Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!

Ujian Hidup...

Salam... Kata orang, dalam hiudp pastikan ada ujian dan dugaannya. Setiap orang, lain ujiannya. Cuma, terpulang pada kita bagaimana mahu hadapi sesuatu ujian itu. Pernah dengar kata2 ini? "Kalau kita merasa ujian yang kita hadapi itu terlalu besar, jangan lupa orang lain lebih besar ujiannya"... Saya selalu n kerap dengar kata2 ini. Tapi selalu juga terlupakan bila saja saya diuji. Selalu lupa yang orang lain lagi banyak ujiannya, lagi hebat dugaan yang mereka hadapi. Dan dengan ujian jugalah menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Dan tiapkali adanya ujian, pastikan ada yang melayangkan kata2 hikmah, "Sabarlah...mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku"". Kata orang lagi, bercakap memang mudah tapi nak menghadapinya bukan sesenang bercakap... Benar, bukan? Saya akui yang saya sangat suka nasihatkan orang dengan harapan apa yang pernah saya buat dulu kala (mana yang tak baik la biasanya), orang takkan ulangi lagi, iAllah... Tapi nampaknya ilmu saya ti

Terima Kasih Tuhan, Atas Kasih Sayang & CintaMU! Sanah Helwah Ya Gamilah... Kullu Sanah Wenti Toyyibin (yang mulanya saya tak tahu apakah maksudnya BUT finally I manage to ask friend n cousin...TQ awak!)

Salam... Happy Born Day To Me!!! Terima Kasih Allah atas kurniaan usia yang makin bertambah untuk tahun ini. Terima Kasih untuk semua warm wishes dari sesiapa pun especiallay from my family (Alhamdulillah)... Thanks a zillion to all my colleagues for the treat at Mum's Place yang sema makanan sedap2 belaka+kek sedap (credit to kak Yah and also the cute pen)... Thanks for the birthday present (kak Ida -cute DD-)... Setiap tahun pun harap segalanya lebih baik dari yang sebelum2nya... Doa dari semualah yang saya selalu harap2kan... Ingat pun dah cukup (tapi nak orang gtau dorang ingat...hahaha, ape daaa). Dah biasa tiada sambutan n hadiah yang banyak tapi, syukur atas apa yang pernah dan dah dapat... Thanks again n again... Appreciate from the bottom of my heart, surely! Tak tahulah berapa lama lagi akan kembali menulis... Perasaan malas adalah sebab utama... Diri sendiri yang tak bertanggungjawab...huhuhu... Gambar? Kalau teringat, pastikan ada nanti... Adios!!!

I’m Back!

Salam… Ceh, tajuk tu macam ramai je nak baca blog buruk ni…kan? Keh3… Sengalnya rasa! Serius, lama sangat2 tak tulis blog. Ada dalam draf tapi tak publish pulak. Pemaleh dah den ni an… Anak dagho sapo tah gak eh? Rindunya rasa…ehem3! Kuang3… Untuk panaskan kembali memori menulis satu masa dulu… Kita mula sikit2 dulu la ye? Dalam kepala otak ni memang banyak benda nak share… Tapi sikit2 dulu. Banyak2 kang melampau sangat…tamak namanya tu! Chiow… Adios!

Suka Tak Semestinya Cinta, Sayang Tak Semestinya Kasih…?

Salam… Sekali lagi saya rindu dengan blog… (Ok2, menyampah dengan ayat ni…hahaha). Eh, jap…saya semakin sukalah dengan OST Nur Kasih The Movie tu… Sebab versi baru ada suara Nur a.k.a. Tiz Zaqyah. Ok fine, sambung terus apa nak cerita asalnya ye? Pernahkah kamu punya perasaan cintakan seseorang? Sayang atau kasihkan orang itu? Ini bukan atas dasar kasihan atau prihatin tapi lebih kepada konteks berpasang2an antara lelaki dan wanita? Pada hemat saya, ini mungkin sesuatu yang biasa untuk manusia2 yang normal… Maksudnya tak pelik kalau ada rasa2 yang macam tu, bukan? Aduhai, ayat2ku pagi ini, seperti sebuah karangan kanak2 mungkin? Ahaks3… Sesekali kan katanya? Sambung… Bercerita soal kasih dan sayang, cinta juga benci…susah nak dieertikan sebenarnya… Itu pada hemat saya. Orang lain mungkin senang tapi tidak bagi saya. Sebenarnya sejak dari dulu lagi, rasa ingin mengasihi dan dikasihi orang yang bukan di kalangan ahli keluarga telah wujud dalam diri saya…kenapa? Saya sendiri kurang

Bukak… Tutup… Bukak Lagi, Tutup Balik Tanpa Simpan!

Salam… Fuhhh!!! Ehem3… It’s not ‘that’ show tapi nak beritahu yang Saya Kembali!!! Tak tahulah kenapa asyik rasa malas je nak update blog akhir2 ni. Menyampah dengan diri sendiri tau. Mungkin sebab terlalu fikir pasal P.E.N.A.T… je kot? Ye, kalau terlalu ikut rasa yang satu ni memang tak terbuat keje2 lain dah… Tapi, setakat ni masih boleh bertahan untuk buat benda2 lain selain menghadap blog tercinta ini…ah!!! Blog cite pun satu halnya lagi ni. Asyiklah terputus je citenye… Sabarlah hati yang kepingin untuk terus membaca… Thanks for your kindness… Ok, apa yang bukak n tutup tu ye? Blog inilah halnya… Dah selalu sangat bukak n sempat menaip beberapa perenggan tapi akhirnya simpan saja atau lebih best lagi, tak dan tulis apa2 lagi then tutup kembali blog ni. Kenapalah liat sangat sekarang ni kan? Kalau tulis panjang2 pun mesti susah dah nak buh apa2 gambar sebab malas nak amek gambar2 baru atau malas nak edit bagi cung!!! Padahal tak cung mana pun…hahahah! Ergh!!! Malasnya rasa seka

Pesona Cinta…

Salam… Rindu kat blog…rindu zaman aktif tulis blog…rindu nak terus tulis kat blog walaupun selama ni hanya merapu dan merapan bagai… Tak kisahlah apa nak tulis pun kan, asal puas dengan apa ditulis tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti manusia, udoh le ye… Baru je lepas dengar rakaman kaset yang abah dan pindah dalam cd… rakaman lama yang dibuat masa kecik2 dulu. Kata orang, memory remains! Yes, it is…rindunyalah hai waktu tu. Masa itulah gaduh, masa itulah jugak baik… Adik-beradik macam mana pun hubungannya macam air, cincang macam mana pun tetap takkan putus, iAllah… Apa ada dalam kaset tu? Suara kami adik-beradik 5 orang…tapi tak pastilah ade kelima2 sekali atau 4 je. Nama pun kecik lagi so, memang lupa jugaklah. Ade suara kami berebut2 nak rakam suara, baca beritalah…berceritalah. Akhirnya, suara mak marah kitorang sebab curi2 amek kaset abah. Masa tu kalau tak salah, abah outstation tatau negara mana… Tapi sejak kecik lagi, saya sudah terbiasa dengan keadaan abah jarang ada

Bila Tension…

Salam… Maaf sangat2 sebab dah lama tak menulis. Sebab? Sejak saya bekerja ‘semula’ kat KL (PJ act), masa saya semakin tak terurus dengan baik,makin bz dengan semua benda baru dan macam2 lagi. Nak adapt diri dengan suasana keje yang baru adalah sesuatu perkara yang amat mencabar diri. Semuanya baru dan saya perlu sesuaikan diri dalam apa jua situasi yang datang… Ini pun mungkin hanya sementara saja saya menulis sebab saya tengah tension yang teramat sangat. Sibuk dengan keje sampai terabaikan diri sebagai seorang oelajar separuh masa… Due date is on this coming Sunday but, none of 3 assignment have been done… Terukkan saya ni? Semoga Allah ampunkan dosa2 saya… Oklah, chow dulu…n saya pastikan kembali nanti, IAllah sebab saya sangat rindu nak kongsi cerita kat sini… Jumpa Lagi!

Saya Ingin Menonton Filem Faster!

Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......" p/s: I love to watch The Rock on the screen so muchyyyy...