Skip to main content

Jangan Fikir Lagi!

Salam...

Selamat Hari Raya Korban (belated)... Raya tahun ni keseluruhannya (dengan Syawal sekali) sangatla terasa suramnya.Ada orang kata kalau tak rasa raya maksudnya ada yang kurang masa puasa...wallau a'lam... Tiap orang punya pendapat yang berbeza...

Erm...mula hari ini (lama dah niat), dah malas nak fikir benda2 yang akan buat aku rasa sakit hati dan menyesal kemudiannya... Sepatutnya mesti fikir habis2 barulah bertindak, bukan? Aku je yang 'bijak pandai' sangat fikir benda2 yang tak sepatutnya konon2 baik hati sangat (poyo je) rasa tak sampai hati kalau tak fikir...

Ok, dah tak mahu fikir2 lagi dah nanti lagi banyak menyesal. Bila dah menyesal nak salahkan siapa lagi kan? Asalkan tak menyusahkan sesiapa lagi, sudahlah... Tak sampai hati tak bermakna kejam kan? Berfikir pada hal2 yang sepatutnya saja...

Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Tak mahu cakap ni lagi tapi tetap rasa yang ini... Bila ada idea, malas nak tulis kat kertas lepas tu lupa...langsung hilang idea tu untuk masuk dalam blog lagi satu tu... Oh ye, nak tanya sikitlah... Perlu ke kita melobi diri sendiri? Cerita yang hebat2 pasal hidup kita, diri kita, keluarga kita sedangkan realitinya tak seperti itu pun? Maksudnya menyamar macam kita hebat macam orang yang sedia ada hebat?

Mungkin sebab nak sama macam orang yang hebat, kita perlu jadikan diri kita hebat jugak? Tak best tau tiru orang semata2 nak sama taraf sedangkan kemampuan kita tak sehebat diorang pun? Apa pulak pandangan kamu pasal Orang Tengah? Yang nanti akan menghancurkan hubungan 2 orang disebabkan oleh peranan Orang Tengah (OT) ini...

Pada akulah kan...lebih baik tanya dan cerita sendiri pada orang yang sepatutnya dari menyuruh OT atau orang lain yang sampaikan. Sepatah kita cakap, berpatah2 OT tambahkan... Pelik kan? Kita cakap yang baik dan betul (ini contoh) tapi sampai kat orang yang sepatutnya jadi lain pulak... Lepas tu OT ni pandai sangat berlakon, pandai amek hati pulak (bonus untuk dia) sampaikan orang itu boleh percaya???

Kadang2 bila jadi macam ni, aku nak sangat Balas Dendam tapi akhirnya Dendam itu berkubur macam tu je. Aku tak pandai nak balas2 dendam. Aku pernah dengar quote ni - Membalas Dendam Dengan Kebaikkan Itu Adalah Lebih Baik -

futnot: "Niat Tidak Menghalalkan Cara" - Aidil (Nur Kasih)
 
Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Syima Syaz said…
buat sbg azam dayah..
HidayahYassin said…
Syima Syaz - thanks...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...