Skip to main content

Kisah Seorang Pembantu Lab Komputer...

Salam...

Lama ke aku tak update ni? Tak...kan? Duduk lab seharian tapi macam best je layan FB. Nak2 seminggu ni budak xm pertengahan tahun + 2 minggu cuti starts next week. Nasib aku pun diberi cuti. Hahaha...suka...

Pagi2 setiap hari kecuali Sabtu n Ahad aku masuk kerja pukul 8am (kadang hampir2 nak ke pukul 8am baru sampai tempat parking, ada jugak terlepas pukul 8.10am jugak), naik ofis pegi bilik CC amek kunci sebalik pintu lepas tu turun balik terus ke ICT Lab 1. Mula2 sampai keje dulu, aku rasa nak menangis sebab aku rasa tak percaya aku nak keje, rindu lepak2 kat rumah tapi lepas 2-3 hari aku ok. Selalunya tiapkali nak mula keje kat tepat2 baru memang aku jadi macam tu...mengada2 lebih...

Mula2 dulu keje kat situ (sekolah ni), aku memang tak tahu apa2 langsung sebab aku takut nak buat apa2 lebih2. Tapi bila dah diberi kebenaran untuk gunakan internet, aku pun mulalah guna... Kira bebas jugak walau bosan sebab sorang2. Masa mula2 berdepan dengan kelas yang diadakan kat lab, aku memang tak tahu apa nak buat. Lepas sorg cikgu ICT tu terangkan gitu gini barulah aku buat ikut arahan dia.

Lepas tu aku pun mulalah tolong apa2 yang patut bila ada kelas esp. kelas ICT. Budak2 ni ada yang terlalu pandai sampai semua benda nak diubahnya kat PC yang diorang gunakan. Buat macam kat rumah diorang je. Ada tu memang tak tahu apa2 langsung. Dan aku pulak sekali aku tunjuk dan diorang tak faham, aku mulalah nak marah. Padahal dah memang aku kena tolong tunjuk cuma tak bolehlah lebih2.

Bila kelas yang hanya menggunakan LCD/Projector je pulak, budak2 ni macam diserang satu rasa yang sangat teruja setiap kali masuk sini (aku ada buat entri pasal ni). Sangat2 bising (sama je dengan budak2 kelas Bahasa Arab dan ICT)... Best sebab kat sini ada aircond agaknya. Memang lab ni sentiasa sejuk dengan aircond...hahahah.

Kebanyakkan daripada budak2 ni tak makan saman bila aku tegur atau aku pandang je apa yang diorang buat. Suka sangat main2 kerusi, main2 headphone (kalau bukan kelas ICT). Bila aku pandang dan diorang buat tak tahu atau tak faham langsung, aku saja2 jalan sebelah diorang atau duduk sebelah diorang. Ada jugak yang dah tahu tapi dari jauh dia buat jugak. Lagi aku kata jangan main, lagi drioang suka nak buat.

Bukan aku je penat cakap, dengan cikgu2nya sekali dah penat nak cakap. Cikgu tegur yang depan, yang belakang pulak tunjuk belangnya. Rasa nak gigit2 je budak2 ni, nasib baik comel2 je... Kalau aku suka kat sekumpulan budak2 ni, aku akan tegur dengan berhemah dan ajar diorang sikit2 tapi kalau yang agak degil tu aku buat tak layan sangat je... Tapi bab2 nak belajar tu aku memang tunjukkan jugak tak kiralah dia comel ke, baik ke, nakal ke...

Memang kalau diorang tengok muka aku yang tak ada reaksi, masing2 macam takut je nak cakap apa2, mintak apa2. Nak mintak pen pun, aku dengar sayup2 je... Kejam ke aku? Nak ajar sikit2 je, tak banyak pun. Kalau aku nak balik atau ke tandas yang jauh tu, aku ada jugak disapa dengan diorang... Ada semalam budak yang selalu masuk time ICT ngan kelas Bahasa Arab tegur aku...aku terpandang la pastu dia kata "eh, makcik la...". Suka hati kamulah, makcik ke, acik ke, cikgu ke, aunty ke... Penatlah...

Kadang2 balik rumah atau nak hantar mak g kolej aku cite pasal budak2 ni...mak cakap kenapa marah diorang, budak2 tu kan comel2... Entah ek? Marah sebab diorang buat salah je, taklah lebih2 mana pun. Bukan macam masa aku mengajar budak2 mengaji masa kat Serdang dulu. Habis kene jerit je kalau salah sebut... Tapi tak pernah lagi sampai mencuit budak2 tu... Jangn buat pasal sebab zaman sekarang ni budak2 lagi advance, kene cuit sikit mengadu. Kene marah pun mengadu jugak. Tu pasallah budak2 ni berlemak2 buat macam2 hal kat sekolah.

Hoyeh2, Jumaat last sekolah n keje... Then aku cuti sampailah budak2 ni naik sekolah semula. Aku cuma perlu masuk keje dalam 2 hari je masa cuti tapi tak perlulah tunggu sampai pukul 2ptg...sebab sebelum diorang masuk sekolah aku kenelah kemas apa2 yang patut. Apa nak buat sepanjang cuti selain siapkan laman web dan part time? Sabtu & Ahad ni aku ke KL jalan2 dengan sepupu2 dan tengok anak buah...

futnot: untuk yang jauh di mata tu...adakah anda berpuas hati dengan entri ini? Maaf kaalu2 lambat update...hihihi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

from christchurch with love said…
alamak..kene perli plak..kekeke
from christchurch with love: hehehe...bukan selalu pun kan? apapun tq sangat2 sebab selalu amek tau pasal dee!
susudalambotol said…
budak2 skrg mmg tak makan saman kan.
susudalambotol: memang pun...makin kita marah makin dibuatnya...sakit je hati tau...

Popular posts from this blog

Sabarlah sayang. Redhalah wahai hati.

Assalamualaikum, Mencari damai di hati Yang mengerti cuma hati Paling atas Allah Maha Satu. Rindu terpaling sakit Nak tahan bukan mudah Walau selalu pujuk hati Tapi, masih tak mampu Bukan tak cuba Tapi selalu kalah Aku bukan sengaja Tapi aku belum mahu Mampu! Bercakap saja Paling senang Tapi nak buat Tak mudah tahu? Kalau ikut hati aku memang nak Tapi apalah kudrat yang aku ada? Kalau paksa dia untuk balas rasa ini Kau rasa dia sudi tak? Kalau sudi, bertahan tak? Kalau cuba dengan uasa untuk pertahan Sampai bila? Kita manusia biasa je Nak pupuk rasa pun tak senang Kalau dia rasa terpaksa Kalau dia fikir dia lebih layak dengan yang lain Bukan tak pernah cuba jauh Tapi aku yang kalah Sebab? Dia sendiri Seolah tahu apa dalam hati aku Tapi aku juga yang sakit Ya Allah! Betapa aku selalu lupakan Kau Aku tahu ini tandanya Kau tak pernah lupa aku Aku mesti redha Aku kena terima apa adanya Aku kena belajar jadi matang Dan tahun yang baru ini Aku perlu

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da