Skip to main content

Cerita-Cerita Dalam Hidup Kita

Salam...

Maaf, tak ada tajuk lain dah ni... Main tipu, amek lirik jadikan tajuk...haha! Hujung minggu yang baru lepas ni sangat2 kena dengan masanya. Almaklumlah apa yang jadi baru2 ni telah membuatkan aku sakit hati (dan terfikir2 apakah marah ini akan bertahan lama?) dan takkan lupa sampai bila2... Memaafkan Itu Mudah, Melupakan Itu Payah...!

Cuci The Musical!

Hebat! Itulah apa yang aku rasa saat menonton teater ni. Kata orang, Jangan Menilai dari Rupa... Nah! Apa yang aku sangka selama ni (tak best la...filem je ok) semuanya silap2 belaka. Dari mula lagi kami dah gelak2 tengok gelagat diorang (pelakon2 utama teater ni)... Aku yang dah sedia sakit tekak ni sakan gelak tengok apa yang diorang buat dan apa yang diorang cakap... Tak dapat nak cakap apa lagi sebab teater ni sangat2 best. Aku harap akan ada ulangan macam PGLTM tu... Ni pun nasib2 je dapat tengok sebab kakak sepupu dapat tiket percuma (orang tu keje dengan penaja utama CTM ni)... 

Aku rasa diorang ni tak ikut skrip 100% kot sebab persembahan yang live macam ni memang akan berlaku macam2 hal yang diluar jangkaan punyalah... Nak2 diorang asek melawak je... Kadang diorang dah elok2 buat macam ni tapi akhirnya dek kerana diorang sendiri, banyaklah benda yang berubah... Tapi walaupun macam tu persembahan teater tu tetap best. Awie, AC, Afdlin dengan Hans memang pandai buat lawak2 sengal... Dan bila tak sengaja buat lawak, masing2 cuba berlagak macam tak ada apa2 tapi terserlah jugak yang diorang tengah tahan gelak... 


Last2 persembahan, nampak yang empat2 pelakon itu menangis betul2... Terharu kot sebab ramai yang sokong dan sedih sebab dah nak habis pun... (saat komen ini ditulis, teater ini selamat dah tamat dengan jayanya)... Time lawak,  semua pun gelak dan time sedih...sedih jugak yang aku dapat rasakan walaupun tak banyak sangat. Semuanya pandai menyanyi, tak dengar sumbang sangat kot? Vanidah menyanyi pun best... Adibah Noor tak payah cakaplah memang suara dia sedap didengar pun...

Paling sweet time Jojo dengan Farrah bercinta (dalam filem, Farrah itu ialah Umie Aida tapi dalam CTM diganti dengan Adibah Noor)... Comel sangat diornag berdua ni berlakon... Haha... Dan aku rasa empat2 hero ni sangat hensem... Wah! Yelah selalu tu nampak dalam tv je...ni depan2 mata tengok... Bukan nak membangga tapi ini adalah apa yang aku rasa selepas menonton...

Dan dalam setiap yang berlaku tak semuanya perfect, kan? Cuma tak best bila time nak tukar2 set tu la... Kalau ikut contoh teater pertama yang aku tengok kat IB (Istana Budaya) jugak - Fame The Musical, tak nampak bila masa diorang tukar2 set dan kat mana diorang tukar...tau2 dah ubah je. Teater2 Malaysia (yang aku tengok kat IB jugak), lemahnya tang part yang inilah... Masa kat CTM ni jugak paling tak boleh blah, kita boleh nampak semua orang yang dok tolak2 set untuk ubah scene tapi semuanya tetap best... Kalau ada ulangan, lagi best!!!

Hobin Jang Hobin!

Selepas 61 tahun, akhirnya kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan @ N9... Tahniah untuk semua pemain N9, coach N9 dan seluruh rakyat N9... Haha! Rasanya tak cuti kot... Huhu! Aku BUKAN peminat bolasepak tapi sebab N9 punya pasal (tak pasal2 je), aku suka pulak nak layan... Dulu2 masa dok kat PJ, ada jugak tengok Selangor main (tak ingat lawan sape)... Memang kaw2 punya sokong Selangor masa tu... Siap berteriak bagai macam ada kat stadium je. Masa tu sampai tahun bila entah, Selangor memang best. Tapi entah kenapa sejak2 akhir ni, Selangor macam dah hilang...

Berbalik kepada N9 ni... Agak kesal bila penyokong kepada lawannya buat perangai. Siap main bakar2 kerusilah pulak. Nasib baik masa penyokong2 ni balik botol air ke mercun entah, pemain N9 tak mengamuk... Ini ikut apa yang aku nampak dalam tv la... Apa2pun tahniah lagi sekali la... Seronok tengok bola semalam.

Nak cite lagi pasal releasenya tension aku lepas dok gelak2 tengok CTM sekalian dengan menangnya N9 semalam, akhirnya hilang rasa marah pasal hal yang itu. Tapi untuk lupakannya mungkin susah untuk aku. Bak kata orang, tak ada pengalaman tak dewasalah kita ye? Cuma, aku masih rasa kesal dengan apa yang berlaku... Harap2nya aku dah takkan cite apsal hal ini lagi lepas ni melainkan hal2 ini berlaku lagi nanti... Biarlah diorang buat sesuka hati diorang sebab diorang rasa lebih bahagia buat macam tu agaknya. Nama pun budak2 kan? Lantaklah... Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu2nya...

Full stop! Henti ingat kisah2 sedih yang B*D*H tu... Tak guna nak ingat2 lagi...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...