Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Comparison. Perbandingan.

Apa yang korang rasa kalau dalam hidup asek nak dibandingkan dengan orang? Bukan ke semua manusia tu istimewa? Susah ke nak terima baik buruk orang? Macam kau tu sempurna sangat? Lainlah kalau kau sendiri boleh terima kalau orang bandingkan kau dengan orang lain... Akhinya, jawapan kau sangat klise... Aku dengan dia mana sama? Tak boleh bandingkan macam tu... Pandai pulak marah ye? Kalau sebab nak banding nak bagi aku tahu dan ikut... Memang tak ah! Aku bukan jenis manusia yang suka tiru orang. Diri kita, kita la yang faham sendiri... Biarlah apa orang nak cakap pun. Allah je yang layak mengadili... Manusia tak adil. Tak layak nak adili kita. Aku boleh terima insyaAllah kalau kau boleh terima bila orang cakap pasal kau... Nak tengok kau sama macam orang lain. Tapi, hakikatnya tak pernah satu pon kau boleh terima walaupun permintaan orang terdekat. Dan boleh jadi pelik kot kalau kau berubah bukan sebab diri kau nak... Buang masa dengar dan ikut cakap orang. Memang untuk kebaikkan tapi k

Berangan...

Selalu ade angan-angan nak jadi macam semua orang yang zahirnya nampak gah...best, seronok... Tapi, selalu juga terlupa yang susah dorang...perit dan payah dorang Qllah saja yang tahu. Sebab apa yang kita nampak hanya selepas kepayahan. Nak jadi senang tak senang. Nak jadi susah bukan payah. Dan setiapkali aku rasa tak best, dalam hati mesti kata, "Kan best kalau aku macam dia..." Dan satu halnya lagi, aku kurang pasti apakah selama ini aku memang begini atqu sejak kebelakangan ini saja aku begini... Ye...dalam hati terdetik rasa tak baik terhadap orang lain. Baru jumpa, belum kenal dah rasa dia jahat. Belum jumpa, kenal dalam alam maya...rasa dia baik. Aku selalu harap aku xmudah sangka buruk pada manusia lainnya. Sebab manusia tak pernah sama. Allah jadikan kita berbeza tapi masih dalam lingkungan yang sama. Macam tulis blog, kqlau bukan kawan baik yang perkenalkan...sampai sekarang pun aku tak reti kot... Bila galak sangat, terasa eh kau ni macam takde keje pulak? Tapi, bi

Sudah jatuh, ditimpa tangga...

Minggu yang lepas, saya 'menyerah diri' ke Bahagian Kecemasan sebuah hospital swasta. Hamboi kau Yah... Swasta tau. Maaf, saya masuk sebab guna company insurance. Sedih ek, belum mampu berinsurans. Masuk sebab nak buat X-ray dengan MRI. Disebabkan oleh saya yang kurang berhati-hati, maka terjadilah peristiwa JatuhGedebukTerdudukAtasLantaiLicin. Allah! Adoi aje yang mampu saya jeritkan lepas jatuh...dan adoi lagi sebab masa nak bangun, hampir saja sukar nak bernafas... Allah! Terima kasih pada pakcik-pakcik gagah yang mahu membantu. Tapi, disebabkan masih mampu bertenang...saya katakan takpe, saya ok. Nampak bimbangnya pakcik kat situ sampai rasa nak bantu saya memandu pulang, mungkin. Tapi, berbekalkan aura positif akak... Alhamdulillah perlahan-lahan kita memandu sambil hujan di dalam kereta... Wallahi! Saya bukan menangis kerana malu sebab saya yakin tak ramai yang perasan akan kejadian pagi Ahad 18 Mei 2014 yang lalu. Hihi. Saya menangis sebab terlalu sakit. Menangis sebab m

Lagi 7 hari bulan 6

Sekejapan dah nak masuk pertengahan tahun 2014.  Dan aku...masih di sini. Cuba kembali menulis. Bukan sibuk manapun aku. Tetap jugak tak mampu adakan masa untuk menulis. Ye. Kalau kita tidak mengadakan masa untuk Allah, maka Dia juga tak peruntukkan masa untuk kita. Mudah, bukan? Jadi, apa yang kita perlu buat? Ubah diri jadi lebih baik. Susah? Kena paksa diri supaya mahu. Bukan hanya mengharap tanpa usaha.. Cuba paksa. Lama-lama terbiasa. Ensha Allah. Aku percaya jika kita mahu dan cuba paksa diri untuk berubah, kejayaan itu pasti milik kita. Doa jangan henti. Allah tahu apa dalam hati kita. Makanya Dia juga tahu apa mahunya kita. Cuma, kalau tak usaha...manakan datang hasilnya? Lama-lama pasti kita akan 'rasa' apa yang kita nak, Allah dah tunaikan.