Skip to main content

Speechless!

Salam...

Ceh! Macamlah ada sesuatu yang buat aku terkejut kan? Tak ada benda nak tulis tapi masih nak menulis. Kalau boleh nak kembali bercerita melalui tulisan tapi mesti macam nak berkira2 je kalau nak mulakan. Dulu2 kalau aku suka seseorang, habis semua benda aku reka dan masukkan sekali si dia2 tu semua tapi situasi sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Aku tak ada hati nak kaitkan orang2 yang aku suka dalam cite2 aku lagi. Dulu tu siap dengan penuh pengharapan cite2 aku akan jadi kenyataan tapi belum sempat nak habiskan cite2 tu...semuanya hancur dek impian yang tak dimakbulkan tu.

Dan sekarang aku ingat dan belajar dari pengalaman untuk tidak suka2 tulis sebab aku suka. Menulis pada aku, maksudnya perlu mula dari benak dan sebab kita nak menulis bukan sebab suasana yang sedang lalui kala tu. Banyak dah aku reka tapi semuanya terhenti tengah jalan. Kalau time mencurah2 idea (konon2 jelah), mesti rasa seronok je sebab jari ni laju je menaip tapi bila datang angin malas dan tak ada apa nak cite, langsung tak usik atau baca balik je tulisan2 aku... Aku buntu!!!

Tengoklah (asek2 tengok jelah) kalau kot2 ada idea nak reka cite2 baru, aku buatlah... Kalau tak pun aku cuba cari idea untuk menulis jugak. Kalau tak cite kat orang, hati aku lega jugak bila meluah dengan cara tu. Puas hati akhirnya. Dan tiapkali baca kembali apa yang aku tulis, aku sendiri akan terasa berada di awang2an sebab berangan2 ada dalam cite tu. Angan2 je la...

Menulis jugak membantu aku yang suka angan2 ni suka2 hati tulis apa yang aku bayangkan... Kadang2 sebab cara macam tu, aku lupa yang nak membaca nanti (iAllah) bukan aku seorang. Kalau ramai lagi bagus. Tapi kalau dah memang aku je yang baca, alamatnya memang aku sangat2 suka berangan2. Hahaha. Nak berangan boleh tapi kena ada batasnya. Tapi hadnya hanya aku yang tahu paras mana.

Harap2 aku tak terus berangan tanpa tujuan. Pernah terdengar kat HotFm pasal Impian Jadi Kenyataan. Ramai yang ternyata memang tercapai apa yang pernah diorang angan2kan satu masa dulu. Bila pulak giliran aku ye nak kawen nak jadi macam diorang? Tapi berangan tak berusaha serupa macam angan2 Mat Jenin je. Aku ingatkan diri aku sendiri - berangan2, doa, usaha...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...