Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Terlanjur Cinta

Salam... Biasalah aku ni, bila takde tajuk yang sesuai habis semua tajuk lagu pun relevan untuk dijadikan tajuk... Tak kira...nak jugak letak apa2 tajuk...! Selingan - ada sepupu kata, kawan dia beritahu bulan 5 ni akan ada Tsunami, so tak elok ke laut, pantai... Oh, aku tak pakar bab2 ni so kita tunggu dan lihat saja... Manusia hanya meramal je kan? Moga2 tak berulang kejadian Tsunami dulu ye? Ingat lagi tak awal2 bulan ni sibuk cerita pasal hatilah, perasaan la... Sekarang aku rasa macam TENANG sangat2... Rasa macam tak terBEBAN langsung dengan rasa2 tu semua... Kenapa? Lepas berkonfrontasi dengan beberapa orang di alam maya (kau ingat ALAM ape?), aku dah boleh buat 1 kesimpulan... Sekarang aku hanya ikut apa yang telah TERTULIS... Bukanlah hanya TUNGGU dan buat tak pandai ke... Usaha2 jugak... Aku dah TERLALU mudah nak SUKA orang... Penat wo lama2... Serius...! Dan sejak beberapa hari yang lalu aku HILANG rasa yang selama ni aku simpan... Dah sampai ke PENGHUJUNGNYA kot. Semua kawa

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t

Selamat Untuk KAMU!

Salam... Semalam sepatutnya ke PESTA BUKU 2009... Tapi, sebab fikir gaji belum masuk, aku katakan pada kawan yang mengajak yang aku tak dapat nak join... Kebetulan yang ditakdirkan pulak, Puan Prebet (apakah nama lain yang sesuai untuk askar ek?) sms minta datang ke majlis dia... Wah, Puan Prebet mahu bertunang la... Macam mana pulak aku ada kawan askar? Mana jumpa? Kat mana kenal? Kat kolej dulu la... Lepas habis kolej, dia teruskan dengan kursus menjadi askar... Bila dah sibuk dan terikat dengan askar lagi jaranglah kitorang jumpa ditambah pulak dengan alasan berbakul2 aku... Orang kata, BUKAN saya kata... Yelah, bila orang free, aku tak...macam mana? Nasib semua faham tapi selalunya akan terselit dengan sindiran2 yang biasa... Sebab dah faham, so tak ambil hati pun.. Tahniah PUAN PREBET sekali lagi... Tak sempat tengok TUANnya pulak...? Pagi ini aku call kawan paling kecik dalam kumpulan kitorang... (waiceh! siap ada kumpulan pulak ni...?)... Takde spesifikasi pun atau nama kumpulan

Thank You Frens!

Salam Ok, sejak kebelakangan ni entri aku banyak berkaitan dengan soal hati jugak perasaan + mengadu pasal kawan2... Hahaha... Dan lepas je entri pasal kawan2 tu, tiba2 je macam ramai kawan2 aku muncul semula. Wah! Syukur lagi... Diorang macam tau2 je aku sangat perlukan diorang. Walaupun lambat sikit kemunculan diorang tapi kurang lebih aku dapat jugak luahkan apa yang dah aku kumpulkan selama beberapa ketika ni... (mula dah, straight to the point je)... Semalam seorang kawan kat asrama dulu sms tanya khabar. Dan aku khabarkan pada dia apa yang sedang aku alami (ceh, padahal diri sendiri yang poyo...) sekarang ni. Dia pun mulalah suka sebab dia antara yang paling harapkan aku masuk ke fasa yang baru (ingat rumah ke???), dari lepas dia dah selamat kawen sampai dah beranak 2 ni. Dan selalu ingatkan aku jangan suka memilih... Aku nak pilih pun takde apa yang nak dipilih (ayat tunggang langgang sikit, maaf!). Ada kawan kata perlu untuk memilih SEBAB? Kita bukan nak hidup dengan pasangan s

Tak Boleh Harap...

Salam... Pagi (?) yang sama macam hari2 lain beza cuma hujan atau panas... Ini cite semalam yang buat aku terfikir banyak2 kali. Bukan nak bukak pekung di dada (mana ada pekung...takde2... :P). Mula2 masuk keje kat sini, aku rasa nak menangis sebab duduk 1 blok 2 tingkat hanya aku seorang2. Bermulalah era baru aku kat tempat baru (ok, lenggang lenggok ala2 pengacara yang perasan bagus...). Minggu mula2 ok lagi... Yelah budak baru masuk (budak mana pulak ni?), muka innocent je....hak tuih! Sendiri puji sendiri muntah... ;) ... Lama2 bila dah diberi peluang seenak2nya, aku gunakanlah kemudahan2 yang ada... Sampailah ke saat ini, detik ini, aku guna seboleh dan sebaik mungkin (kata baik kan?), kemudahan yang disediakan - internet. Mula2 takut nak guna sebab teringat2 time keje kat Cheras dulu... Diorang (cikgu2 ye adik2ku semua...) takdelah pulak tegur aku sebab guna internet ke hape (diorang pun sama gak guna kat sini...) cuma aku pulak rasa tak sedap hati bila tiapkali one of the teache

Berkongsi Je...

Salam... Kalau dulu aku tak pandai nak cite itu ini pada orang lebih2 lagi soal hati. Tapi lepas sedar diri yang kita sepatutnya cari kawan yang betul2 selalu ada dengan kita untuk kongsi rasa supaya tak terpendam macam tu je, aku sahut 'cabaran' itu. Tapi itulah kan, bukan dengan semua orang kita boleh kongsi cite pun walaupun dengan kawan yang kita anggap baik. Baik kat sini maksudnya (sepatutnya) boleh kongsi cite, dia dengar kita respon dan sebaliknya... Bukanlah aku nak kata aku tak punya kawan baik tapi sekarang semua tu dah takda... Aku selalu fikir, aku ada buat salah ke? Aku tak hargai diorang ke? Aku tak faham diorang ke? Aku pentingkan diri sangat ke? Mungkin dulu aku dan kawan2 budak2 jadi persoalan2 tu tak timbul langsung. Cuma bila masing2 dah dewasa, dah berkahwin, dah beranak... Semua pun hilang sampai ada yang kata kat aku kalau aku lalui fasa yang sama aku pun akan berubah jugak. Itulah yang paling aku nak elakkan sebenarnya. Ye, bukan semua hilang macam tu je

Berita Gembira...

Salam... Aku cite kat sorang doktor yang aku ternampak tupai masa kat lab... Dia katalah...kata orang kalo jumpa tupai akan dapat berita baik... Moga2 dapatlah... Kepercayaan je kot? Mula2 dengar cam eh? Best la pulak tapi aku bukan mudah nak percaya dan pegang satu2 benda yang dikata orang. Lama tak update dari rumah. Hari ni klinik tutup awal sejam. Dan sudah dikhabarkan yang aku takkan masuk keje bila staf lelaki syif petang. 1st impression aku rasa...ala! Aku nak keje petang minggu depan TAPI dah kata tak boleh nak buat cane? Dan automatiknya aku katakan yang aku memang takde jodoh untuk ketemu si dia tu... Bukan takde jodoh untuk ketemu tapi takde jodoh langsung kot? Ye betul, aku tak boleh nak pastikan apa yang aku nak, aku mesti dapat... Aku rancang TUHAN tentukan. Dan aku perlu terima dengan redha! Tapi kalau ada kesempatan mungkin aku akan jumpa dia jugak 2 minggu lagi... Hahaha.... Ayat tak boleh blah! Tak tahulah kenapa aku kejap2 rasa excited kejap kang aku jadi biasa2 je s

Kecemasan!

Salam... Pagi tu aku sempat call abah sebab ada hal nak settle... Alih2 sebelum pukul 2pm, mak call aku dari rumah. Pelik gak apahal tapi tak sempat pk apa2 pulak... Mak gtau abah kat wad kecemasan. Perasaan aku jadi cam tak kena sikitla... Aku keluar tepat2 jam 2pm tapi dekat2 pukul 3pm baru mak, abang n Ud datang amek sebab mak kene settle surat untuk abah pulak... Sampai2 kat Trauma & Kecemasan UM dah pukul 4 lebih. Lambat sebab ada orang tu konon2 bijak bagi direction paling dekat nak amek Fizi kat Taylors... Tak habis2 kene gelak ngan aku n abang... Sampai2, aku dengan Ud yang ke kecemasan dulu nak tengok keadaan abah macam mana. Ud masuk dulu sebab peraturan kat situ hanya dibenarkan 1 orang je masuk 1 masa. Lama jugak duduk dalam kecemasan dan aku bertakan pada abang ngan mak yang pergi amek Fizi kat Subang. Lepas tanya Ud apa halnya, aku ganti tempat pulak dengan Ud. Tengok2 abah tengah bersandar kat katil... Memang panas tangan abah, kepala abah. Hati aku tak bape nak seda

Tupai Sesat!

Salam... Hari yang sangat seronok untuk orang yang macam aku bekerja. Hah! Takde maknanya la. Memanglah keje aku kan tak sama dengan korang...huhuhuhu... Baru kejap ni tiba2 ada 'benda' berbulu masuk lab. Terkejut jugak! Tengok2 macam kucing, tapi agakkan aku tepat kali ni, TUPAI... Kalo comel macam Chipmunk tu nak jugak aku gomol2... Tapi belum sempat aku sentuh, dia dah lari (aku pun lari sama...hahaha). Lari sana sini sebab takut terancam. Dah tau tak pandai nak cari jalan keluar, pergilah duduk bergayut dekat pokok tu diam2. Sibuk je nak tumpang duduk dalam lab ni. Kalau diam2 je, takpe jugak... Ini tidak, asek2 nak ke sana sini lari2... Tau takut kan? Aku pulak yang kejar2 dia sebab nak tunjukkan jalan keluar (macam Mak Ketam ajar Anak Ketam belajar berjalan)... Dan akhirnya dia berjaya keluar dan tatau hilang kemana. Mungkin dah masuk hutan kecik kat belakang ni kot. Biarlah dia... Buat aku tak keruan je duduk dalam lab ni sorang2. Nasib baik tak menjerit2 dan nasib baik

Debaran Berakhir!

Salam... Lepas je habis tulis entri semalam...tup2 aku tak berdebar seteruk biasa bilamana aku terima 1 berita yang buat aku rasa nak suka atau sedey? Dua2 aku rasa sebab satu masa dulu aku pernah sukakan dia... Siapa dia, tak perlulah diceritakan kat sini ye? Tahniah untuk dia... Aku gembira untuk dia tapi sedey jugak untuk dia sebab teringatkan kebodohan aku dulu... Aku bodoh sebab terlalu rasa nakkan dia... Tapi takdelah sampai sanggup buat apa saja untuk dia. Dan nasib baik jugak sebab aku berjaya lupakan dia terus dari kepala otak ni sebelum aku terima berita gembira ini... Alhamdulillah dan takde pulak rasa yang macam cemburu atau apa2... Gembira dan terharu je... Tahniah untuk dia, semoga jodohnya berpanjangan hingga ke Syurga Abadan Abada... Aku harap lepas2 ni aku tak sukakan orang sepertimana aku pernah sukakan dia dulu. Bila ingat2 balik memang terasa bodoh yang amat. Kalau terasa suka sekalipun biarlah berpada2. Kira macam tersedar jugak aku dari mimpi yang tak sudah ni. Ak

Senyum Minang Manis...

Salam... Ni lagu kegemaran aku setiap hari. Suka ada makna tu! Macam ada kena mengena pulak lagu ni sekarang... Patutnya status aku sekarang adalah normal tapi sejak minggu lepas, aku terjebak kembali ke status debaran... Sejak kali pertama aku kembali merasakan debaran tu, aku jadi tak keruan pulak. Keje pun kejap OK , kejap KO ... Susahnya bila aku dalam status debaran ni. Dan disebabkan status itu jugaklah, aku banyak menulis di sebalik kata laluan... Aku lebih selesa begitu kalau ianya agak private. Eleh, itu pun nak beritahu orang kan? Tapi biasanya ada 2 je benda yang melibatkan status debaran ni. Sama ada aku bakal terima berita buruk atau berita gembira, itu sahaja... Dan aku harapkan aku dapat berita2 yang gembira! Kata seorang teman, harap2 semuanya berita gembira...harap2 masinlah mulut kamu tu. Tapi hari2, aku mesti rasa nak senyum je sepanjang hari. Tak pasal2 ada pulak orang cop aku gila!? Takmo2...aku masih waras, normal dan berstatus debaran. Dan status ini jugak menyeb

Panik!

Salam... Takde apa nak dirisaukan... Sebab aku cuma mahu cerita pasal salah 1 hal yang aku banggakan dengan semua doktor... Aku suka tengok doktor2 bila merawat pesakit yang bila kita tengok, kita yang panik... Contoh paling mudah - patient yang pengsan! Aku tengok doktor relaks gile punya relaks la... 1st time masa aku kat in-house clinic kat kilang... Masa tu dengan doktor perempuan. Doktor tu tampar2 pipi patient sampai patient sedar. Kasi cubit2 sikit, tampar2 sikit... Aku pulak bukan jenis panik tapi bila dah jadi hal2 yang mengejutkan buat aku jadi sejuk kaki dengan tangan. Aku tak fikir lain dah...sama ada pengsan semata2 atau akan histeria. Faham2 jelah keje kilang kan, penat berdiri+dengan waktu dah malam... Macam tadi, lepas Maghrib ada patient didukung masuk ke klinik. Kawan patient tu kata rambut patient tu tersangkut kat mesin lepas tak boleh nak keluarkan rambut dia dari mesin, rambut dia dipotong. Boleh pulak kawan patient tu kata mungkin patient tu kat kampung dia ada

Jelajah Kampung...

Salam... Sabtu lepas balik kampung, tujuan utama nak pegi kenduri 2 pupu tapi sebelum sampai kat kenduri, jelajah Muar dulu... Oh ye, aku keje petang tu n aku terpaksa masuk agak lewat sikit... Memang betul2 padatlah aktiviti Sabtu tu memandangkan masa tak banyak pun. Gerak dari rumah dengan mak pukul 11 ++ am. Sampai lepas 1 jam 1/2 ... Aku tertidur sebab masih mengantuk sangat2... Sedar2 dah tiba tol Tangkak... Sampai2 kat Muar terus tuju kampung... Yang aku nak kongsikan di sini ialah bila melawat orang2 yang sakit. Serius buat aku sedih sangat... :( ... Terasa insaf bila tengok penderitaan yang ditanggung. Aku terfikir macam mana agaknya bila usia aku seperti mereka nanti? Itu kalau masih sempat menjengah ke usia tua tapi kalau tak? Sangat menguji perasaan aku! Lepas tu kitorang teruskan perjalanan singgah mana2 yang sempat sampailah ke Hospital Muar (Hospital Pakar Sulatanah Fatimah) ... Masa kat hospital, biasalah ramai tak ramai jugak orang yang ada... Mungkin masih tengah hari

Mak!

Y ou're 55th!

Nak Percaya Ke Tak?

Salam... Mudah atau tak untuk kamu percayakan seseorang? Aku pernah percayakan beberapa orang dan tak bermaksud dengan PERNAH tu membawa kepada aku tak percayakan beberapa orang tu lagi tapi sebab kekangan masa yang teramat sangatlah membataskan kami bertemu dan bercerita itu dan ini termasuklah sesuatu yang boleh aku kongsikan secara peribadi. Nak kata mudah sangat aku percayakan orang tak jugak sebab selalunya kata orang 1st impression tu penting tapi ada jugak kata Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya. Itulah yang aku cuba buat sekarang ni. Pengalaman... semua orang punya pengalaman masing2 jadi mesti tahu macam mana nak atasi sesuatu yang pernah berlaku pada kita dulu kala... Sekarang ni aku bukan tak nak percaya orang lagi tapi cuba untuk berhati2 sebelum percaya. Kalau dulu aku percaya pada orang2 yang Cakap Lepas sebab aku yakin diorang takkan Cakap Belakang ... Itu dulu, sekarang ni lain pulak. Sebab tak semua yang Cakap Lepas ni semuanya takkan Cakap Belakang... Aku biasa ber