Skip to main content

Rinduku Padamu!

Salam...

Minggu2 selepas raya adalah minggu yang sangat membosankan tapi agak kurang bosan sebab akhir minggu lepas sampailah awal minggu ni jadual kerjaanku tiba2 padat. Ada rasa seronok di situ sebab tak adalah dok melangut sorang2 dalam lab tu. Lepas je habis kerjaan2 yang diamanahkan (selalu tak habiskan pun kerja2 tu sebab aku hanya membantu je), kembali dok sorang2 dalam lab.

Nak harapkan budak2 ni masuk memang tak la kan...buek nyomak lab yo nanti... Tapi maish jugak tak faham2. Asal sikit datang sorang tanya, "Acik, boleh masuk tak?". Jawapannya? Geleng palo yo. Lepas dah ramai, akhirnya aku jadi bengang sampai ayat2 ni keluar, "Kan GB tak bagi masuk? Boleh tak, tanya dulu sebelum masuk?". Langsung diorang keluar. Hambek ko... Selagi boleh sabar, aku cuba sabar tapi tak pernah kot lagi diorang betul2 kena marah dengan aku walaupun dah cuba habis garang aku buat muka ni...

Beberapa hari yang lepas, siangnya aku bercerita dengan kawan pasal kawan yang lain dan terselit jugak pasal hal Lelaki Ini... Alih2 malam tu aku mimpikan dia? Tajuk mimpi - Percutian Keluarga. Dan ianya berlaku antara keluarga aku dan dia. Macam mana aku kenal dia di alam realiti, macam itulah dia dalam mimpi aku.

Aku dan adik2 juga mak abah, dia dengan adik2 dia n mak dia. Ayahnya di mana? Aku tak pasti pulak... Nampak mak dia drive kete... Teringat yang dia ada kata nak bagi mak dia kete (cite lama bulan 8 tu)... Perjalanan cite tak banyak aku ingat sebab sedar2 je dari mimpi, aku jadi speechless sangat2! Aku tak pasti apa akhirnya cite mimpi aku tu.

Makin aku cuba lupakan (sebab macam tak ada apa2 je), makin terasa dia semakin dekat dalam hati dan kepala. Kenapa aku mesti suka pada dia? Kenapa mesti nak libatkan dia dalam cite hidup aku? Kenapa aku mesti rasa apa yang aku rasa sekarang ni? Kenapa mesti dia? Aku tak professional kan? Tak pandai beza keje dengan peribadi.. Apa nak jadi dengan aku?

Bilakan semua ini akan berakhir? Apakah akhirnya nanti ianya akan menggembirakan aku atau sebaliknya? Allah tentukan! Aku dah cuba tapi aku tak berani...

futnot: |jika kau ubah fikiran aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman carilah disini|jika kau ubah fikiran untuk jatuh cinta lagi|yang pertama ke depan jika kau ubah fikiran|
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...