Skip to main content

Gurauan Paling KASAR & Tak KELAKAR Langsung...!!!

Salam...


Ini sambungan hal semalam... Aku dah tahu siapakah 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Umur aku sekarang ni bukanlah waktu untuk main2 lagi TAPI aku jugak yang 'pandai' sangat pergi layan... Tahniah untuk diri sendiri sebab relakan diri untuk diper'bodoh'kan... Sangat2 terasa sakit hati sampai sekarang ni. Selama ni apapun gurauan aku boleh TERIMA tapi malam tadi aku tak boleh terima LAWAK BODOH yang paling KASAR aku pernah terima setakat ni...

Kalau orang lain yang kena, senang je aku nak nasihat macam2 tapi bila kena kat diri sendiri...terimalah seadanya. Sampai aku terfikir2 pernah ke aku buat orang sampai macam tu sekali sebelum2 ni? Aku selalu macam ni. Apa yang jadi kat aku hari ni mesti akan buat aku fikir apa yang aku buat kat orang masa dulu?

Kalau pernah aku buat macam tu kat orang, aku redha andai ini adalah balasannya. Tapi seingat aku walau aku pernah mengusik kawan2 dengan cara yang macam ni taklah sampai teruk2 sekali.Setakat tegur2 dan bila orang tu tanya siapa aku, jawab jelah kan... Macam biasa, ramai teman2 rapat yang jadi tempat untuk aku mengadu... Memang malu dengan diri sendiri tapi aku tak layankan sangat rasa tu bila depan kawan2 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Masing2 berlakon depan aku... Aku tahu aku ni terlalu cepat percaya kat orang (padahal selama ni aku dah cuba berhati2).

Sebab hal ni, aku dengan teman2 rapat terfikir dan hampir menuduh seseorang. Nasib baik je aku tak 'sergah' seseorang tu. Kalau tak, lagi malu aku dibuatnya. Aku tak kisah kalau nak bergurau tapi tak boleh ke dengan cara lain? Dan sampai ke saat aku menulis entri ini, aku masih dalam keadaan yang tersangat2 geram dan sakit hati. Kenapa ye aku masih nak layan nombor2 tah ape2 tu? Taklah terdesak pun sampai kena layan tapi aku selalu risau kalau2 itu adalah kawan2 lama...

Selalu dengar iklan HotFm pasal hal ni tapi tetap jugak aku tak berhati2. Aku tak pasti adakah rasa marah ini akan terus menguasai diri atau tak lama lagi akan baik dengan mudahnya? Kalau baik sekalipun aku TAKKAN pernah boleh nak lupakan pun. Dan aku tak tahulah aku akan layan 'manusia' itu dengan kawan2 dia sama macam dulu atau setakat biasa-biasa je... Nasiblah kan, siapa suruh kenakan aku sampai macam ni sekali kan?

Aku boleh sabar selagi boleh dan terdaya tapi kalau dah melampau macam ni, aku dah tak boleh nak terima lagi dah... Sebab aku tak sesuai nak bergurau dengan hal2 macam ni lagi dah sekarang. Melainkan kalau aku ni Hati Kayu, mungkin kot. Aku tak nak keluarkan kata2 busuk lagi sebab hal yang macam ni. Mungkin bagi sesetengah orang, hal ni macam tak ada apa2 kat diorang tapi tak bagi aku...

Semalam, 'manusia' tu selamba je mintak maaf dan alasan dia, dah lama tak usik2 aku... Betullah kata seorang teman yang kita ni masih tak kenal 1 sama lain jadi salah aku jugak sebab terlalu enak bercerita dengan dia sampaikan dia anggap apa yang aku cite selama ini hanyalah gurauan dan dijadikan sebagai bahan mainan... Aku terlupa itu...

Kesimpulannya sekarang, perlu percaya lagi ke dengan dia dan orang2 lain? Sebab hal yang ini jugaklah aku dah tak nak mudah percaya kat orang. Dan kalau dia a.k.a. 'manusia' itu cakap apa2, susah untuk aku percaya lagi. Terguris sangat dah hati aku sekarang ni... Maaflah ye, sebab kau yang mulakan dulu...jadi kalau apa2 jadi lepas ni, harap2 kau tak salahkan aku...!!!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!