Skip to main content

Ku Percaya Ada Cinta!

Salam...

Sejam lagi nak balik tapi rasa macam esok baru boleh balik pulak. Bosannya sekarang ni??? Kenapa dengan aku? Apa nak jadi dengan aku? Semakin banyak aku menulis kat sini, semakin banyak luahan dan kemerapuan aku terserlah. Macam yang selalu aku dengarlah, diam itu lebih baik dari banyak bercakap andai ianya membuatkan kita bercakap sia2... Betul tak???

Tapi ada jugak orang kata, diam2 ubi berisi untuk orang yang diam je. Macam2lah hai...nak puaskan hati manusia, takkan dapat punyalah. Raya walaupun ada lagi beberapa hari, macam hari ni bukan dalam bulan raya je (bagi aku)... Nak raya takde mood (huhuhu...), tapi nak berjalan2 je... Kemana dan dengan siapa belum diketahui lagi la pulak.

Malam ni iAllah ada Open The House (-=-____________-=-) kat TTJ je. Tak pernah ke sana tapi pernah lalu2 je... Rumah kawan sekerja dulu ajak ke rumahnya. Orang dah ajak, wajib dipenuhi undangannya kan? Rezeli di bulan Syawal, kata orang...

Dalam tahun ni, iAllah bulan depan hinggalah akhir tahun nanti ramailah saudara2 aku yang jauh dan dekat akan melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan. Alhamdulillah... Masa yang berharga untuk aku mencuba2 skil mengambil gambar (ada udang sebalik batu rupa2nya ye?)... Soalan2 yang biasa pasti akan datang menyapa tapi buat tak tahu sudahlah...

Orang tak faham2 kot jodoh pertemuan dan maut itu kerja Allah. Bukan tak berusaha langsung tapi belum ketemu jodohnya dan takdir untuk aku lalui tidak aku ketahui bila kan berlaku. Dulu2 seronoklah dengar orang tanya2 (cet, macam konfem ada calon je kan?), sekarang buat dengar tak dengar je. Senyum je sudahlah kan? Cakap banyak2 kali pun belum jugak diorang mengerti.

Yang dah berkahwin dan beranak pinak kalau bertanya aku tak heran lagi tau termasuklah mak ayahnya yang dah bercucu bagai... Ini orang yang tanya tu statusnya hanya baru berkenalan, sedang hangat dan gembira di alam percintaan je kenapa nak tanya macam2? Yes, aku faham kamu sedang gembira dan teruja tapi fikir2kanlah jugak apa perasaan orang yang kamu tanya tu pulak? Ingat dia saja2 tak mahu cari? Tak mahu ada perasaan seperti kamu?

Skema pulak aku... Dah orang tak faham2...susah nak cakap. Nak marah karang jadi hal lain pulak. Ada tu siap suruh aku cari kat laman sosial pulak. Bukan nak mengata yang mencari dengan cara tu tak bagus TAPI...ulangan sekali lagi... TAPI, aku dah lama tak layan cara macam tu sebab aku dah pernah cuba dan tiada nasib yang baik untuk aku... Jadi, aku tinggalkan je niat tu dan mencari kawan lebih baik dari mencari jodoh...

Aku tabik dan bersyukur pada kawan2 yang jodohnya ditulis oleh Allah secantik2nya bilamana mereka bertemu pasangan masing2 di alam maya. Bukan semua manusia itu bertuah tapi tak bermakna tiada hak untuk gembira. Aku sokong jugak mereka2 yang cuba mencari dan akhirnya bertemua dengan insan yangs esuai melalui cara yang ini.

Bagi aku, kepercayaan untuk itu (alam maya) untuk aku ketemu jodoh di situ macam semakin tipis. Mungkin cara lain adalah untuk aku. Bermadah helah je lebih aku ni, tapi ayat tunggang terbalik...hahaha, gelakkan untuk diri aku sendiri. Jumpa sendiri dan bertentangan mata itu aku suka...huhuhu! Maksud aku kat sini, kenal biar depan2... Itu aku la sekarang ni... Akan2 datang entah la...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...