Skip to main content

Seharian Berdebar...

Salam...

Ada orang jadikan blog sebagai wadah atau tempat meluahkan sesuatu yang dirasakan sesuai untuk ditulis secara langsung, ada pula yang hanya suka2, tak tahu apa sebab ada blog ini...pendek kata, selagi belum tutup mata...kerja...kerja...kerja...! (apa ni? suka amek2 skrip filem???)

Aku pun tak terkecuali jugak. Ramai yang mula berblog @ memblog, aku pun turut serta... Aku ingat lagi kali pertama kawan baik yang pernah berjiran sebelah rumah dulu yang ajar macam mana nak buat blog. Dan selepas tahu apa itu BLOG dan kegunaannya, aku mula menulis dan semakin hari semakin banyak entri sampai jadi tamak bila tengok blog orang lain lebih cantik...tapi tak tahu macam mana nak buat...hahahaha!

Kat blog pertama itulah aku menulis dan mendelete (suka main tulis je kan?)... Lepas tu menyesal, hahaha. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri "Jangan Menyesali Apa Yang telah Berlaku", "Pandang Ke Hadapan"... Bukan tak boleh nak pandang ke belakang semula TAPI kalau hanya untuk menyesali LEBIH baik lupakan terus tapi ANDAI mahu memperbaiki kesalahan dan kesilapan, apalah salahnya sesekali tengok balik apa yang telah dan pernah kita buat dulu kala? Supaya kita dapat PENGAJARAN dan TAK BUAT LAGI...

Dan hari ini, aku masih menulis entri di blog yang ke5 kalau tak silap... Gilalah...itulah asyik ikut hati dan perasaan je, mana tidaknya? Nak ikut orang tapi tak pandai nak buat. Dan harap2nya aku akan setia dengan blog ini je... Kene ISTIQOMAH lagi ni... Ini gara2 tak ada PENDIRIAN dan selalu nak TIRU orang je kerja aku. Aku mohon ampun ANDAI aku ada terikut citarasa sesiapa ye? Aku manusia biasa je...ayat2 aku sekarang???!!!

Mukaddimah punyalah panjang sampai tak tahu nak letak mana TITIK NOKTAH? Bukan banyak ke noktah yang kamu letakkan? Kuiz kita hari ini, cuba kira berapa banyak titik yang ada dalam entri kali ni??? Takpelah, tak payah susah2 kiralah...tak penting pun. Aku cuma nak cerita pasal hal semalam dan berjangkit hingga saat ini. Apa tu? Seperti tajuk entri hari ini la... Aku tak tahu KENAPA? Aku risau ada benda2 tak best yang akan jadi nanti. Bila? Entah, aku tak tahu. Selalunya macam tu lah yang aku hadapi. 2-3 hari hati tak sedap, berdebar2...aku terima berita tak best selepas beberapa harinya. Ye, aku tak sepenuhnya percaya dan semua yang jadi hanyalah KEBETULAN yang TELAH ditakdirkan...

Dan bila mulanya terasa debaran tu, aku pun mulalah fikir yang bukan2...teringat kat orang2 yang dekat dengan aku... Sihatkah mereka? Mohon mereka2 itu tidak apa2... Dan sebelum2 ini bila aku fikir begitu, alhamdulillah orang2 yang dekat dengan aku tak ada apa2 pula... Tapi tiapkali debaran yang aku rasa, aku selalu akan mohon supaya tak jadi apa2... Macam last 2 years (sekejapan je yek?) orang pecah masuk rumah... Aku tak sedap hati lepas Maghrib (waktu itu aku shift petang kat klinik lama...). Malas fikir banyak sebab aku rasa disebabkan efek ubat yang aku ambil iaitu ubat TAHAN rasa makan... Sampai2 rumah, masuk2 bilik tiba2 bersepah2... Semalam puas jugak fikir kenapa aku berdebar2...belum ketemu jawapannya pulak... Harap2 tak jadi apa2lah.

Hari ni, datang sekolah PUN masih tak ada apa2 yang berlaku. Kat rumah pun, baik2 saja... Aku harap aku TERIMA berita gembiralah selepas ini. Apa2 jelah asalkan debaran aku berakhir. Lately, apa yang aku agak, benar2 belaka... Semoga apa yang aku mahu dikabulkan. Oh ye, ejaan aku pun kebanyakkannya semakin tunggang langgang. Keyboard ok je... Jari2 aku dah keras agaknya? Mesti nak salahkan jugak benda2 lain kan? Padahal diri sendiri yang bingung, serabut fikir yang bukan2... Haaaa, KANTOI! Fikir apalah agaknya tu? Itu simpan sendiri sudah... Dan sekarang aku tengah bosan yang amat sangat. Selalunya Rabu adalah hari paling sibuk setiap minggu... Minggu ni entah kenapa macam tak ceria je ek?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Putri Ramlan said…
part ejaan tunggang langgang tu tiada siapa berhak judge. ini kerana awak menulis dari hati dan perasaan awak ketika itu kan? :)
Putri Ramlan: yes, u r rite, sis...kalau menulis dari rumah yang sikit parah sebab keyboard keras ya hamat! grrr!!!

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!