Skip to main content

Muaklah...

Salam...

Entri hari raya terpaksa ditunda sebab internet yang sangatlah lembabnya... Cuma nak menulis je hari ni dan seperti biasa tiada gambar kali ni... Banyak jugak gambar yang diambil tapi malas nak tunggu internet macam kura2 ni...

Isnin minggu baru lepas seminggu beraya... Raya yang tak best keseluruhannya... Dah semakin besar ni, tak tahulah mana perginya 'nikmat' hari raya tu... Masa raya rasa2nya macam dah ambil banyak2 gambar tapi tetap sikit je sebenarnya bila dikira2 balik... Sedih dengan diri sendiri sebab tak pandai manfaatkan masa yang ada...hahahah!

Ok, terus kepada isi tajuk ye? Korang muak tak bila korang dah sms seseorang banyak2 kali (dalam situasi aku ni dah lebih 5 kali) dan tiapkali korang sms seseorang tu MESTI...diulangi MESTI seseorang tu soal korang semula dengan pertanyaan, "siapa ni?", "siapa ni ye?", "siapa ni..." dan sebagainya... Sama je soalan2 tu cumanya masa dapat jawapan2 tu semua tak sama...
Inilah apa yang aku hadapi. Nak kata sengal mungkin jugak...(maklumlah dah tua), suka2 kata anak orang macam tu... Dan dia adalah lelaki. Naik lemas aku dibuatnya. Kalau sehari hantar sms berkali2, sekali je dia jawab dengan soalan yang aku tulis tadi. Dan bila dah lama sikit aku sms lagi (jarak antara 1 sms dengan sms lain agak jauh harinya), tetap jugak nak tanya soalan yang sama. Sampai aku fikir dia ni betul2 tak kenal atau main2 je?
Dan yang bestnya lagi, tak pernah... sekali lagi ulang TAK PERNAH langsung dia call semula... Hahaha. Aku pun tak suka nak misscalled orang2 seperti dia. Aku harap2 dia tak bosan bertanya dan terima sms2 aku. Dan aku mohon sangat2 dia tak tukar nombor baru...wallawei, tak agak2 permintaan tu. Apa yang aku pernah fikir dan kawan2 lain fikir sama...sebab ramai tahu nombor dia, takkan dia nak tukar semata2 takut kena 'ganggu' kan? Menyusahkan dia dan orang lain jugak nanti...

Hari ini adalah hari yang paling best sebab pagi2 GB dah sound tak dibenarkan masuk ke dalam LAB ICT sementara waktu sampai diberitahu kelak. Dah tak perlu nak jerit2 lagi dalam lab. Tapi rehat Tahap 1 tadi terlepas jugak budak2 ni masuk dalam ni. Sebab aku tak tahu pulak diorang tak dibenarkan masuk dalam ni. Bila rehat Tahap 2 tadi, ada jugak yang tanya boleh masuk tak, aku tanya diorang semula... GB cakap apa tadi? Terus keluar semula... Budak2 pra pun masuk tanya dan aku kata yang GB tak benarkan masuk...

Lepas2 ni kot la ada mak ayah yang tanya kenapa tak benarkan, pandai2lah tengok perangai anak masing2 tu. Dulu pernah dengar Ydp dengan ahli2 komiti PIBG macam mengeluh jugak bila anak2 diorang tak pernah masuk lab lagi. Yang tak berminat nak masuk tu aku tak heranlah... Yang berminat pulak buat perangai... Kalau behave takpelah jugak... Ini baru je melangkah masuk macam tak pernah jumpa komputer je gayanya... Maaflah ye, selalu je mesti nak cerita pasal apa yang berlaku kat lab... Bosan pulak aku...

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...