Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Mimpi

"Nah", hulur lelaki itu kepada dia. Dia ambil. "Sebenarnya dia nak tapi dia tak nak dan tak pernah cakap tentang ini", kata dia dalam hati. Di dalam keratan majalah tersebut tertulis tajuk, mohon jodoh yang sama dengan kita. Apa yang dia faham dari maksud yang lelaki itu nak sampaikan ialah, kalau kau tak berubah, solat tak cukup dan sebagainya, kau takkan dapat pasangan yang kau nak. Tapi, lelaki itu seperti memberikan dia petanda bahawa lelaki itu sebenarnya punya hati pada dia. Dia tahu dia tidak buat silap meneka hati lelaki itu. Pernah dia nyatakan apa yamg dia rasa pada lelaki itu tapi dengan lembutnya, lelaki itu menolak dengan mengatakan bawaha lelaki itu sayangkan dia hanya sebagai adik sahaja, tidak lebih daripada itu. Terguris hati dia saat dia menerima kenyataan tersebut. Dalam hatinya, dia sangat berharap lelaki itu menjadi pasangan hidupnya. Tetapi, akhirnya dia cuba terima dengan hati yang terbuka walau masih berkecil hati. Tetap sabar dia mel

Malam

Dia: Hujung minggu ni, kita keluar...nak? Lelaki Itu: Ok, boleh. Dia: Awak belanja? Lelaki Itu: Boleh je. Perbualan mereka tidak seperti biasa yang santai dan seringkali lelaki itu mengusik dia. Tapi, sikit pun dia tidak bertanya dan memikirkan kenapa lelaki itu seolah berubah. Dia: Awak... Lelaki Itu: Awat? Dia: Asal orang tanya je mesti nak tanya balik kenapa tau... Dia: Ahad ni, awak amek saya ke? Lelaki Itu: Ya la. Dia: Ok. Tapi, saya mungkin tido rumah makcik. Awak amek kat sana eh? Dan perbualan itu terhenti disitu dengan hati yang sangat gembira dan tak sabar nak keluar dengan lelaki itu.

Adab vs Adat

Dia masuk rumah. Dan seperti biasa, dia akan nampak lelaki itu. Posisi sama. Aktiviti sama. Kegemaran lelaki itu menonton berita semasa. Tiada bunyi selain dari suara televisyen. Tiada sapaan juga dari lelaki itu. Khusyuk menonton berita, agaknya di dalam hati. Dia terus masuk ke biliknya dan bersiap untuk mandi dan solat Maghrib. Sekali lagi dia melihat lelaki itu semasa dia  melintasi ruang tamu. Dari posisi baring, lelaki itu bingkas bangun. Itulah lelaki yang dia kenal. Terlalu menjaga adab dia sebagai lelaki yang menumpang di rumah keluarganya. Belum pernah sekalipun dia lihat lelaki itu  tidak menjaga adabnya. Malu juga dia bila lelaki itu lebih sopan darinya. Solat tak pernah tinggal. Lambat macam mana sekalipun tiba di rumah, pasti lelaki itu terus tunaikan kewajipan dia sebagai seorang Muslim. Pernah terjadi, dia sedang mengikat suratkhabar menggunakan tali rafia. Lelaki itu tiba-tiba datang menghulurkan bantuan. Lelaki itu membantu dia memotong tali berlebi

Terluka

Sedang dia baring di ruang tamu, dia berpaling melihat lelaki yang duduk di kerusi meja makan. Dan dia cuma menjeling sepintas lalu apa yang sedang dilakukan lelaki tersebut. Kemudian, dia cuma menonton televisyen kembali yang terpampang di hadapannya drama kegemarannya. Tiba-tiba, dia menoleh kembali melihat lelaki itu. Dilihat, lelaki tersebut sedang mengusik-usik buku lalinya. Sekali tengok seperti tiada apa. Dan kali ini dia melihat dengan teliti. Sesekali lelaki itu bangun dan menuju ke dapur. Keluar dari dapur, kelihatan tangannya memegang beberapa helai kertas tisu. Barulah dia tahu, rupanya kaki lelaki itu berdarah. Tak banyak tapi tidak juga berhenti-henti walau dah dilap berkali-kali. Akhirnya, dia mengalah dan mengambil kotak kecemasan yang sentiasa tersedia di atas meja sebelah televisyen dan diletakkan di atas meja makan. Belum sempat tangan lelaki itu menyentuh kotak tersebut, pantas tangannya menepis tangan lelaki itu. "Tangan tu gatal sangat kenapa?",

Blog yang satu masa dulu satu kehendak.

Dan sekarang, kena paksa dulu baru nak menulis. Entah kenapa boleh jadi macam ni? Dulu, apa-apa topik pun rajin je nak tulis. Sampai sempat jugalah berkenalan dengan beberapa teman siber. Alhamdulillah. Sekarang memang kena aktifkan semula diri ni untuk terus menulis. Sayangnya diaekat tanpa sebab macam ni. Dan nak kena rajin tulis blog sendiri dan blog Shaklee. Paling koman pun blog sendiri dicampurkan dengan Shaklee. Tak salah pun kan?