Skip to main content

Kau Istimewa!

Salam...

Masa sibuk2 (apa motif aku berkata begitu?) cari teman2 lama zaman sekolah kat FB, jenuhlah mencari nama2 yang aku ingat TAPI kebanyakkannya tak jumpa langsung... Kenapa? Mungkin sebab diorang guna 'nickname' yang lain, sebab diorang tak join FB langsung (mungkin je...) atau aku yang sengal sebab tak pandai nak cari nama2 diorang. Orang2 yang paling dikehendaki (aku yang nak...) dah tentu2 kawan baik masa sekolah rendah dulu2. Maklumlah sekolah tak 'famous' so sangat susah nak jumpa gamaknya...huhuhu! Masa kat Friendster (FS) pun aku dah cuba cari tapi tetap jugak tak jumpanya... Aku kebuntuan...

Dan dalam mencari2 tu (sambil dengar lagu seperti tajuk di atas oleh Indigo), teringat pulak kat budak2 lelaki yang aku lebih senang nak kawan dengan diorang (dululah). Tak pelik kalau perempuan lebih senang habiskan masa bermain2 dengan budak2 lelaki...lumrah kan tu? Samalah jugak dengan aku... Lebih menguatkan pengakuan ini adalah bila adik2 aku sendiri lelaki semuanya... So, jumpa budak2 perempuan pun masa kat sekolah je. Tipulah kalau aku katakan yang aku tak sunyi tak ada adik-beradik perempuan... Takkan nak merengek kat mak suruh lahirkan adik perempuan pulak kan? Hahahah, permintaan anda melampau...

Tak best bila gaduh tak main tarik2 rambut (masa kecik tak dibenarkan simpan rambut...jadinya rambut aku sama je dengan adik2...huh!) tapi bergasak sama sendiri... Pukul badan tu dah selalu sangat, bercakar2 pun tak pernah TAK buat... Tendang pun TAK pernah missed, cakap je yang mana, macam mana...semua dah rasa. Dan bila dihukum semua dapat seorang sikit - sama rata la kiranya. Haha! Sungguh2 kenangan...

Itu dengan adik-beradik sendiri. Dekat sekolah pun sama je cuma yang membezakan ialah setakat kena cubit je dengan budak lelaki... Jeng! Jeng! Jeng! Ini adalah kisah silam (ceh!) aku masa kecik2 dulu... Saja nak tulis kat sini sebab teringat2 kat budak2 sekolah.

Kisahnya bermula begini (wah...wah...wah...) yang aku tak pasti dimanakah mulanya. Setahu aku, aku sekelas dengan dia waktu tu (tak ingat langsung darjah berapa tapi mungkin darjah 2/3 kot) kat PJ. Entah kenapa aku MESTI kena duduk sebelah dia... Tak pasti jugak sama ada semua orang pun cikgu pasang2kan dalam kelas... Maksud aku, ada 2 meja 1 baris dan perempuan lelaki mesti duduk sebelah2. Entahlah, memang tak ingat langsung pasal yang itu. Dan entah kenapa jugak, setiapkali dalam kelas budak lelaki ini mesti nak cubit tangan aku...

Geram jugak dibuatnya tapi aku diamkan je (aku memang sengal), boleh? Aku tak tanya dekat dia kenapa dia mesti buat macam tu, aku tak pernah menangis sebab hal macam tu dan lama2 aku biarkan je... Aku rasa banyak lagi kisah ni tapi aku sendiri pulak yang tak ingat... Tapi, 'persahabatan' aku dengan budak ni tak lama... Sebab tahun berikutnya dia pindah sekolah lain. Dengar kata mak ayah dia dah berpisah masa tu (bayangkan...kami masih lagi budak2 time tu).

Aku agak2 dia selalu cubit2 tangan aku tu sebab itulah salah satu cara dia nak berkomunikasi dengan orang (bukanlah dia tu bisu ke...) dan meluahkan kemarahan dia terhadap apa yang sedang berlaku kat dia... Redha je la... Oh ye, nama dia Fairuz (nama penuh memang aku tak ingat langsung)...

Kisah seterusnya yang membabitkan budak2 lelaki... Dia duduk depan meja aku. Dia pulak kawan baik dengan jiran aku (jiran tu memang kawan baik jugaklah dengan aku sekeluarga). Tiap2 petang, dia dan adik perempuan dia selalu datang rumah jiran kami (jiran ni ada anak lelaki sebaya aku - Ahmad Shahril Izham...aku suka nama adik-beradik dia...best!) dan kitorang pun main sama2.

Itu kalau kat rumah la... Sebab masa tu tak sekolah agama lagi so banyak masa petang2 kat rumah. Masa kat sekolah pulak, aku dengan jiran tu tak rapat sangat... Macam segan je dengan dia (sangat!). Dia orangnya bijak pandai... Bukanlah yang budak lelaki seorang lagi ni (Mohd. Khairil Hafizi - nama adik bongsu aku namakan HAFIZI sempena nama kawan baik aku ini) tak bijak atau tak pandai tapi sebab aku rasa lebih selesa nak cakap apa2 pun dengan dia... Dan tak bermakna aku tak punya kawan2 perempuan tapi tak ramai je...

Kat sekolah, nak borak ke, ape ke, mesti dengan Khairil ni. Nak kata borak semuanya pasa pelajaran, tidaklah jugak tapi macam selesa sangat2 bila borak2 dengan dia. Nasib je tak pernah kantoi dengan cikgu sebab time kelas, semua pun macam concentrate je... Tapi peksa tetap jugak corot - sedey betul. Ada sekali tu entah kenapa terbergaduh atau dalam erti kata lain - salah faham dengan kawan2 perempuan. Aku pun tak faham kenapa agaknya. Padahal baik je sebelum2 tu... Time gaduh tu, aku macam biasa2 je. Tak reti nak balas dendam ke, nak marah2 balik ke hape...

Itulah sebabnya aku tak ramai kawan2 perempuan kot...sebab asek nak tarik muka, nak gaduh tak pasal2, berebut2 kawan... Entah ape2 je (hahaha, aku pun terjebak sama). Dah le bergaduh tiba2, disuruh aku buat itu ini (dibuli) dan aku dengan rela hati mengikut saja. Diorang suruh masuk kat tempat duduk sendiri (meja aku kat dinding dan aku stuck kat tengah2) lalu bawah meja pun aku ikut je... B*D*H aku kan? Takpelah, lantakkan je...

Dengan budak lelaki yang ini jugak aku baik. Lelaki biasanya tak main gaduh2 macam ni kan... Tu pasal best kawan dengan diorang (walau selalu gaduh dengan adik2). Dan dengan kawan2 perempuan tu tiba2 baik sendiri... Tak faham sungguhlah. Dan kini aku sangat rindu zaman sekolah rendah dulu... Dengan kawan2 yang sudi kawan dengan aku... Dan kecik2 dulu pun selalu je ada yang berpuak2... Yang perempuan2 hot semua 1 kumpulan... Lelaki2 macho sama je 1 kumpulan dengan tak macho...hahaha! Kelakar sangat... Dan biasanya kalau dah hot tu mesti semua sekali pandai2 belaka...

Masa sekolah rendah tu je ada kawan lelaki yang baik dengan aku dan aku pun baik dengan diorang. Sebab budak2 kecik, mana tahu nak berkira2...tak pilih nak kawan dengan siapa pun... Ok, tadi aku ada kata kecik2 pun dah pandai puak2 ni... Itu untuk orang yang perasan lebih je tu. Dah le HOT, pandai lepas tu kaya2 pulak... Macam2 kan?

Sekolah menengah ni pulak time duduk asrama je ada kawan ellaki yang baik TAPI ada makna... Banyak kisahnya masa kat sekolah asrama yang satu2nya sekolah yang aku pernah masuk dulu... Sekolah menengah lain kat sekolah bukan berasrama...


Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...