Skip to main content

Medical Certificate @ Medical Checkup?

Salam...

Hari Jumaat yang paling bosan sangat dalam hidup... Bosan sebab malas nak siapkan kerja. Takde kerja, minta kerja...bila dah ada kerja mulalah macam2 alasan yang datang. Tapi setiap manusia ni memang ada masa akan rasa MALAS nak siapkan satu2 kerja. Ada masa kita akan rasa PENAT sangat... Tapi bila dah SELALU rasa camtu, something wrong somewhere tu...

Contohnya masa aku part time kat klinik. Aku jarang2 masuk klinik (bila ada yang masuk petang) jadi kadang2 aku tak dapat cam muka orang2 yang dikategorikan sebagai muka MC... Hehehehe... Ada jugak yang kita tengok dia JARANG ambil MC. Kawan2 klinik selalu kata dan terangkan orang2 yang diorang aim tu macam mana rupanya. Kalau rajin, semua pun akan usaha untuk aim... Ada masanya kitorang biarkan saja. Tengok jugaklah jarak antara cuti2 yang diorang request...

Dan jangan ingat semua doktor tu sudi nak beri MC kecuali diorang malas nak BERTEKAK dengan para pesakit. Sori doktor...hehehe. Kenapa mesti ada perbincangan dulu sebelum dapat atau tidak MC tu?

Sebab yang Pertama - andai kata patient yang datang tu punya panel di klinik ini (mana2 klinik pun tak kisah) dan bila dikira2, dihitung2, dibilang2, ditengok2 MC yang PERNAH diorang ambil (atau doktor yang beri) dan kita dengan SENANG hati bagi (dengan persetujuan doktor yang sedang bertugas) LAGI... dan panel2 diorang kerja call dan tanya KENAPA beri pekerja2 (patient) tu MC? Bila ditengok2 balik kad, rupa2nya dia memang banyak MC. Jadi sebelum jadi hal2 seperti yang telah dinyatakan, adalah lebih baik MC itu tidak diberi tanpa sebab2 kukuh.

Sebab yang Kedua - ini yang betul2 perlukan MC. Maksudnya bukan patient itu yang minta pun. Ada orang dia memang TAK MAHU MC sebab kalau kilang2 biasanya gaji akan ditolak kalau MC, ambil ubat atau jumpa doktor. Itu prosedur tempat diorang bekerja la... Dan kebiasaannya pekerja2 dari luar yang akan hadapi hal sebegini. Kadang2 sampai doktor pulak yang insist suruh ambil MC. Tapi kalau patient TETAP tak mahu, tak apalah.

Ada lagi, kenapa kita ni pulak yang risau2kan diorang MC atau tak... Kalau panel memang kitorang akan BERHATI2... Macam sebab2 kat atas la. Melainkan kalau diorang tu CASH... Itu dah jadi lantaklah... Taklah lantak terus SEBAB apa2 hal yang jadi NANTI, kita semua yang bekerja pada hari MC tersebut dikeluarkan akan dicari dan ditanya KENAPA dan MENGAPA? Dulu kat klinik lama, aku jawab call seorang BOSS yang tanya kenapa pekerja dia banyak sangat MC. Apa jawapan yang kukuh? Selalu orang MC sebab dia sakit kan?

Dan nak dijadikan cerita, BOSS tu ceritalah yang masa staf tu kerja cawangan KL dulu, selalu dan terlalu MUDAH dapat MC. Rupa2nya alasan staf tu, doktor yang beri. Laaaaa? Itu je jawapannya? Dan Sivaji The Boss (bos dia Melayu) pun suruhlah kami2 semua ni pantau MC staf dia. Tak mahu berlaku perkara yang sama sekali lagi. Aku pulak dengan BAIK HATI tulislah kat kad patient untuk perhatian para doktor dan staf2 klinik yang lain. Alih2 KANTOI dengan wife patient... Hahahaha. Bukan KANTOI apa, cuma lain kali (peringatan untuk semua) kalau nak tulis apa2 kat kad tu, tulislah kecil2...guna pen je...

Nasiblah baik the patient tak cakap apa2... Tu la kan, kalau buat apa2 kesalahan PASTI akan diketahui jugak nanti. Kadang2 bila ingat2 balik bila doktor PENAT cakap yang the patient TAK BOLEH MC tapi patient tu sungguh2 nak MC sedangkan dia tak sakit. Tapi kenapa dia ke klinik? Sebab dia sakit cuma biasa2 je dan TAK PERLU MC. Ragam manusia ni macam2, kan?

Aku pernah tanya doktor, kenapa MC yang post dated (hari sebelum kita datang jumpa doktor tapi kita dah MC) tak dibenarkan beri? Ini jawapan semua doktor2 tau, walaupun aku hanya tanya seorang doktor je...maksudnya aku cuma tanya kenapa je (doktor2 lain tak cerita secara lanjut sebab aku suka menyampuk) dan jawapan yang diberikan memang sama...

Pernah dulu jadi satu kes dimana seorang suspek yang membunuh telah datang pada hari dia telah melakukan jenayah BUNUH di sebuah klinik (klinik mana, aku tak dimaklumkan) untuk mintak MC. Jadi, tak ada orang boleh tuduh dia membunuh SEBAB MC telah dikeluarkan pada tarikh dia membunuh tu... So, no post dated MC dibenarkan untuk diberi pada patient TAPI tarikh akan datang tu dibenarkanlah... Maksudnya disini, tarikh keesokkannya dibenarkan (bukan pilih tarikh macam kau nak pilih cuti AL kau tau)... Paling lama MC dibenarkan pun 2hari je. Kalau sakit tak baik2 jugak, admit kat wad je...

Dulu, aku pernah hadapi hal sebegini bila aku di tempat patient (aku adalah patient). Tapi aku BUKAN orang yang SUKA2 tak pergi keje atau MC. Unless the doctor give me the MC. Wah, skiping la pulak... MC bila perlu je eg; DEMAM ke...bolehlah... Ada tu aku TEST je tanya doktor, boleh MC ke doktor? Doktor tu lelaki n dia jawab "doktor bagi MC ye"... Kacang gila... Aku bukan pandai nak buat2 MUKA sedih ye... Aku dah siap2 cakap dalam hati kalau doktor tak bagi MC, aku tak KISAH pun... Sepupu aku pernah kata satu klinik kat KL, patient cakap je SAKIT@ badan, iAllah doktor tu akan bagi MC punya...

Kenapa aku tiba2 menulis pasal MC? Ini perspektif dari kedua2 belah pihak. Patient dan staf klinik (termasuk doktor2 sekali)... Tiada berbelah bagi punya entri aku bagi hari ni tau. Untuk panduan bersama. Ini pun aku ragu2 nak keluarkan TAPI untuk bagi semua orang FAHAM jadi aku keluarkan saja... Harap2 tiada salah faham antara aku dan semua. Hanya untuk panduan SAJA! Dah semua boleh kembali ke meja masing2 DAN teruskan kerja2 yang ditinggalkan tadi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...