Skip to main content

Apalah Maknanya?

Salam...

Entri ini hanyalah sekadar luahan aku tentang hal lama yang pernah SINGGAH dalam hidup aku DAN aku masih INGAT lagi sampai ke detik ini. Malas nak buat intro yang tak best... Yang penting sampailah sekarang aku terfikir dan tertanya kenapa? Mengapa?

First sekali, aku yang emel dia dulu. Konon2 nak berkenalanlah ni. Poyo gile aku rasa bila ingat2 balik... Takpe2, ini sekadar mengingatkan dan teringat je. Lepas dah 2-3 kali emel balas berbalas, dia pun mulakan dengan emel aku lagu... Aku ingat lagi lagu pertama yang dia emel kat aku - Destinasi Cinta by Far East... Tak hagak2 punya lagu dibaginya. Dah le tak pernah dengar lagu tajuk ni versi nasyid (selama ni tahu Siti Nurhaliza je ada lagu yang sama tajuknya)... Kata dia tu lagu lama...dinyanyi semula...

Disebabkan inbox khas untuk emel2 dari dia dah aku selamat BUANG, makanya aku cuma boleh ingat sikit2 je. Lepas tu selalu jugaklah berhubung macam mana aku selalu tinggalkan komen atau apa2 pesanan kat shoutbox blog dia... Mula2 kenal dari blog dan terus jadi kawan SELAMA 3 tahun... Fuh! Lama betul? Bukanlah maksudnya sekarang aku DAH tak kawan dengan dia tapi tak serancak dulu lagi... Kenapa ek? Aku pun takde jawapan yang spesifik...

Ok, sambung semula kepada lagu2 yang dia pernah emelkan kat aku... Lagu kedua kalau tak silap akulah (sebab dah buang so, memang betul2 lupa lagu2 yang dia emel walau taklah sebanyak mana pun) hmmm, tak dapat recall pulak... Yang ke3? Rossa kot? Terlalu Cinta... Lupalah pulak... Siap tanya lagi "apa rasanya kalau Terlalu Cinta kat seseorang?"... Aku jawab sekadar yang aku tahu tapi sangat berjela2... Lepas pada tu (selepas sesi meluahkan rasa - aku memang sengal gile2), dia jawab sikit then emel lain yang dia bagi aku - lagu Berdua Lebih Baik...

Pada mulanya dia emel lagu2 tu semua, aku MALAS ambil pusing pun. Tapi, HATI perempuan kan? Lama2 tertanya2 jugak (sampai sekarang tertanya2 lagi) dan MACAM terdetik kat hati SUKA pulak dengan cara dia emelkan lagu2 tu semua... Sampai SATU masa dulu aku buat 1 entri pasal hal ni. Tiba2 masuk ke emel aku lagi, lagu yang masa tu MACAM best je dengar (dia bukan setakat bagi lagu tapi siap dengan liriknya (mp3 lagu tu) sekali...). Bukan Permainan - Gita Gutawa yang cute tu... Aku AGAK2 dan MEMANG RASA lagu tu benar2 ada kaitan dengan entri aku yang 1 tu...

Dan sebelum aku terlupa, dia ada emel lagu Cahaya Cinta - Siti Nurhaliza (masa tu memang aku cari2 lagu tu+masih hangat lagi lagu tu kan...Siti baru kawen)... Dan lagu terakhir yang dia emel aku lepas lagu Gita Gutawa tu, Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta... Macam kisah hidup pulak pembuka dan penutupnya lagu yang lain tapi tajuk dan penyanyinya saja yang lain... Dah le semua lagu2 yang dia emel, aku memang suka sangat2...

Sekarang ini, persoalan yang selalu bermain2 kat kepala otak aku ni... Salah siapa? Kenapa dia bagi aku lagu2 tu semua? Adakah aku salah SEBAB tersuka dengan cara dia? Mungkin pada dia, semua ni biasa2 je TAPI tidak bagi aku yang lama-kelamaan tiba2 suka dia? Dan tiba2 dia HILANG macam tu je... Bukanlah lepas aku emel dia yang aku 'suka' dia tu...Jarak antara luahan aku guna emel sampailah dia hilangkan diri tiba2 adalah sangat2 JAUH!

Dia hilang tanpa apa2 khabar. Emel2 aku dah tak dibalasnya macam dulu2... Setakat aku je pergi blog dia dan selalu komen apa pun yang dia tulis kat blog. Lagu2 pun dia tak emel lagi TAPI aku pulak yang emel dia lagu2 yang KONON2 nak kongsikan dengan dia... Tapi masih je sama, tiada balasan apa2... Dan disebabkan dia SENYAP tiba2, aku emel jugak lagu (tapi BUKAN aku yang nak sangat emel sebab aku BUKAN jenis yang suka nak emel2 lagu ni...)... Dan dia jawab untuk kesekian kalinya. Ini pun sebab entri kat blog dialah...

Dan disebabkan tindakan dia yang tiba2 itulah yang membuatkan aku RASA nak jauhkan DIRI (walau dia dah lama mulakan dulu)... Selepas dinasihatkan beberapa orang termasuklah orang yang aku COP sebagai pengadu tu... Aku cuba dan berjaya selepas SETAHUN... Mula2 aku SUSAH nak lupakan sebab KONONnya suka yang terAMAT sangat punya pasal...

6 bulan yang pertama, kawan suruh HILANGKAN diri dan CUBA lupakan dia TAPI aku tak buat apa2 langsung... Lepas dah terasa BODOHnya diri BARU aku buat betul2. Mula dengan membuang gambar2 yang aku cilok senyap kat blog dia... kat FS dia... Tapi lepas tu aku AMBIL semula... Dan segala2nya bermula SEMULA dengan cara yang sama. Aku tak gatal2 tangan sms dia lagi, emel2 dia lagi atau apa2pun. Aku SUDAH BERJAYA... Amin!!!

Dan sekarang ni kat inbox emel takde lagi nama dia KECUALI YM je. Sekarang memang tak RASA apa2 langsung walaupun andai PUNYA MASA, aku YM dia DENGAN niat TAK lebih dari BERTANYA sesuatu yang aku tak faham - that's it! Kalau tak, tak de masa aku nak tegur dia. Last sms dia pun masa ucap selamat untuk PERNIKAHAN dia... Dia ada jemput aku datang TAPI tak terujalah pulak nak ke MAJLIS dia. Bukan tak sanggup nak BERSEMUKA, hati yang tak mahu... Dan satu perangai dia yang aku TAHU/NOTICED, kalau dah terlalu lama aku tak SMS, dia PASTI akan balas CUMA lepas 2-3 kali dia TAKKAN BALAS lagi... Mula2 kenal dulu, memang galak dengan sms2 ni semua...

Sekarang dia hanyalah SEJARAH dan PENGAJARAN untuk aku di MASA2 akan datang. Pengalaman Hidup Itu Mendewasakan Kita Semua...betul? Aku dah TAK menyesal tapi sesekali aku MEMANG ingat semua benda2 ni dan SUATU masa nanti MUNGKIN aku akan terus LUPAKAN semuanya kot? Aku sendiri KURANG PASTI. Harap2 aku tak lalui lagi hal2 yang sebegini... BUKAN serik tapi rasanya aku LEBIH selesa dengan BERSUA depan mata dan puas HATI dengan cara yang begitu. Takde MANUSIA yang melalui cara yang sama bila bertemu JODOHNYA...

Kalau dah diTAKDIRkan untuk kita, ITU jodoh kita...kau elaklah macam mana sekalipun ITU tetap kau yang punya! Dan ANDAI dah memang ITU jodoh kita, ALLAH telah tetapkan hati2 kita semua ini dan segala2nya pasti BERJALAN dengan BAIK sekali. Percayalah WALAU aku bukan PENASIHAT yang baik... Dan apa2 UJIAN yang datang hanyalah INGIN menguji SAMA ada akan menDEKATkan kita atau semakin menJAUHkan kita dari PENCIPTA kita? Segala yang BAIK semuanya datang dari DIA... Sebaliknya yang LEMAH itu datang dari aku jugak...yang tak sempurna segala segi ini. Satu lagi, APA pun yang jadi ADALAH ketentuan DIA jugak.

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...