Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Hari Itu...Selamat Akhirnya!

Salam... Betapa dah terlalu lama tak tulis apa2 kat sini...semalam sempat belek2 je...rindu sangat nak menulis. So, topik dah ada...bolehlah teruskan menulis. Hari ke hari asek pk apa nak tulis...hmmm... Mungkin setiap cerita ini tidak mengikut urutan tetapi, saya sebagai yang bertanggungjawab...harap sangat saya tak terskip mana2 peristiwa yang berlaku sejak selepas raya hari tu... Gadis Melayu 3 (Finale) Selamat semuanya...tahniah buat pemenang yang cantik molek... Norazrina Salleh ... Tahniah dik ye? Untuk si cantik manis, Yuyun pulak...thanks so much susah payah dapatkan jugak tiket untuk malam tu. Nak sangat jumpa korang semua lagi... p/s: tulis pependek jek sebab semalam ye2 dah tulis pepanjang...hari ni tak di save rupanya blogger ni??? pasrah je...oh ye, kan masa tu live so adalah jugak beberapa orang yang perasan saya kat tv...auw!!! hahahah...dapat tepis2 sikit ok la kan... Kenduri, Abang Bertunang & E5! E5 sekarang dah 2 minggu usianya di tanganku...dan suda

Salam Aidilfitri... 1431H!

Salam... Khas untuk semua teman2...di FB, Twitter, Friendster (aktif jugak kadang2), Myspace, Tagged, Hi5, Tumblr, Blogger, WP, Blogdrive dan segala macam on9 community yang pernah saya daftar selama ni...gile banyak tak terkata kot... Rajin tak bertempat namanya...lepas tu lupa mana yang pernah daftar... Saja suka2 katanya...haha... Ok, dah termenyimpang (sukahtaikaujetuliskan???) sikit. Nothing much to type (or say)...sama je macam kat kad raya yang tak seberapa ni... Semoga kita semua dapat kecapi Ramadhan tahun depan (ameen!)...

Syawal Just Around The Corner...

Salam... Punyalah sibuk sampai takde masa nak menulis ye? Poyo gile pernyataan yang memang nyata (percayalah)...walaupun kat FB 24/7 online...cuma terkadang tak perasan orang nak chat tapi tak dibalas empunya FB....maafkan daku ye semua... Dan hari ni sedaya upaya gagahkan diri, bukakan mata luas2 sebab nak menulis sepatah 2 kata (ni dah berpatah2 yek...). Hari2 berfikir, nak tulis apa ye? Sebab selalu nak kena tunggu mood je. Kadang teruja nak menulis, malas pulak yang bertandang. Malas dah berlalu, idea pulak takde. Akhirnya, tulis tajuk je yang mampu...kalau boleh nak menulis yang bukan sia2... Tapi kalau tersasar tu harapnya dapatlah kiranya ditegur ye. Saya tak bijak tapi saya pun manusia biasa. Nak menulis pun suka2 je. Kalau ada yang bagus, lebih baik dikongsi bersama kan? Ilmu dan semua itu tetap milik Allah. Kita hanya peminjam sementara... Oh ye, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Kalau kecik2 kita mesti dah mula teruja nak pakai baju2 baru, kasut baru na

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da

Tak Suka, Tak Berkenan...Tak Faham...

Salam... Tak suka dengan internet connection sekarang ni (currently) sebab asek kelambatan dan kelewatan je... Tak berkenan tengok pengantin lelaki (especially) bila berarak n bersanding pakai cermin mata hitam...kot memang pakai spek takpe gak...tatau kenapa, rasa macam menyampah jek (astaghfirullah...). Kalau nampak lagi hensem ok jugak... Tak faham kenapa aku tulis semua ni hari ni...haha. Bengong sangat nampaknya. Im bored! Actually, dah 4 malam buat Istikharah dengan tujuan nak cari jodoh...bukan nak buat pilihan tapi lebih kepada nak mintak petunjuk Allah siapakah dia yang benar2nya. Benarkah dia yang sekarang ini orangnya? Dan dah 4 hari jugak pepagi aku tengok Nur Kasih...dari Nur Istikharah sampai dia mohon Allah tunjukkan dia...sebab dia masih keliru dengan semua yang jadi, sama je aku rasa dengan apa yang sedang aku lalui. Cuma yang bezanya, dia sudah 'sah' dan Adam pula masih terus memujuk dia. Aku? Tak tahu berada di bahagian siapa? Sebab

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan memoh

Alhamdulillah… Thank You Allah!

Salam… Di usia 27 tahun ini, aku masih dapat menghuni bumi Allah ini. Bersyukur sangat2 dilahirkan sempurna segala segi (tiada manusia yang sempurna pun…). Thank You Allah for this great opportunity that You gave to me… Sepanjang usia ini, aku dah diduga macam2 perkara… Tapi aku masih mengharapkan aku redha terima segalanya yang berlaku. Semua yang berlaku pastikan ada hikmahnya… Aku mohon aku selalu ingat Allah macam mana Dia sayangkan aku dan ingat aku manusia biasa ini… Dan di usia ini aku harap aku mampu bahagiakan keluarga aku terutamanya kedua orang tua yang paling aku sayang walau adakalanya aku kurang sabar dengan perangai aku sendiri… Dan aku mohon aku boleh terus perbaiki diri setiap hari. Punya redha mak abah supaya Allah juga redha dengan aku. Aku mahu aku tidak terus n selalu sakiti orang lain. Aku mohon apa yang aku doa dikabulkan Allah. Amin2 Ya Rabbal ‘Alamin. Sungguh aku tak kuat nak hadapi apapun yang diberi Allah tapi dengan bantuan Dia juga aku mampu untuk me

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Salam… Ramai dah buat entri Ramadhan n aku jugak taknak ketinggalan… :D … Selamat Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini… Semoga dilimpahi keberkatan sepanjang bulan ini. Allah mudahkan segalanya, diberi kita kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan dan dimakbulkan setiap doa2 kita… Aku mohon dengan sangat2 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim! Hari Pertama Ramadhan… Hari sebelumnya dah macam2 aku rasakan…tak mahu ingat2 lagi dah. Tapi malam tadi yang paling tak boleh blah bila aku mimpikan ‘dia’…sampai ke Bumi Kenyalang aku “cari” ‘dia’? Bukan mencarilah sebenarnya tapi entah kenapa aku pulak nak pastikan betul ke tak ‘dia’ pernah di situ dulu? Semoga tak ada lagi mimpi2 macam tu… Den dah bengong ni… Dengan pinggang yang ala2 sakit lagi ni… Semua tu terjadi lepas aku menggatal bukak fb ‘dia’ dan terbukti dia bukak fb kejap sebab frens dia dah ramai… Sape stalk sape ni? Hahaha… Tapi sebelum tu dah remove fren request pun…konon2 pasrahlah kan. Tapi semalam aku add as fr

Susun Silang Kata!

Salam… Kau umpama susun silang kata Yang terakhir untukku Sekian lama ku mencari Rupa-rupanya di depanku Hidup ini tak bererti Jika tiada cinta di hati Untuk terus ku teguh berdiri Tak tahu nak kata apalagi dengan hati nuraniku ini…sekarang ini! Bukan tak suka atau benci dengan usaha yang tak henti2 tu TAPI entah macam mana lepas golek2 masa nak tido, bangun tido, masa mandi dan setiap masa PASTIkan terfikir hal yang ini. Aku jadi pening. Aku taknak ada RASA putus asa sebab aku tahu n yakin Allah Maha Mendengar segalanya. Dia tahu sampai mana dan bagaimana aku berusaha untuk ini. Sungguh kalau aku punya KUASA, aku nak buat sesuatu itu seperti apa yang aku harap2kan tapi berbalik kepada asal, HATI manusia tak siapa boleh paksa. Aku tahu, usaha aku tak banyak TAPI aku sangat mahu ‘dia; tahu apa yang sedang aku rasa… Bila difikir2kan kembali, selama ini…sejak aku jumpa ‘dia’, aku dapat rasa apa yang pernah orang lain rasakan selama ini… M

Mungkin Ini Silap Saya...!

Salam... Bersiaran kembali kat blog tersayang (asek tukar2 je template dia...:D). Lama tak menulis rasa macam tak best pulak. Memang idea nak menulis pun tak sehebat mana, tak datang dengan lajunya. Jadi, saya kena cuba untuk mengadakan mood menulis. Sejak akhir2 ni, saya selalu beremosi bila nak menulis. Terlalu ikutkan perasaan kot? Kan saya sedang cuba untuk tak selalu berkongsi cite dengan orang? Ya, saya sudah tahu dimana limitnya dan sekarang ini adalah waktu yang paling sesuai untuk berhenti dari semua ini. Hanya orang2 tertentu yang dah saya senarai pendekkan saja yang akan selalu tahu apa saya rasa. Padahal sebelum ni dah kena, tapi saya percaya yang dulu itu hanya peringatan saja. Sebab orang itu saya baru kenal, tak tahu isi hati n budi dia pun. Sebab percaya sangat dengan luarannya...kan? Tapi, sekarang saya hadapi perkara yang sama jugak. Saya selalu sedar, apa yang jadi pada saya hari ini (baik+buruk), mungkin apa yang pernah saya buat pada orang dulu2...tapi saya t

Kalau Suka, Perlu Hebahkan Ke?

Salam... Apa yang ingin ditulis ada jugak kaitannya dengan saya. Kenapa? Tunggu cite ni habis, baru anda tahu apa maksud saya dengan KENAPA...? Mungkin pada saya semua ini masih baru tapi tidak pada anda semua (kalau ramai yang baca, alhamdulillah - sedang berusaha untuk selalu menulis walau sibuk)... Apa yang baru? Cite apa yang saya rasa bila saya suka sesuatu atau seseorang. Sejak lama dulu (lupa bila mula), saya suka bercerita pada orang setiap apa yang saya sedang rasakan. Tak kisahlah kecik ke besar tapi rasanya pada yang tak mudah untuk menebak rasa dalam hati saya ni, diorang tak dapat tangkap rasa tu. Yang rapat betul2 dengan saya, mudah je meneka...saya kalah di situ. Ada jugak masanya saya rasa malu nak terus bercerita pada kawan2 yang dah biasa dengar cite2 saya tapi bila dorang sungguh2 pinjamkan bahu dorang untuk saya, saya redha dan bersyukur. Cuma tak semua orang tu sedia mendengar (tapi dalam situasi saya, seboleh mungkin saya nak kongsi dengan semua yang kenal d

Aku Tahu Semua Tahu...Sebab Aku Yang Beritahu...:D!

Salam... Ingat nak tulis pasal admittance in SALAM tapi nanti2lah. Ini adalah kesinambungan entri sebelum ni. Cumanya akan dimulakan dengan hari bersejarah yang berlaku semalam... Hari Persaraan Kak Norma - Cikgu Pemulihan. Lepas je keluar hospital terus gigih mula nak buat. Masa ada dalam seminggu n tarikh persembahkan mulanya Rabu which is today tapi diubah kepada semalam. Dalam 1 hari lagi nak keluar dari hospital, cikgu pra - Asy call mintak tolong buatkan video klip kak Norma... Sukalah saya sebab dapat task macam tu. Antara impian sejak keje kat Cheras dulu tapi sebab takde reason nak buat pasal apa, hajat itu dipendam sahaja. Masa nak buat tu jugaklah, kena pk nak siapkan assignment2 dengan presentation. Memang manage to do all the things in the same time tapi berdebar2 jugaklah. Siap je keje2 assignment untuk Ahad lepas, terus sambung siapkan video klip kak Norma. Sejak hari pertama mula buat, memang seronok n masa tu rasa macam ok je semua. Sampailah ke hari Isnin konon na

Akhirnya...Tapi Belum Pasti!

Salam... Terasa begitu gembira yang amat2 sangat. Syukur ya Allah atas segalanya. Akhirnya pencarianku berakhir TAPI semuanya adalah penentuan ke arah permulaan yang PASTI, IAllah. Tak sangka2 yang aku akhirnya berjaya menemui FB dia. Gembira sangat2 ni...Allah je tahu betapa aku gembira. Kalaulah aku punya kudrat, aku mahu tempekkan saja gambar dia TAPI itu sesuatu yang melampaui batas...tak apalah, aku seorang je yang tahu dan simpan satu2nya gambar yang aku ada. Semoga Allah permudahkanlah hendaknya...mungkin rasa suka tu tak seperti dulu atau mungkin makin lebih2an... Semoga Allah redakan segala perasaan aku tika ini dan selamanya. Serius, aku nak senyum sampai rasa nak koyak mulut dengan pipi. Betapa gembiranya aku saat pertama kali (yang terakhir selepas berabad mencuba), aku jumpa FB dia? Ya Allah, andai ini yang terbaik, tunjukkanlah dan dekatkanlah. Andai sebaliknya, aku redha dengan apa yang terbaik untuk aku telah engkau sediakan... Aku benar2 bersyukur dan gembira

Reunion?

Salam... Mood macam dah mari je tengah2 pagi ni. Masih tak sedar diri yang masa semakin suntuk - assignment masih tengah nak siapkan, presentation yang tak tahu nak cakap apa nanti. Ya Allah, bantu aku hambaMu yang lemah ini. Memang lemah jugaklah sampai nafas asek rasa sesak je. Akibat tak reti2 nak bersenam, haha! Pemalas den ni... Tinggalkan bab assignment tu dulu sebab submission date pun 11 Julai ni (asek tukat tarikh je). Apalah agaknya perasaan bila dapat jumpa kawan2 lama? Saya? Mestilah seronok yang teramat sangat sampai tak tahu nak cakap apa dah. Nak2 dia tu pernah jadi kawan baik masa sekolah2 dulu dan lost contact bertahun2 lamanya...diizinkan Allah dapat jumpa balik. Memanglah bersyukur sangat2. Rasa tak sabar nak tahu perkhabaran terbaru semua orang...apa jadi lepas berpisah masuk Tingkatan 1? Lepas SPM pulak buat apa? Tapi macam ada kepantangan sikitlah selain dari pantang orang bersalin...huhuhu. Bila soalan2 yang bakal ditanya - Kau buat apa sekarang? Keje ka

Takut Salah Sebab Takut Malu

Salam... Saya Malu...! Dah suka, terus tulis lagi satu entri baru. Lama tak macam ni. Sedangkan kalau ikutkan sebenarnya sekarang saya memang sedang sibuk dengan tugasan yang 2 tu...dengan kerja2an ni rumah dan segalanya... Saya tension dalam kelekaan sendiri. Mengharap pada yang tak pasti... Semuanyalah yang akan buat saya tension akhirnya. Kadang saya fikir saya perlu seperti apa untuk melancarkan semuanya supaya teratur tanpa ada rasa kesal pun dalam hati? Nak penuhkan impian semua orang? Mana mungkin...untuk sekelip mata dan dalam amsa yang sama kan? Saya dah asyik cerita pada orang supaya saya lega tapi yang sentiasa tahu hanya Allah saja. Pernah saya terbaca blog kawan2 yang kisahnya lebih kurang kisah saya...sekarang saya harap saya temu kebahagiaan yang seperti dia... Kalau dapat saya jerit pada semua yang saya jugak manusia biasa sama seperti mereka...tapi saya tak berdaya dan saya hanya mampu menangis saja. Allah Lebih Tahu! Berbalik kepada tajuk, sebenarnya ada b

Husnuzhon - Jangan Berprasangka Buruk!

Salam... Agak berkurun nak sambung dari entri lepas (tak ada kena mengena pun antara keduanya). Cerita hidup masih seperti biasa. Kadang sibuk sangat dan adakalanya suam2 kuku je. Bila bosan, saya jadi sesangap yang mungkin. Nak bercerita dan kongsi kisah tak tahu dengan siapa (saya sedang belajar untuk kurangkan meluah perasaan pada teman2...kesian diorang nak mendengar). Oh ye, Sabtu yang lepas bersamaan 12 Jun 2010, sepupu ketiga kami sebelah abah sudahpun selamat bertunang. Saya pulak sepupu keempat...huhuhu! Pertama kali menghantar rombongan bertunang secara rasminya. Sebelum2 ini sepatutnya sama2 enjoy menerima rombongan pertunangan saudara2 yang lain tapi keadaan pulak tak berapa nak mengizinkan. Jadilah kan, ada jugak pengalaman... Lepas2 ni iAllah akan menghantar juga untuk 4 kali mungkin...:D Syuhaila Amy & Syuhaila Hantaran Both Of Them! Pengiring Kehormat... Masa dari Seremban... Masa kat Petronas... Kami dah sampai! Pelaminan... Meri

Im Back For Good! Alahai...

Salam... Sekarang sedang cuba nak selalu ada mood untuk menulis. Sejak akhir2 ini, kehidupan semakin tak terurus. Hahaha, macam mana nak kawen ni? Berangan2 jelah cik Yah oi (baca:si penulis)...eceh! Tengoklah...baru nak mula tulis, leka dengan FB. Kalau saya tak tulis tak siapa pun tahu saya buat apa kan? FB sebenarnya tidaklah terlalu melekakan KALAU kita tahu macam mana nak menguruskan masa antara semua aktiviti kita setiap masa. Ni pun saya memang sangat2 tak terurus dengan semua benda yang dah jadi kat saya. Oh ya...nak beritahu dan mohon doa dari kalian semua... 21 Mei 2010 yang lepas saya telah menghadiri KELAS PERTAMA sejak 6 tahun lepas meninggalkan ALAM BELAJAR kat OUM, N9 dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak... SO, sangat terlalu awal nak cerita panjang2... Lepas habis je 3 kelas (setiap minggu Pertama n Ketiga tiap2 bulan) saya terus rasa down. Rasa menyesal ada, rasa nak nanges ada, nak lari dari semua orang n masalah pun ada. Pengakuan seluruh yang tak semua ora

Sentap...

Salam... Ayat tak mengalah...gelabah je lebih aku ni. Hehehe, last 2 days kalau tak salah, bukak FB seroang teman melalui FB adiknya...act, bukan FB dia sangat sebab dia tak pernah approved request aku sejak berbulan2 lamanya...kat FS (friendster dulu pun dah berkurun lamanya baru dia approved). So, sekarang ni kiranya macam tergantung macam tu je...as for me, taklah heran sangat tapi terasa jugaklah. Ahaks! Tak apalah, luahan manusia seperti aku memang macam ni la gayanya... Yang sentapnya itu satu hal, lagi satu...dia bakal berumah tangga tak lama lagi...ada perasaan yang bercampur2 sebenarnya kat situ saat aku tau hal ini. Gembira tapi terharu+sedih...kenapa? Panjang kisahnya dan dah lama jadi memori pun tapi tetap akan diingati sampai bila2... Apa yang aku harap cuma, dia berbahagia dengan bakal pasangan hidupnya itu dan biarlah ikatan suci tu tahannya sampai mati nanti...sesiapa je yang aku anggap kawan n dorang pun macam tu so...doa ini jugak untuk korang2 semua.. RIndu z

1Superkids Club Grand Launching+Bling Lusture Opening+Mother's Day+1Superkids Family Day!

Salam... Hamek ko...panjang punya tajuk kan. Sebenarnya masih dalam mood yang agak penat (lepas event tak rasa apa2 pun). Tapi ku gagahkan jua untuk menulis (macam ada yang sudi baca pulak?)... Ni pun dah lambat seminggu. Dah sedap2 ada idea nak tulis, malas pulak nak sambung. Tapi, ini adalah yang paling ringkas dan padat punya entri... Nak upkan lagi blog biz tu. Macam2 nak buat sekarang ni. Nak sambung belajar, nak keje lain pulak (kontrak mungkin habis bulan 8 ni...iAllah)... Berbalik kepada tajuk di atas. Dengan selambanya aku tak print map dan salin arahan2 yang kak Lina bagi dalam semua website n blog2...dalam FB pun. Aku tahu baca n beritahu orang je... Gila kan? Ampun kak, banyak kali sms, tel tanya soalan yang sama... Dan akhirnya dengan bantuan kak Lina , akhirnya aku berjaya sampai ke Wisma Bling Lusture ditemani kawan baik...Shikin. Sampai2 tengok macam ramai tak ramai je orang kat booth. Aku dah semakin berdebar2 masa tu. Macam2 aku fikir (mula dari seminggu tu).

1Superkids Family Day + Mothers Day!

Salam... Jemput Hadir Beramai-Ramai & Jumpa Di Sana... 1SuperKids Club House Launching and Family Day (copy originally)   Dear my beloved 1SuperKids fraternity, I am so proud that 1SuperKids Club House (Yes, we’re not only ON-LINE, we’re LIVE!) will ready this coming May! Excited? Definitely! So what’s the Club House doing? 1SuperKids headquarter! 1SuperKids activity centre. Yes, we have a list-full of activities! A rendezvous for 1SuperKids’ super parents to meet and discuss! A place where we turn every dream into reality. To celebrate everyone of you, we are organizing A FAMILY DAY! Now the committee is working hard to make sure everything runs smooth and the event will be the most memorable moment on this year’s Mother’s Day. What’s so nice about the FAMILY DAY? It is covered by media!!! Harian Metro, Mingguan Wanita, NUR, Pa&Ma and a TV station. Full of activities, games, etc. Special for the whole family. – AMazing Race? Wait and see~ It

Tenang...

Salam... Harapnya aku dah kembali stabil sekarang (walau sibuk dengar lagu2 meruntun hati n jiwa ni)... Selepas kejadian n peristiwa Tangan Gatal SMS Orang Pagi2...aku dah boleh kembali seperti sediakala. Mula2 dapat balas sms dari orang itu, aku rasa macam sedang berhadapan dengan orang yang tengah melawak... Dan bila aku ngadu kat beberapa orang teman, aku tahu n yakin yang dia memang marahkan aku. Cuma yang agak pelik (pada aku la) bila dia balas tanpa ada tanda seru semua tu bagai... Aku anggap orang tu betul2 marah kalau sms dia ada seru2 tu semua... Bila dah ramai kata dia memang marah n seolah2 dia tahu siapa aku (dari cara dia sms aku), aku jadi serba salah pulak. Gatal sangat pergi sms siapa suruh? Tapi ada jugak side lain, kawan aku kata dia mungkin sangat penat n stress (baru habis keje ke)... Tipikal ayat aku - mana aku tahu dia keje kan? Pengajarannya kat sini, jangan suka2 nak sms orang tak tentu arah. Tu baru kena sikit belum kena hamun lagi tu. Kawan2 pesan suh ja

Bertenanglah Wahai Hati!

Salam... Setelah sekian lama berfikir dan selam hati sendiri (dengan bantuan teman2 sudah tentu), akhirnya aku dalam usaha untuk melupakan orang yang pernah buat aku rasa suka dan cintakan dia (geli tak...geli tak? hehe) satu ketika dulu. Kalau boleh hilangkan memori pasal dia dalam hati dan fikiran ni, dah lama aku cuci bersih2. Itu kalaulah...tak elok berkalau2 kan? Yang penting sekarang kena mula fikir apa yang sepatutnya aku fikir. Bukan yang bukan2 ke, yang luar jangkaan ke. Fikirkan apa yang sedang berlangsung, habiskan apa yang sudah bermula... Aku harap aku benar2 dengan keputusan ini. Aku hanya manusia biasa, mana mungkin dapat lupakan terus (tapi ada jugak masanya lupa langsung). Sekarang uang aku mohon andai dia itu adalah yang sebenarnya untuk aku, maka dekatkanlah TAPI kalau bukan, jauhkan dan hilangkan dia dari pandangan aku... Rasanya dia memang bukan untuk aku, sejak kejadian sebelum Raya 1430H, langsung tak nampak bayang lagi apatahlagi terserempak. Sepatutnya da