Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Cinta Ada!

Salam... Aku sangat heart lagu ini sekarang dan tika ini... Sangat best... Lirik best, muzik pun layan je... Hohh..hohh..hohh..x2 Hohh..hohh..hohh..x2 Andai aku buta kan mata Dapatkah kau mendengarkan jujurnya Andai engkau tutup telinga Dapatkah kau melihat keikhlasannya #chorus: Aku cinta bukan dibayang mata Jauh dari bahasa Dekatkan ertinya Aku cinta bukannya disengaja Jauh dari wasangka Dekatkan hatinya memang cinta ada dalam jiwa kita Andainya cinta itu buta Dapatkah kau mengubah pesonanya Andai mengalir air mata Dapatkah kau membezakan jelingnya #chorus: Oh mengapa ada saksi yang tak memahami Wow..wow..wow..wow.. Oh mengapa ada saksi yang disalah erti Oh aku cinta Oh jauh dari bahasa #chorus: Memang cinta ada dalam jiwa kita… Hidayah Yassin | Create Your Badge Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selamat Berhari Raya!

Salam... Intonasi membaca tajuk adalah seperti lagu raya yang selalu berkumandang di TV, ok? Huhuhu... Tahun ni macam biasa raya kat Muar je. Almaklumlah Mak Abah dua2 dari sana. Raya kali ni masih sama sejak dari hari Atok Ayah meninggal dulu. Maknanya di sini ialah, suram je... Dan semakin suram bila sepupu pulak meninggal 3 tahun lepas... Bak kata sepupu perempuan itu - Angah, raya semakin tak best kan kak? Itulah apa yang kami semua rasakan sejak beberapa tahun yang lepas. Macam2 yang dah jadi... Harapnya aku dan semua redha dengan ketentuan juga ujian dariNya ini. Ada hikmah di sebalik setiap dugaan bukan? Balik malam raya kat kampung (tunggu Mak dengan Abah gigih memasak rendang ayam kampung...) dan raya ke3 dah balik sini. Menanti dan menerima kunjungan tetamu... Ada masa senggang sikit raya pulak rumah kawan2... Tak banyak aktiviti pun tapi bila budak2 datang bagi salam lama2, langsung tak layan. Aku tak faham kenapa aku malas nak layan budak2 kalau nak datang beraya. Lupa ke a

Muaklah...

Salam... Entri hari raya terpaksa ditunda sebab internet yang sangatlah lembabnya... Cuma nak menulis je hari ni dan seperti biasa tiada gambar kali ni... Banyak jugak gambar yang diambil tapi malas nak tunggu internet macam kura2 ni... Isnin minggu baru lepas seminggu beraya... Raya yang tak best keseluruhannya... Dah semakin besar ni, tak tahulah mana perginya 'nikmat' hari raya tu... Masa raya rasa2nya macam dah ambil banyak2 gambar tapi tetap sikit je sebenarnya bila dikira2 balik... Sedih dengan diri sendiri sebab tak pandai manfaatkan masa yang ada...hahahah! Ok, terus kepada isi tajuk ye? Korang muak tak bila korang dah sms seseorang banyak2 kali (dalam situasi aku ni dah lebih 5 kali) dan tiapkali korang sms seseorang tu MESTI...diulangi MESTI seseorang tu soal korang semula dengan pertanyaan, "siapa ni?", "siapa ni ye?", "siapa ni..." dan sebagainya... Sama je soalan2 tu cumanya masa dapat jawapan2 tu semua tak sama... Inilah apa yang aku

1 Syawal 1430H

Salam... Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk terus merasa kenikmatan Ramadhan (walaupun mungkin tak digunakan sebaik mungkin) dan ianya bakal meninggalkan kita semua dalam 4 hari lagi. Setiap tahun bila nak mula puasa je mesti harap ianya akan berakhir dengan cepat tapi bila dah biasa dengan keadaan tersebut (puasa), kita rasa lega dan best je kan? Tapi bila dah nak masuk Syawal je, ada jugak rasa sedey2 tu...ye? Syawal tahun ni agak2 sama je setiap tahun tapi tahun ni adik ke3 tak ada... Sebab H1N1 dan malas nak balik walaupun cuti 3 bulan. Aku harap dia balik terus lepas ni...lama2 kat tempat orang nanti macam dah tak nak balik Malaysia pulak... Dan tahun ini jugak, kami kembali kepada tidak ada apa2 tema warna pakaian untuk semua... Tak ada rasa nak bertema2 pulak... -____- ... Lepas dah dibincang2, iAlllah kami semua akan pulang ke kampung halaman tercinta itu di pagi raya. Nak jugak merasa Hari Raya Pertama di sini pula... Macam bestlah pulak eh? Cuba dulu rasa macam mana ,

Anak-Anak Adalah Cahaya Mata!

Salam... Beberapa hari ni, aku selalu mengadu pasal budak2 yang susah nak dengar apa aku cakap. Bukan susah nak dengar pun tapi biasalah macam zaman aku kecik2 dulu la gayanya. Aku ni degil jugak tapi kat rumah je...dekat sekolah setakat yang aku ingat, tak adalah pulak...huhu! Tapi sejak Khamis minggu lepas, sedikitlah terubat hati aku ni bila datang 2 orang kanak2 comel... Diorang budak2 pra-sekolah kat dalam sekolah ni. Aku tak pasti sama ada seluruh Malaysia telah dikuatkuasakan pra-sekolah dalam sekolah2 kebangsaan... Mula2 macam terkejut tapi sebab diorang ni adalah sebahagian daripada sekolah ni so, aku terimalah kehadiran budak2 tu. Masa aku mula2 keje dulu selalunya budak2 yang sebaya diorang hanya meninjau2 dan tengok siapalah yang selalu ada dalam lab ni hari2. Aku pandang je, diorang lari, hahahaha! Khamis lepas tu diorang masuk2 je tanya, "kak, boleh guna komputer tak?" ... Dan aku seperti biasa, angguk je. Lepas tu diorang datang semula tanya, "kak, kat man

Nak Menulis Kena Ada Info... Kan?

Salam... Ok, hari ni macam rajin sikit nak menulis sebab tak tahu nak buat apa dah. Ada kerja yang mesti disiapkan segera tapi esok mungkin akan dibuat kot? Harap2 sempatlah siap sebelum waktu sepatutnya. Amin!!! Aku ni selalu je cakap nak buat dengan hati yang cekal tapi sudahnya...hampeh...huhu! Sudah2lah tu aku ni... Sikit2 nak tulis kat sini, haha! Bosan...lagi? Itu je yang aku tahu sejak keje dulu... Dah tak tahu nak fikir apa lagi sekarang ni. Cuma yang pastinya, aku akan berinai... Untuk raya ni kan... Kuku saja yang merah sebab aku bukan pandai nak berinai untuk diri sendiri melainkan untuk orang tu, iAllah boleh. Bila dilihat2, ditilik2, dibaca2 balik semua entri2 aku sejak dahulu kala, kebanyakkannya tak memberi info pun. Kalau ada pun bukannya datang dari aku tapi dari luar - cilok kat internet ke, amek dari paper on9 ke, dari buku2 ke... Aku sedar yang aku tak terlalu dan tak banyak membantu pun. Sepatutnya at least mesti ada tapi... Aku nak buat macam yang kawan2 aku keban

Ramadhan Bakal Pergi, Syawal Makin Hampir...

Salam... Sekejap je kan tinggal seminggu je lagi kita akan ber HARI RAYA . Tapi mood aku macam berbelah bahagi je sekarang, entah kenapa? Rasa nak raya tu adalah jugak walau rasa sedey sebab puasa bakal tamat...bukan tipu2 tapi benar2 yang aku rasa tika ini... Dan seperti kebiasaannya, aku rasa sepi...bosan! Dah la hari2 mengadap budak2 yang tak reti2 nak dengar apa aku cakap...hari2 nak kena jerit. Aku tak kisah kalau budak2 tu TAHAP 1 tapi bila libatkan TAHAP 2 yang aku sedia expect diorang akan FAHAM dan dengan sekali cakap diorang DENGAR tapi segalanya hanya tinggal harapan semata2. Ke mengada2 lebih diorang ni? Atau diorang fikir, siapalah aku ni kan? Cikgu2 diorang pun tak bising... Kakak lab ni kecoh lebih la... Cuba kamu bayangkan kalau kamu di tempat aku, aku fikir mesti lebih dari apa yang aku dah selalu buat, kamu akan buat. Dugaan puasa betullah yang aku rasa sekarang ni. Penat nak menjerit2 dan kalau diorang tak dengar, aku akhirnya bolayanlah...malas nak bising2 dah.

Aku Garang, Ke?

Salam... Setelah sekian lama, aku kembali menulis di sini. Hilangkan bosan yang dah selalu nak melekat dengan aku ni... Tapi bosan ni tetap jugak nak duduk dengan aku. Apa aku merepek ni? Isnin je, rasa malas menyelubungi diri...lumrah hiduplah kan? Selama 2 hari cuti hujung minggu, aku tak buat apa2, cuma melepak2 je kat rumah. Oh ye, semalam aku berjaya potong kain untuk dijadikan sebagai Baju Kurung untuk Raya nanti... Dah test sebelah tangan dan terasa sempit... Kenapalah aku ni? Buat baju sendiri pun boleh kecik sana sini? Berangan badan kecik la tu kan? Malam ni, iAllah nak siapkan sepasang Kurung Oren+Berkain Batik itu. Malu je sebab buat baju sendiri tapi tak berapa nak jadi...inilah yang dinamakan sebagai sengal...huhu! Lama dah tinggalkan gunting, kapur, tali tape dan sebagainya... (alasan mesti bagus...huhu!)... Lama tak menulis sebab tak ada RASA nak menulis tapi bila dah terasa lama tak menulis, kena jugak tulis sesuatu kat sini, nampaknya. Selama berdiam diri hari tu, se