Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Selamat 27 Tahun!

Salam... Boleh ke alarm tak bunyi semalam? Nasib baik sempat tulis entri walaupun terlambat... Baik punya cover nak salahkan alarm pulak ye? Entri ini khas untuk Abah & Mak sebab dah sampai 27 Tahun Ulangtahun Perkahwinan... Tak ingat bila tapi pernah aku tanyakan bilakah tarikh Abah & Mak disatukan... Aku tanya Abah dulu, katanya berapa haribulan entah. Aku tanya Mak, katanya 25 haribulan Ogos 1982... Dan Abah pernah tunjuk pada aku kad kahwin yang dia simpan lagi (tatau ada lagi ke tidak sekarang ni...)... Siap tunjuk senarai nama2 yang bagi duit ramai2 (kawan2 Abah)...dan kawan2 Abah tu semua masih aku jumpa sampai ke hari ini. Tahniah untuk Abah & Mak di atas Perkahwinan yang telah dilaksanakan sejak 27 tahun dulu. Aku tahu sikit2 sejarah perkenalan dari Tok Mak... Kalau duduk2 dengan Tok Mak, habis semua cite aku suruh Tok Mak cite. Bukan sejarah Abah & Mak je, semua adik-beradik Abah pun aku tanyakan jugak... Pada semua sepupu2 tersayang, kalau nak tahu silalah be

Berita Gembira...

Salam... Dah selamat puasa 3 hari ye... Alhamdulillah! Oh ye, iklan Hai-O tu dah takde pulak sekarang ni, kenapa ye? Harap semua sihat2 belaka dan harap jugak di bulan yang penuh barakah ni, H1N1 pun bakal melabuhkan tirai untuk semua selepas apa yang telah berlaku. Kita hanya mohon yang terbaik untuk semua tapi tetap yang berhal menentukan ialah DIA jua... Berita gembira yang nak aku khabarkan di sini (ececeh...macam ramai pulak yang nak baca ni...), kontrak aku bawah PIBG sekolah tempat aku keje hampir 1 tahun ni disambung 1 tahun lagi, alhamdulillah! Syukur sangat2 walaupun masa mula2 keje (hari pertama puasa - 2 September 2008) aku rasa nak menangis sebab dah 4 bulan tak keje... Walaupun masa tengah2 tahun aku keje aku rasa aku dah takmo keje situ lagi sebab bosan yang teramat2 sangat tapi semua tu hilang macam tu je sebab tiba2 aku rasa sayang nak lepaskan jawatan ni. Ye, aku dah belajar untuk redha andaikata kontrak aku tak disambung sama sekali sebab aku sudah ada perancangan se

Ahlan Ya Ramadhan...

Salam... Minggu ni macam penat lebih sikit walaupun cuma sehari je keje petang tapi mengantuknya mengalahkan macam aku keje 24 jam je. Mungkin sebab tak sibuk dengan keje2 petang tu sebablah aku rasa penat sangat... Setakat ni memang kalau kat lab, ada masa terluang je aku mesti 'ter'tido... Tak sengaja tido tu, alasan mesti kena kuat. Tapi memanglah, aku ni seminggu boleh tido, seminggu langsung tak boleh tido atau seminggu terlebih tido... Ok, seperti yang kita semua sedia maklum pada 22hb Ogos 2009 - 1 Ramadhan 1431H adalah hari pertama puasa, iAllah. Malam sebelum tu adalah Malam Pertama Solat Sunat Tarawikh... Aku harap aku dapat mulakan dengan Tarawikh nanti. Tiap2 kali Ramadhan mesti perkara yang sama jugak berlaku. Sama ada aku 'cuti' atau apa2 sajalah yang tak memungkinkan aku ke masjid atau surau2 berdekatan. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini beri kita lebih semangat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih

Kata-Kata Hari Ini: Bukan Memahami, Tolerate...

Salam... Kata2 itu aku ambil waktu rancangan Sehati Sejiwa yang dihoskan oleh Misha Omar (dulunya Scha dan dia sangat best walaupun aku tak kenan dia jadi hos...) disiarkan bersama2 dengan artis jemputan - Sham Kamikaze dan isteri. Baru aku tahu yang diorang dah setahun nikah tapi baru je diwar-warkan. Apa yang best sangat dengan kata2 dia tu? Dia kata dia seorang manusia yang pelik iaitu bila bangun tido dia tidak lapar malah tahan dengan minum air kopi sepanjang hari. Bila lapar barulah dia makan itupun dah jam 6 petang. Kata Misha, itu yang isteri dia kena faham ye? Sham jawab, bukan memahami...tolerate. Maksudnya kita tak perlu faham cara dia tapi tolak ansur dengan cara dia sebab aku rasalah kalau nak faham mungkin susah. Kalau faham pun bila dah biasa dengan cara dia, iAllah boleh faham... Sekarang aku faham sikit2 yang tak semua lelaki mahukan seseorang wanita itu faham diri dia tapi lebih kepada berTolak-Ansur... Manusia ni selalunya lebih suka pertahankan ego masing2. Sebab ka

Perginya Seorang Ustaz Asri...

Salam... Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)... Aku bukak fesbuk untuk kali ke2 pagi tadi. Masa tu baru lepas bangun dari tido (kat lab, suka hati je nak tido kalau dah terlalu mengantuk la...). Aku buka2, scroll sikit2 sampai kat status fesbuk Heliza Helmi (ye...yang jadi cikgu Syuhadah dalam Syurga Cinta tu)... Aku tak percaya walau dalam hati dah dapat agak siapakah 'Ustaz Asri' yang dia nyatakan tu. Tapi sebolehnya tak nak percaya... Tapi lepas aku bukak page Heliza, ternyata telahan aku benar belaka. Walau hati tak mahu jugak percaya dengan kenyataan, yang pergi tetap pergi dan kembali disisiNya seperti yang telah DIA takdirkan sejak dari Luh Mahfuz lagi... Terngiang2 lagu 'Pergi Tak Kembali' nyanyian arwah dan seluruh ahli kumpulan arwah. Lagu tu dulu pernah mencetuskan kontroversi oleh orang2 yang tak boleh terima pembaharuan pada lagu2 nasyid. Bagus apa idea2 kumpulan2 nasyid untuk menarik perhatian para remaja untuk lebih dekat dengan irama ini.

Syukur Ya Allah...!

Salam... Di kesempatan ini ingin aku panjatkan syukur kepada Allah di atas kurniaan pertambahan umur pada tahun ini. Kata orang, semakin bertambah umur kita...semakin dekatlah kita dengan kematian. Yang aku harap hanya Allah sentiasa melindungi aku dan seluruh ahli keluarga aku, ampunkan segala dosa2 aku dan semua... Aku mohon Allah perkenankan dan makbulkan segala doa2ku... Amin! Setiap tahun, umur aku bakal bertambah (iAllah andai diizinkan Tuhan!). Sepatutnya aku semakin matang seiring dengan usia tapi kadang2 aku terasa aku masih macam anak2 kecil yang meminta2 diperhatikan. Aku sangat bersyukur di atas segala nkmat yang telah Allah berikan pada aku sejak mula2 aku dilahirkan, sejak aku tahu apa itu Syukur dan sejak aku belajar mengenai Syukur. Diharap aku terus ingat untuk bersyukur walaupun didatangi ujian yang bertimpa2 dari DIA. Hanya DIA yang lebih tahu segala isi hati aku sebab DIA yang telah menjadikan kita semua sesempurnanya sebagai seorang manusia. Harapan aku setiap tahu

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k

Berkat doa & Restu...

Salam... Ikut dan patuh kata2 orang tua kita terutama sekali kepada emak adalah wajib! Tapi berapa ramai antara kita yang benar2 patuh? Tak lawan cakap mak? Ada je yang bila cakap tak tinggi suara, apa mak marahkan...diam je. Ada tu siap maki hamun mak dia sebab mak dia nak pujuk dia kat mahkamah...ini cite semalam rasanya aku baca kat Harian Metro. Moga diampunkan dosa2 kita pada mak2 dan ayah2 kita. Kita pun akan jadi mak dan ayah jugak kan, iAllah! Tadi sempat tengok rancangan khas sempena pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah kat Majalah 3. Sedih dan terharu tapi aku tahu sedih lagi keluarganya. Jarang dengar mak ayah yang puji anaknya macam mak ayah arwah puji arwah. Betapa arwah itu memang seorang anak yang sangat patuh dan kalau cakap tertinggi sikit je suara tu, terus dia dapatkan maknya dan minta ampun. Mak ayah yang tak pernah terasa hati dengan arwah... Mulianya arwah dari pandangan mak ayah yang selalu mendapat tempat teratas di hati arwah. Aku tak kenal arwah t