Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kata-kata | quotes

Memberi Pendapat atau Menjawab Soalan?

Salam... Harap sihat2 la hendaknya pada yang masih sudi singgah sini... Bilalah nak betul2 menulis ni ye? ;) Ok, terus kepada tajuk kali ini... Petang ini, saja buka2 blog kesayangan n baru perasan yang 12 Mei yang lepas ada seseorang Tanpa Nama menghantar komen n meminta pendapat... Saya bukan orang yang sesuai untuk beri ape2 pendapat tapi saya suka mendengar ape yang orang nak ceritakan pada saya n sedang berusaha n masih berusaha untuk menjadi pendengar yang baik n tahu menyimpan rahsia... Kadang2 saya lupa amanah orang (Ya Allah! Berdosanya, aku!!!) Merujuk kepada tajuk kali ini, pada yang bertanya, rasanya kamu dah tahu apa yang sepatutnya kamu lakukan... Tak perlu terus layankan lelaki itu, sementelah kamu berdua juga tidak terlalu mengenali. Kalau betul dia punya hati pada kamu, ada cara yang terbaik yang sepatutnya dia boleh buat. Nak kata ikut pengalaman, saya memang tak punya apa2 pengalaman yang berkaitan cuma itulah dalam cerita yang telah saya kongsikan ...

Doa Melihat Cermin (Apabila bersiap-siapkan diri)

Salam... Doa ini dikongsi melalui e-mel oleh seorang teman yang agak rapat... Thanks to the friend of my brother... Mari amalkan dan kongsikan bersama! "Allahumma Kamma Hassanta Khalqii... Fahassin Khuluqii.." Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memmperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku. Dari kita pergi mem-botox-kan diri, rasanya doa ini sudah lebih dari cukup. Saya cuba amalkan... Doa keluar n masuk rumah juga sepatutnya dah jadi ayat2 harian kita sebab semua tu kita buat hari2...kan? futnot: jomlah amalkan sama2...

Jangan Terlalu Cepat Menghukum...

Salam... Kebelakangan ni banyak khabar2 angin yang kita dengar tentang ramai orang... Nama pun khabar angin, tak tentu lagi betul atau tidak. Tapi pada saya (tukar ganti nama diri ikut mood...), kalau dah terbukti dan disokong dengan orang2 yang ada kena-mengena dengan ini cerita...agak boleh dipercayailah... Nampak macam masih ragu2 kan? Tapi kebanyakkan dari kita lebih cepat dan mudah percaya pada apa yang kita nampak, yang kita dengar tanpa mahu bertanya terus kepada empunya diri. Mungkin ada yang fikir, kalau tanya pun belum tentu nak mengaku dia begitu n begini. Tapi kalau tak tanya, kita pun takkan tahu hal yang sebenarnya kan? Dan apa yang saya tengok dalam drama, filem (pengaruh kuat betul...haha!) macam menunjukkan yang kalau orang tu kita rasa dia memang salah tapi bila tanya tak pernah mengaku pun...bila dah kena tangkap (diperangkap secara sengaja atau tidak) baru nak menyesal n mengaku tapi ada jugak tu masih degil taknak kata ya, itu salah dia... Sama jugak dengan d...

Kata-Kata Hari Ini: Bukan Memahami, Tolerate...

Salam... Kata2 itu aku ambil waktu rancangan Sehati Sejiwa yang dihoskan oleh Misha Omar (dulunya Scha dan dia sangat best walaupun aku tak kenan dia jadi hos...) disiarkan bersama2 dengan artis jemputan - Sham Kamikaze dan isteri. Baru aku tahu yang diorang dah setahun nikah tapi baru je diwar-warkan. Apa yang best sangat dengan kata2 dia tu? Dia kata dia seorang manusia yang pelik iaitu bila bangun tido dia tidak lapar malah tahan dengan minum air kopi sepanjang hari. Bila lapar barulah dia makan itupun dah jam 6 petang. Kata Misha, itu yang isteri dia kena faham ye? Sham jawab, bukan memahami...tolerate. Maksudnya kita tak perlu faham cara dia tapi tolak ansur dengan cara dia sebab aku rasalah kalau nak faham mungkin susah. Kalau faham pun bila dah biasa dengan cara dia, iAllah boleh faham... Sekarang aku faham sikit2 yang tak semua lelaki mahukan seseorang wanita itu faham diri dia tapi lebih kepada berTolak-Ansur... Manusia ni selalunya lebih suka pertahankan ego masing2. Sebab ka...

Kata Orang : Senyum Itu Sedekah!

Salam... Kadang2 kita rasa ragu2 untuk senyum pada orang yang baru kita kenal atau baru je nak mesra2. Aku tabik kat orang2 yang tak malu2 nak kenalkan diri dia walaupun itulah kali pertama dia berjumpa orang yang baru dia kenal tu. Selalu orang akan nilai pada apa yang pertama sekali yang diorang nampak pada seseorang. Tapi kalau setakat sekali pandang dan kebetulan ternampak sesuatu yang kita tak berkenan kat orang tu, tak bolehlah dengan senang hati nak kata dia itu begitu dan begini kan? Tapi kebanyakkannya dari kita memang suka buat penilaian yang agak salah. Padahal orang tu kalau kita betul2 nak kenal sebenarnya dia tidak seperti yang kita sangkakan. Aku selalu begitu walaupun aku harap2 aku tak begitu lagi. Memanglah bila kita tengok orang lain, kita akan terus mengadili. Kita kalau kat tempat orang (terutamanya) atau keje kat tempat baru dengan suasana baru patutnya kena pandai2 bawa diri kan? Ok, macam mana kalau kita dah beria2 menyapa dan senyum macam Kerang Busuk dah rupa...

Cinta: Sains dan Tanda-tanda

Salam... AKU AMBIL DARI KOTEX UNTUK DKONGSI BERSAMA... Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula. Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”. Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selama...

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Marah? Muda vs Tua...

Salam... Intro takmo kalah wooo... Ok, straight to the point saja la... Ini biasa berlaku kat mana2 pun. Dan ini adalah khusus untuk kita2 yang bekerja di mana dikelilingi dengan veteran2... Anda faham maksud saya? Contoh paling mudah ialah bekerja di dalam pejabat dan di dalamnya ada ramai seniro2 yang boleh dipanggil makcik2, pakcik2...or maybe nenek2 dan atuk2... Tapi kata mak, kat ofis biasanya perlu dipanggil dengan pangkat2 yang takmo kalah jugak... Untuk menghormati sebenarnya. Kalau kat rumah dia adalah pakcik saudara kita, makcik saudara kita atau seangkatan dengannya, di pejabat mereka2 itu perlu dipanggil Puan (lebih baik) atau nak nampak mesra sikit - Kakak... atau kak (diikuti dengan nama yang biasa dipanggil). Dulu masa mak kat HQ, ada budak2 sebaya aku dan lebih tua pun setakat 2-3 tahun je la...panggil mak aku kakak. Hahaha... Itu pasal mak kata panggil Puan lebih baik dan selamat. Taklah nampak kekok tapi mana2 aku pergi pun biasa dipanggil kakak walau umur yang memang...

Dilarang menggunakan internet sewaktu bekerja - Penjawat2 Awam...

Salam... Hari tu blogger kena daftar secara rasmi sekarang tak boleh nak guna internet la pulak terutama sekali YM dan seangkatan dengannya la... Sebenarnya bukan hanya pada penjawat2 awam semata2... Swasta pun sama jugak. Aku dulu masa keje, jangan harap boleh selalu nak guna YM terutamanya kecuali bila perlu... Maksudnya ialah bila bos suruh terima fail memalui YM (waktu tu dia kat rumah lagi)... Pernah diberi amaran sebab terlalu asyik guna internet. Lama2 terus kena block... Ingat aku heran sangat... Ada atau tak ada internet sama je melainkan KALAU orang tak pandai nak gunakan dengan baik. Ada jugak sebab kenapa tak dibenarkan tapi kalau ikutkan sepatutnya PERLU sambil diawasi sentiasa... Kata nak MAJU? Takkan pasal internet pun nak heboh? Dulu2 kenapa tak ada arahan2 yang begini? Ada je yang tak boleh nak buat... Pelik betullah... Aku rasa kalau perlu guna waktu keje, takpelah tapi kalau guna untuk benda2 yang tak sepatutnya, itu perlulah dipantau. Ikut peredaran masa lah kan? Da...

Medical Certificate @ Medical Checkup?

Salam... Hari Jumaat yang paling bosan sangat dalam hidup... Bosan sebab malas nak siapkan kerja. Takde kerja, minta kerja...bila dah ada kerja mulalah macam2 alasan yang datang. Tapi setiap manusia ni memang ada masa akan rasa MALAS nak siapkan satu2 kerja. Ada masa kita akan rasa PENAT sangat... Tapi bila dah SELALU rasa camtu, something wrong somewhere tu... Contohnya masa aku part time kat klinik. Aku jarang2 masuk klinik (bila ada yang masuk petang) jadi kadang2 aku tak dapat cam muka orang2 yang dikategorikan sebagai muka MC... Hehehehe... Ada jugak yang kita tengok dia JARANG ambil MC. Kawan2 klinik selalu kata dan terangkan orang2 yang diorang aim tu macam mana rupanya. Kalau rajin, semua pun akan usaha untuk aim... Ada masanya kitorang biarkan saja. Tengok jugaklah jarak antara cuti2 yang diorang request... Dan jangan ingat semua doktor tu sudi nak beri MC kecuali diorang malas nak BERTEKAK dengan para pesakit. Sori doktor...hehehe. Kenapa mesti ada perbincangan dulu sebelum d...

Tulisan aku jadi font kat MS Word oooo...*Jobo (berlagak) jap...

Kalau Kau Fikir Kau Susah, Ada Lagi Yang Lebih Susah...

Salam... Dulu aku tak terasa nak fikir dalam2 apa maksud tajuk aku. Pernah aku baca dalam satu majalah wanita (lupa nama majalah tu...). Cite pasal Rosyam Nor. Aku kagumi dia sebagai seorang lelaki, suami, ayah dan pelakon yang serba-serbi boleh. Banyak benda yang dia citekan kat dalam majalah tu. Apa kene mengenanya tajuk ni ngan Rosyam Nor? Dia cite dalam majalah tu yang dia dulu sekeluarga orang susah (even dia dah senang pun sekarang, dia tak macam orang lain)... Aku takde kene mengena dengan dia sekeluarga ok... Cuma aku teringat yang dia cite kat majalah tu bilamana arwah ayah dia ngan mak dia selalu pesan kat dia dan adek badek dia "Kalau Kita Fikir Kita Orang Susah, Ada Lagi Orang Yang Lebih Susah Dari Kita"... Lebih kurang gitulah ayatnya. Cuba kamu semua fikir dalam2, betul ke tidak pernyataan tersebut? Aku tahu dan faham itu benar. Kenapa benar? Kadang kita mengeluh bila waktu makan, kita makan tak seenak orang lain yang lebih berkemampuan. Itu antara contoh2 biasa...