama jugak adalah hari lahir Tomok yang ke 17 (SPM)... Last week dengar kat radio masa nak pasang lagu baru dia, penyampai radio beritahu hari lahir Tomok ni... Aku pun teringat kembali kisah ini... Huhuhu... Beberapa hari ke hari yang

Apalah Maknanya?

Salam... Entri ini hanyalah sekadar luahan aku tentang hal lama yang pernah SINGGAH dalam hidup aku DAN aku masih INGAT lagi sampai ke detik ini. Malas nak buat intro yang tak best... Yang penting sampailah sekarang aku terfikir dan tertanya kenapa? Mengapa? First sekali, aku yang emel dia dulu. Konon2 nak berkenalanlah ni. Poyo gile aku rasa bila ingat2 balik... Takpe2, ini sekadar mengingatkan dan teringat je. Lepas dah 2-3 kali emel balas berbalas, dia pun mulakan dengan emel aku lagu... Aku ingat lagi lagu pertama yang dia emel kat aku - Destinasi Cinta by Far East... Tak hagak2 punya lagu dibaginya. Dah le tak pernah dengar lagu tajuk ni versi nasyid (selama ni tahu Siti Nurhaliza je ada lagu yang sama tajuknya)... Kata dia tu lagu lama...dinyanyi semula... Disebabkan inbox khas untuk emel2 dari dia dah aku selamat BUANG, makanya aku cuma boleh ingat sikit2 je. Lepas tu selalu jugaklah berhubung macam mana aku selalu tinggalkan komen atau apa2 pesanan kat shoutbox blog dia... Mula

Belated Teacher's Day...

Salam... Dah lewat/telat pun... Tapi nak jugak menyelit2 untuk ucapkan Selamat Hari Guru untuk Mak, Abah, bekas2 cikgu/ustaz2/ustazah2/lecturer/cik2/puan yang pernah kenal atau mengajar aku dulu dari tadika sampailah ke kolej menjahit... Aku sangat2 menghargai diorang walaupun tanpa apa2 ucapan dari sms atau call (kredit takde pulak...alasan!) atau apa2 hadiah... Apa2pun TERIMA KASIH di atas segala2nya... Teringat2 aku masa aku dipaksa-rela masuk sekolah BERASRAMA kat tengah2 hutan sinun... Aku pergi main redah je, tak macam orang lain nak kena survey2 bagai. Tau2 dah sampai masanya, terus daftar masuk. Gilalah sekolah tengah hutan. Apa yang ada? 3 lombong, pokok2 pisang dan sekelilingnya hutan TAK berapa nak tebal sangat. Sebab sekolah tu guna KEM...sekarang dah selamat jadi KEM semula untuk budak2 PLKN. Mak pesan, (waktu kena masuk asrama tengah hutan tu...) TAK PANDAI tak apa TAPI (ada jugak TAPInya) biarlah JADI manusia sikit. Aku ni kan ala2 lembab gila nak FAHAM maksud mak... AKu

Medical Certificate @ Medical Checkup?

Salam... Hari Jumaat yang paling bosan sangat dalam hidup... Bosan sebab malas nak siapkan kerja. Takde kerja, minta kerja...bila dah ada kerja mulalah macam2 alasan yang datang. Tapi setiap manusia ni memang ada masa akan rasa MALAS nak siapkan satu2 kerja. Ada masa kita akan rasa PENAT sangat... Tapi bila dah SELALU rasa camtu, something wrong somewhere tu... Contohnya masa aku part time kat klinik. Aku jarang2 masuk klinik (bila ada yang masuk petang) jadi kadang2 aku tak dapat cam muka orang2 yang dikategorikan sebagai muka MC... Hehehehe... Ada jugak yang kita tengok dia JARANG ambil MC. Kawan2 klinik selalu kata dan terangkan orang2 yang diorang aim tu macam mana rupanya. Kalau rajin, semua pun akan usaha untuk aim... Ada masanya kitorang biarkan saja. Tengok jugaklah jarak antara cuti2 yang diorang request... Dan jangan ingat semua doktor tu sudi nak beri MC kecuali diorang malas nak BERTEKAK dengan para pesakit. Sori doktor...hehehe. Kenapa mesti ada perbincangan dulu sebelum d

Ketika CINTA Memanggil...

Salam... Tak lama kan aku tinggalkan blog? Aku kan tak boleh blahkan diri kalau tak menulis. Ini hanya untuk mengisi masa lapang je walaupun sebenarnya tak selapang mana masa yang aku ada. Dan sebenarnya jugak, minggu ni adalah minggu untuk aku pulun habis2an siapkan satu projek (sekolah pun main projek2 sekarang?)... Jumaat lepas segala2nya bermula bila aku dipanggil ke pejabat. Tiba2 aku jadi seram sejuk pulak. Macam orang bersalah gitulah... Rupa2nya nak suruh aku siapkan laman web sekolah. Suruh siapkan untuk kegunaan sekolah dan orang2 luar yang ingin tahu pasal sekolah ini dan KEBETULAN (yang telah ditakdirkan) pulak selepas daftar, kementerian hantar surat untuk masuk pertandingan. Sumbit date - 17 Mei 2009 (Ahad)... Tiba2 hari ni diorang kata yang diorang rasa tak jadi masuk pulak. Yelah suntuk sangat masanya. Aku pun dah bincang dengan webmaster lain untuk website yang lebih proper...sekarang tengah tunggu proses seterusnya je... Status aku yang terkini... Bercampur Baur. Semu

Selamat Hari Ibu... Mak!

Salam... Ehem! Ehem! Pengumuman...eceh! Entri ini khas ditujukan untuk emak tersayang (tengok semua orang buat, aku pun nak gak buat jugak!)... Selamat Hari Ibu... Puan Hajjah Hasmah Bt. Markom! Macam jugak hari2 penghargaan yang biasa kita dengar. Tak semestinya sambut untuk hari ini je kan? Setiap hari sepatutnya kita raikan ibu2 kita, mak2 kita, mama2 kita, mami2 kita, umi2 kita, amma2 kita... Harap2 setiap saat, setiap masa kita TAK LUPAkan diorang semua. Tak kiralah yang MASIH hidup atau yang dah pun pergi MENGHADAP ILLAHI... Sentiasa sedekahkan al-Fatihah... Pernah satu masa dulu, aku pergi motivasi (gantikan sorang adik aku) dan aku sorang pulak paling senior masa tu... Orang yang bagi ceramah tu ingatkan masa baca al-Fatihah, bayangkan muka mak2 kita, ayah2 kita, adik-beradik kita, atuk nenek kita...n so on... Masa tu untuk belajar la... Lepas exam (lepas habis motivasi ni la), apa yang aku hajatkan aku dapat. Alhamdulillah... Setiap hari dan dalam setiap doa kita perlu sedekah

Tagged...

Salam... Entri tagged ni dah lama aku dapat dari Nad tapi sangat malas nak buat TAPI terasa nak menaip je malam ni jadi adalah alasannya untuk penuhkan blog... Hahahaha... TOP 4 THINGS ABOUT ME? FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU: 1. Dayah 2. Kak Dayah (junior2) 3. Hidayah 4. Dee FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE: 1. 12 Aug (besday aku) 2. 5 Apr (Mak) 3. 21 Nov (Abah) 4. Merdeka (boleh tak?) FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES: 1. Tengok berita 2. Minum Dutch Lady Strawberry 3. YM dengan kawan2 4. Jawab telefon (abang call - adikku) FOUR WAYS TO BE HAPPY: 1. Tidur 2. Berangan2 3. Mandi 4. Makan FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE: 1. Teman Setia sepanjang hidup...(ayat2 aku...) 2. Notebook (idaman tu....!) 3. Apa2 yang best la (takde idea) 4. Kereta, rumah... FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES: 1. Membaca 2. Menyanyi 3. Tengok TV 4. Berjalan (ini Mak kata ye...) FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION: 1. Umrah (tiba2 je rasa teringin sangat2) 2. Sabah (dengan...adalah) 3

Seharian Berdebar...

Salam... Ada orang jadikan blog sebagai wadah atau tempat meluahkan sesuatu yang dirasakan sesuai untuk ditulis secara langsung, ada pula yang hanya suka2, tak tahu apa sebab ada blog ini...pendek kata, selagi belum tutup mata...kerja...kerja...kerja...! (apa ni? suka amek2 skrip filem???) Aku pun tak terkecuali jugak. Ramai yang mula berblog @ memblog, aku pun turut serta... Aku ingat lagi kali pertama kawan baik yang pernah berjiran sebelah rumah dulu yang ajar macam mana nak buat blog. Dan selepas tahu apa itu BLOG dan kegunaannya, aku mula menulis dan semakin hari semakin banyak entri sampai jadi tamak bila tengok blog orang lain lebih cantik...tapi tak tahu macam mana nak buat...hahahaha! Kat blog pertama itulah aku menulis dan mendelete (suka main tulis je kan?)... Lepas tu menyesal, hahaha. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri "Jangan Menyesali Apa Yang telah Berlaku", "Pandang Ke Hadapan"... Bukan tak boleh nak pandang ke belakang semula TAPI kalau hanya un

BENCINTA...

Salam... Dulu masa kat blog lama, orang kata aku ni Kipas Susah Mati Faizal Tahir... Kalau dalam perkataan Inggerisnya - Die Hard Fan. Dah lah aku ni baru perasan maksud Kipas Susah Mati tu tahun lepas...punyalah sengal aku ni??? Apa pun orang nak kata, aku tak KISAH pun... Komen je. Kalau orang mula kenal dia dari OIAM, aku 'lama' dah kenal muka dia... Tapi tak kenal nama masa kenal muka dia tu. Masa dia masih dengan Mirwana lagi. Serius aku cakap (apa yang aku dengar sendiri), bila dia keluar dari Mirwana aku rasa macam sesuatu. Senang kata, bila menyanyi part tinggi2 tu semualah, bila Faizal Tahir tak ada lagunya jadi macam apa je? Lepas keluar je Faizal Tahir, aku perasan ada lagu2 yang pernah Faizal Tahir nynyikan dulu diubah dan suara Faizal Tahir tak ada langsung...? Jadi kurang best macam dia ada dengan Mirwana. Dan aku tak maksudkan kalau dia tak ada tu, Mirwana tak boleh menyanyi langsung. Boleh menyanyi cuma kurang sikit je... Aku dah dengar Mirwana TANPA Faizal

Dah Kerja???

Salam... Habis tu nak cuti sampai bila? Hahaha, ayat orang tak sedar diri... Dah le kerja tak sesibuk orang lain pulak... Isnin adalah hari paling lepak dalam sejarah aku bekerja... Hehehe, kecuali masa kerja kat klinik dululah. Ha, yang itu adalah hari paling sibuk...nak duduk seminit pun berkira2 tau. Tak duduk takpe asalkan dapat berborak sambil bekerja. Aku lebih layan kerja yang jumpa ramai orang. Serius dan aku pun TAK SANGKA aku begitu rupanya. Dulu masa kerja kat Cheras, datang bukak ofis lepas tu siapkan kerja2 yang tak SIAP lagi. Siap kerja, cari kerja (kalau bos yang ber3 tu ada)... Dah habis kerja (kalau takde yang BUAT hal la...), CARI lagi kerja-kerja lain... Sampailah pukul 6 petang SETIAP hari... Sabtu pun sekalian jugak sampai 6 petang. Kerja di situ seronok CUMA bila hari-hari biasa, aku jadi sangap sangat-sangat. Sebelum balik, aku yang tutup ofis... Huh! Memori yang selalu akan ada tempat dalam kepala ni. Dan sekarang (PAGI saja), kerja aku masih duduk dalam bilik/l

Abang!

You're 24th! futnot: ganti gambar baru!

Our Beloved Kak Pah's Wedding!

Salam... Just quick update! Majlis Persandingan Kak Pah n pasangan. Berlangsung di Presint 8, Putrajaya, Sabtu lepas. Banyak dugaan nak sampai ke destinasi. Ada masa aku cerita. Tahniah Kak Pah, sory x dapat jumpa in person la! Lain kali kita jumpa lagi ye? Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat, bertemankan anak n cucu, diberkati selamanya. futnot: baru aku perasan entri ni ada??? aku menulis dari hp adik sepupu...