Lelaki dilahirkan untuk mempertahankan wanita (dalam konteks perhubungan antara adik-beradik atau suami-isteri ataupun gf/bf). Tapi kalau umumnya pun, tetap lelaki itu mesti jadi seorang protector bukan mengambil kesempatan atas kelemahan semulajadi seseorang wanita itu.
Baru2 ni, ada budak sesat yang selalu mesej2 dan telefon aku sejak bulan 2 yang lepas (waktu tu aku di kenduri nurul @ chika. Mula2 memang bolayan la tapi lama2 terlayan jugak. Tapi tak sampai 24 jam kita kenal2, dia sibuk cite pasal kisah hidup dia yang aku sendiri tak harap nak dengar pun. Cite pasal putus tunang bagai... Adoi la... Malam esoknya aku dah naik lemas nak layan tapi so-so je aku layan sebab hati tak rasa nak teruskan kawan dengan dia. Aku tanya ramai orang dan semua beri jawapan yang sama - jangan layan.
Esok paginya (cuti hujung minggu) dia mesej macam2 sebab aku dah malas nak layan. Bila dia tak dapat mms gambar dari aku (dia dah selamat mms gambar dia kat aku), dia cuba telefon dan sms dan aku tetap kentalkan hati, malas nak layan. Untuk apa pun aku layan kan? Aku dan dia tak kenal sama sendiri. Aku bukan tak mms tapi dah 2x report dari maxis aku dapat - tak lepas nak mms... Kata Nini @ Aini, tu maknanya tak ada jodoh... Haha, pandai3x...
Ok, lepas dia marah2 aku pun terus tak layan dah. Dah le dia banyak sangat nombor sampai tak teringat mana satu nombor dia yang sebenar2nya. Macam2 la dia marahkan aku... Tiba2 kan dia muncul semula dalam bulan2 sebelum puasa. Aku memang dah tak ingat siapa dia. Lepas dia ingatkan siapa dia aku pun layan je la... Ingatkan adalah perubahannya... Mula2, masih ok sampailah beberapa hari lepas...
Macam biasa dia sms. Aku pun layan tak layan je. Tapi sebelum tu aku ada tanya pendapat seseorang tentang hal yang ini. Kata dia, cubalah layan (dalam hati memang berbelah bagi je). Ok, aku cuba tapi bila dah masuk bab2 duit ni yang aku terus katakan TIDAK pada dia. Kau nak kata apapun, kata la. Memang aku bila dah mintak pendapat ramai orang, mana yang lebih dan dengarnya macam lebih baik...itu yang aku ikut walaupun kadang2 hati ni macam liat je. Tapi bila macam hal sekarang ni dah terbukti yang aku perlu teruska jugak untuk tidak melayan lagi...maknanya petunjuk tu dah ada dan kalau tak ikut, padah yang aku akan dapat nanti kot?
Dan kalau pendapat ramai orang sikit dan aku rasa yakin yang aku pilih tu betul...aku mesti ikut apa yang aku rasa tu la... Berbalik hal duit tu. Malam tu dia kata dia tak bz tapi tengah fikir masalah. Aku pun konon2lah baik hati pergi tanya apa masalahnya? Besar sangat ke? Dia jawab, tak besar tapi duit dah banyak habis bayar gaji pekerja (katanya ada bisnes yang aku sendiri tak pasti wujud ke tidak) dengan beli2 barang. Kata dia lagi, ada orang (syarikat lain kot) tak buat bayaran kat syarikat dia (konon je la kot) walaupun kerja dah jalan.
Dah lepas beberapa lama aku tanya dia, apa sebenarnya dia nak aku buat? Aku dah cakap awal2 yang kalau pasal duit memang aku tak dapat tolong. Alih2, dia balas sms aku - saya nak mintak awak tolong pun saya malu- Hello! Itu bukan malu lagi dah tu, terus terang dah ko mintak aku tolong. Memanglah dia tak sebut nak pinjam duit tapi apa lagi yang dia nak kan? Aku ulang semula yang aku memang tak dapat tolong duit2 ni. Last2 dia sms - takpelah awak pun diam je. sorilah cite masalah saya kat awak. salam. Huhu! Sorilah, cheq tak mau layan hang lagi la...
Aku serik sangat2 dah. Mesti ada yang tertanya2 kenapa masih layan walaupun dah terasa semacam? Entahlah ek? Tak ada jawapan yang konkrit untuk soalan ni. Sebab sejak beberapa tahun (mungkin) aku percaya Kata Hati tapi taklah 100% aku ikut sebab aku suka (sangat) nak tanya pendapat ramai orang. Dan macam2 yang aku dapat dan aku simpulkan semuanya sebab aku perlu tahu pilih mana yang baik...nak2 bila ianya berkaitan dengan hidup dan masa depan aku.
Dan sekarang aku kembali stick pada rasa suka aku ang mulanya awal tahun ini jugak (lepas daripada aku kenal budak sesat itu). Oh ye, bila aku cite aku suka kat seseorang tu kat dia...boleh dia kata macam2 kat aku? Paling tak boleh blah bila aku cakap, kalau aku ni keje dengan orang yang aku suka tu dan rasa nak kemaskan je kete orang tu, dia kata - saya tengok awak ni lebih2 pulak - Suka aku lah kan? Aku ni cakap je lebih, buat belum tentu. Dan paling aku tak faham dengan orang2 yang tak dikenali ni selalu nak jeles2 tak pasal2 padahal aku tak kenal kau. Konon2 nak amek berat pulak...
Harap2 tak ada lagi orang yang tangannya gatal nak kenal2. Sekarang aku lebih percaya apa yang ada depan mata aku ni. Pengalaman lama di mana suka pada orang yang aku tak pernah jumpa langsung sebenarnya adalah sesuatu yang sepatutnya dapat mengingatkan aku sampai bila2. Dan kena ingat selalu yang jodoh tu tak kira di mana2, dengan sesiapa dan bila2 je.
Hidayah Yassin Create Your BadgeLelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Comments
cuba ye...pasti boleh kalau nak buat...