Skip to main content

Ketika CINTA Memanggil...

Salam...

Tak lama kan aku tinggalkan blog? Aku kan tak boleh blahkan diri kalau tak menulis. Ini hanya untuk mengisi masa lapang je walaupun sebenarnya tak selapang mana masa yang aku ada. Dan sebenarnya jugak, minggu ni adalah minggu untuk aku pulun habis2an siapkan satu projek (sekolah pun main projek2 sekarang?)... Jumaat lepas segala2nya bermula bila aku dipanggil ke pejabat. Tiba2 aku jadi seram sejuk pulak. Macam orang bersalah gitulah...

Rupa2nya nak suruh aku siapkan laman web sekolah. Suruh siapkan untuk kegunaan sekolah dan orang2 luar yang ingin tahu pasal sekolah ini dan KEBETULAN (yang telah ditakdirkan) pulak selepas daftar, kementerian hantar surat untuk masuk pertandingan. Sumbit date - 17 Mei 2009 (Ahad)... Tiba2 hari ni diorang kata yang diorang rasa tak jadi masuk pulak. Yelah suntuk sangat masanya. Aku pun dah bincang dengan webmaster lain untuk website yang lebih proper...sekarang tengah tunggu proses seterusnya je...

Status aku yang terkini... Bercampur Baur. Semua rasa ada dalam diri aku sekarang. Sampai keliru dengan diri sendiri, tak tahu nak fikir apa lagi. Minggu lepas badan rasa tak best, panas on n off je. Tapi selsema dengan batuk sampai sekarang ni masih ada saki baki cuma tak seteruk 2-3 hari kebelakangan ni. Hari ni terasa kurangnya selsema tapi semalam memang rasa ketat je dada ni. Nak bernafas kena betul2 tarik lepas tu lepaskan. Dan yang tak bestnya bila hati aku pun rasa tak best sama. Kenapalah dengan aku ni ye? Bila melayan rasa memanglah akan jadi tak senang tidur dibuatnya...

Dan sebab lambat tidur jugaklah membawa kepada aku yang lewat bangun. Pagi ni je aku bangun pukul 7 am. Gile la... Kalau ikutkan aku masuk keje pukul 8 am tapi sebab jarak sekolah dengan rumah+hantar mak ke kolej dulu, lagi lambatlah. Kadang2 tengok jugak bila memandu. Kalau drive baik sangat, tunggu orang lain jalan dulu (padahal kita boleh mencelah2), bertambah2 lambat jawabnya. Dulu2 aku seorang yang sangat BAIK... Bukan pujian 0 semata tau. Sampailah kawan sepejabat (merangkap bos kecik kat opis) yang ajar aku celah2 bila memandu. Masa memandu pun aku boleh mengelamun jauh tapi dalam keadaan yang sedar diri la... Maksudnya aku mengelamun dan memandu... Teror tak aku? Clap2...

Itu perbuatan yang sangat MARABAHAYA... Sekarang tak sempat nak mengelamun pun... Kiri kanan kereta suka sangat berasak2... Ha... Aku dah tak terasa beban sangat sebab tadi kan awal2 entri sekolah kata (advance nya, sekolah boleh bercakap2???) siapkan website BUKAN untuk pertandingan. PERHATIAN untuk kamu2 yang telah saya ganggu masanya, buzz berkali2, ym tak sudah2 SEMATA2 nak tanya pasal hal yang berkaitan dengan website sekolah ini, aku ingin MOHON ampun dan maaf sangat2... Lebih 5 orang yang aku ganggu... Maaf sangat2... Aku cuma mahu bertanya andai kamu semua dapat bantu aku... Akan2 datang masih lagi perlu bertanyakan kamu MUNGKIN. Janagn SERIK ye?

Minggu lepas HARI IBU, Sabtu ni pulak HARI GURU. Kalau Hari IBU aku tak bagi apa2 pada Mak... Hari GURU ni pun rasanya tak BAGI apa2 jugak kot... Oh ye, mak kami pun CIKGU... Hehehe... Ada kawan yang dah pun raikan sekaligus dua2 HARI BESAR tersebut. Buat entri sajalah lagi kot? Dan aku baru je diberitahu Sabtu tu jugak adalah Hari JURURAWAT Sedunia... Kita lihat sajalah nanti ye?

Doakan aku semakin tenang dengan kehidupan harianku ye? Kadang2 terasa macam MAHU mati... Bukan kehendak TAPI terasa saja. Terasa apa je yang aku buat lately macam aku ni BUANG TEBIAT pulak ke? Aku masih banyak perkara yang belum selesai dalam hidup ni... Istighfar banyak2... Aku teringat kata2 Waheeda satu masa dulu bilamana dia jugak selalu rasa dan fikirkan MATI... Dan sekarang aku pulak rasa apa yang dia rasa dulu. Moga2 kerana ingat MATI aku selalu ingat DIA yang telah menjadikan aku sejak sebelum aku dilahirkan ke dunia. Moga2 aku selalu semakin DEKAT dengan DIA... Amin3x, Ya Rabbil 'Alamin...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Putri Ramlan said…
sabtu ni hari guru. maka saya kena sambut juga utk mummy saya. dia cikgu bahasa inggeris :)
Putri Ramlan: oh ye ke? samalah kita...mak2 kita adalah GURU pertama dalam hidup dan juga CIKGU TERBAIK...untuk kita semua...
susudalambotol said…
dah bertahub tak sambut hari guru :P
susudalambotol: tinggalkan sekolah pun dah lama kan? huhuhu...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...