Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Ketika Cinta Bertasbih...

Salam... Entri ini ada kaitan dengan entri budak sorang ni... Solehah! Lepas 2-3 hari baca blog dia aku terus download OST filem ni. Lagu dia sangat2 best... Cuma filemnya saja aku tak pernah tengok (lagipun kat Indon baru ditayangkan...). Kata Solehah filem yang ini lebih bagus dari AAC. Bila dah tiba Malaysia iAllah dapatlah tengok. Tak pun kalau susah2 YouTube kan ada? Kat bawah ni aku sertakan sekali klip video OST Ketika Cinta Bertasbih. Sejak akhir2 ni badan sakit2 pulak. Nak berurut sangat2 tapi...nanti jadi manja pulak. Asal sakit nak urut, asal lenguh, urut tapi dulu2 ada urut2 badan jugak dan setakat ni takde pulak ketagihan tu. Haha...Maksudnya sekarang ni, janganlah ikut rasa sangat sampai tiapkali sakit mesti nak berurut...bila perlu je pergi, ok? Ini pun terpulang kat semua orang... Bila dah terdesak dan rasa sangat2 perlu, pergilah... Buang angin2 dalam badan... Hari ni baru Rabu eh? Tiba2 rasa esok Jumaat pulak. Sabtu rancangnya nak ke Tanjong Karang tapi tak ketahuan

Stalker... Thank You!

Salam... Arghhhh!!! Tension!!! Bosan!!! Kalaulah boleh dilepaskan semuanya, aku nak je jerit kat tepi2 bukit sampai puas...sampai rasa lega...menangis pun menangis la... Bab menangis tu memang selalu aku buat CUMAnya sekarang semakin kurang. Sebenarnya dengan menangis, kita boleh cuci mata...melegakan perasaan... Itu sebab kalau ada sesiapa yang nak pinjam bahu dan luahkan rasa sedey, aku sedia pinjamkan bahu aku ni...silalah... Ok, aku dah kembali stabil. Yang kat atas tu hanya luahan perasaan je tu (lagi dan lagi...). Aku baru tahu yang ada kwan2 lama kat kolej dan kawan2 tempat keje lama sudi singgah baca rupa2nya... Wah! Senyap2 ye kamu semua? Berilah saya tanda2 yang kamu ada jejakkan mata ke sini...bukan susah pun kan...kan...kan...? *kelip2 mata*. Tapi apa2 pun aku sangat berTERIMA KASIH sebab kamu semua sudi datang sini... Ini pun ketahuan dari teman2 lain... Hari ini adalah hari yang BOSAN sebab? Tak ada sebab2 yang spesifik tapi memang BOSAN sangat2... Sekarang dah tak tahu n

Selamat Hari BAPA!

Salam... Khas untuk Abah yang tersayang (siapa tak sayang kan?)... Selamat Hari Bapa ye? Dulu2 Abah berjaya masuk blog lama kat WP lepas tu siap call malam2 buta tanya "ko ada buat blog eh kak?", lepas tu siap cilok gambar2 dalam tu... Kata orang2 sekarang perbuatan seperti itu adalah sangat2 COMEL... Hahaha... Apa2 pun untuk Abah, terima kasih yang sangat2 dari kita dengan adik2 dan jugak Mak pada Abah... Selama ni banyak berkorban (tisu2...cepat!) kat kami semua. Teringat kecik2 dulu Abah g overseas keje lama sangat2 sampai Abah balik pun kita keliru nak panggil apa...? Hahaha... Itu cite 20 tahun dulu (ke 23 tahun? sudah tua la...). Dan kita tahu kita memang sangat2 degil, nakal (dengan cara kita)...semuanyalah... Kalau bercakap dengan Abah mesti nak menjawab je... Abah cakap sepatah, kita jawab berpatah2... Kecik2 Abah agak garang. Kalau keluar g jalan2 ke, g rumah sape2 ke lepas tu ada buat sesuatu yang Abah tak suka...siaplah dapat habuan kat rumah balik tu... Balik2 je

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Marah? Muda vs Tua...

Salam... Intro takmo kalah wooo... Ok, straight to the point saja la... Ini biasa berlaku kat mana2 pun. Dan ini adalah khusus untuk kita2 yang bekerja di mana dikelilingi dengan veteran2... Anda faham maksud saya? Contoh paling mudah ialah bekerja di dalam pejabat dan di dalamnya ada ramai seniro2 yang boleh dipanggil makcik2, pakcik2...or maybe nenek2 dan atuk2... Tapi kata mak, kat ofis biasanya perlu dipanggil dengan pangkat2 yang takmo kalah jugak... Untuk menghormati sebenarnya. Kalau kat rumah dia adalah pakcik saudara kita, makcik saudara kita atau seangkatan dengannya, di pejabat mereka2 itu perlu dipanggil Puan (lebih baik) atau nak nampak mesra sikit - Kakak... atau kak (diikuti dengan nama yang biasa dipanggil). Dulu masa mak kat HQ, ada budak2 sebaya aku dan lebih tua pun setakat 2-3 tahun je la...panggil mak aku kakak. Hahaha... Itu pasal mak kata panggil Puan lebih baik dan selamat. Taklah nampak kekok tapi mana2 aku pergi pun biasa dipanggil kakak walau umur yang memang

Dilarang menggunakan internet sewaktu bekerja - Penjawat2 Awam...

Salam... Hari tu blogger kena daftar secara rasmi sekarang tak boleh nak guna internet la pulak terutama sekali YM dan seangkatan dengannya la... Sebenarnya bukan hanya pada penjawat2 awam semata2... Swasta pun sama jugak. Aku dulu masa keje, jangan harap boleh selalu nak guna YM terutamanya kecuali bila perlu... Maksudnya ialah bila bos suruh terima fail memalui YM (waktu tu dia kat rumah lagi)... Pernah diberi amaran sebab terlalu asyik guna internet. Lama2 terus kena block... Ingat aku heran sangat... Ada atau tak ada internet sama je melainkan KALAU orang tak pandai nak gunakan dengan baik. Ada jugak sebab kenapa tak dibenarkan tapi kalau ikutkan sepatutnya PERLU sambil diawasi sentiasa... Kata nak MAJU? Takkan pasal internet pun nak heboh? Dulu2 kenapa tak ada arahan2 yang begini? Ada je yang tak boleh nak buat... Pelik betullah... Aku rasa kalau perlu guna waktu keje, takpelah tapi kalau guna untuk benda2 yang tak sepatutnya, itu perlulah dipantau. Ikut peredaran masa lah kan? Da

Kini Kembali...

Salam... Ok entri2 sebelum ni hanya sebagai permulaan semula kepada menulis di sini. 2 minggu cuti, 2 minggu kurang masa, kurang mood tapi tetap ingat semua especially...? Nak jugak tau... Ok, mulai hari ini iAllah mood menulis kembali. Alhamdulillah, makcik yang aku beritakan pada entri minggu2 lepas itu sudah pulih (dibenar keluar dari ICU)... Pulih dalam keadaan yang agak...hmm...hmm... kaki sebelah kiri dia sejuk takde darah mengalir. Kata mak mungkin dia tak boleh nak berjalan seperti biasa... Ini kalau ikut pandangan mak la. Selebihnya iAllah Sabtu nanti dapat diketahui. Sekarang Mak Bek kat wad biasa masa dia dimasukkan ke HKL awal2 dulu. Dan sekarang aku kat lab, seorang diri sama macam dulu2... Bosan! Budak2 sekolah cuti, aku pun cuti sekali. Mula2 plan nak bercuti luar KL tapi tak jadi atas sebab2 tertentu dan langsung buat keputusan mandi manda kat Congkak (lama sangat2 tak kesana)... Habis mandi manda petang tu pergi rumah makcik (adik Mak Bek paling bongsu) sebab dikatakan

Kau Begitu Sempurna... Di Mataku Kau Begitu Indah!

Salam... Sempurna... Lagu best dan sangat sweet kata Riri! Mula2 aku lebih suka yang versi slowmo - Gita Gutawa... Tapi bila dah lebih sekali dengar versi Andra & The Backbone, ternyata ia benar2 sweet... Nak2 ada yang MEMANG suka lagu ni... Hehehehe... Nak cari dan dapat yang sempurna memang takkan jumpa kot pada seseorang tapi cukuplah kalau aku katakan SEMPURNA di mata kita yang memandang itupun dah ok... Kita je tau apa yang kita nampak dan rasa kan? Aku memang suka dengar lagu, apa2 lagu pun aku suka dengar. Kira universal la kepala aku ni kalau bab2 muzik. Cuma lambat atau cepat aku tahu kewujudan sesebuah lagunya saja yang agak masalah untuk aku. Not a big deal pun... Kalau lagu tu dah lama main n orang kata aku ketinggalan pun aku tak kisah sangat. Lagu je buat apa nak heboh? Berbalik kepada semua manusia itu biasa dan mentaliti manusialah yang telah menjadikan perkara2 ini semua berlaku. Bercakap pasal mentaliti, ada banyak hal aku nak story tapi bila ada masa yang lebih a

Stop It Rite Now! Please...!

Salam... Aku bercakap dengan diri aku supaya menjadi seorang yang TEGAR dan berhenti daripada asyik sibuk bercerita pasal HATI dan peRASAan pada orang. Bila aku cuba masukkan diri aku dalam orang lain, aku RASA orang mulai BOSAN mendengar setiap kata2 dan luahan hati aku. Kalau sekali sekala MUNGKIN orang tak mudah BOSAN tapi kalau dah selalu nak meluah, muak jugak dibuatnya... Biarlah semuanya aku simpan sendiri. Itu sebablah apa2pun yang jadi sekarang kalau tak ada yang berTANYA, aku pun akan senyap dan diam walaupun HATI ni sangat2 nak cite apa yang aku ALAMI tika satu2 masa tu... Penat sebenarnya tau nak simpan RASA sorang2... Mana mungkin ada yang setia mendengar setiap luahan hati aku 24 jam? Dan bukannya aku tak hargai setiap detik yang orang dah luangkan untuk mendengar kata2 aku... Tu pasal jugak sekarang ni bila suka orang (especially sekarang) aku cuba balancedkan RASA tu supaya aku tak terlalu memikirkan orang yang aku suka...maksud aku, sampai terasa takde lelaki lain sela

Kemanakah Aku?

Salam... Sebelum apa2, marilah beramai2 sedekahkan ayatul kursi + al-Fatihah untuk makcik kami sekeluarga - Zaleha Bt. Md. Amin a.k.a. nama panggilan - Mak Bek... Sekarang ni masih di ICU selepas lebih 5 hari... Punca dia mula2 dimasukkan ke HKL sebab demam juga paru2 dijangkiti kuman dan lepas 2 hari kat wad biasa, kami semua dikejutkan dengan perkhabaran yang nafas dia, jantung dia semakin lemah. Aku dah balik Seremban sebab keje petang (patutnya pagi tapi tiba2 ada emergency). Selasa lepas habis keje aku dengan mak gegas ke KL semula. Sepanjang jalan doa terus harap2 dapat jumpa untuk kali terakhir + kakak sepupu dah teresak2 menangis sebab doc kata bila2 masa jantung dia akan berhenti. Sampai HKL jumpa dengan sepupu2 dan keluarga sebab Mak Bek dibawa untuk scan bahagian otak. Doc nak tengok2 mana tahu ada darah beku sebab masa nak admit kat ward, dia terjatuh dari stretcher (kelemahan siapa pun aku tak tahu sebab sepupu2 yang bawak kata amah dan 1 org misi je yang ada masa tu). Doc