Skip to main content

Syurga Cinta!

Salam... (tarikh sebenar menonton - 23 Mei 2009)

Memang disarankan untuk menonton, tak kiralah kanak2 ke, mak ayah ke, veteran ke, golongan remaja ke... Sangat2 sesuai sebab segala rasa, emosi semua ada dalam satu filem dan paling penting kita TAKKAN ada rasa bosan atau KOSONG... Setiap minit dan saat kita disulami gelak ketawa, teruja, rasa nak tahu, rasa sedih pun ada...

Kombinasi paling best antara Awal (Irham), Hadziq (Ikmal) dan Heliza (Cikgu Syuhadah)... Tak BOSAN langsung tengok cite (ini pendapat aku secara peribadinya)... Banyak yang kita boleh pelajari dan contohi dari filem ni. Walaupun pada mulanya aku ingat cite ni copycat dari filem Kiamat Sudah Dekat, tapi bila dah tengok sendiri barulah aku tahu dan faham...
Selingan - peristiwa sebelum menonton! Aku dah booked 3 tiket untuk menonton Night @ The museum II kat GSC via sms... Bila datang kat pawagam, aku pun dengan berat hati tunjukkanlah sms aku kat cashier bahagian booking ticket. Dia mungkin baru lagi so dia rujuk dengan rakan sekerja. Aku dengan abang (adik ke2) je yang pergi masa tu. Kawan dia pun tak tahu sebab bila cek2 bukan nama aku yang keluar dan no. telefon aku pun tak ada kat sistem diorang.

Diorang pun panggilah bos yang bertugas masa tu. Dan selepas beberapa ketika, bos dia kata kat atas sms tu tulis GSC tapi yang kitorang pergi tu TGV... Aku memang dah gelak2 dan pekerja dia pun gelak sama... Hawau betul aku masa tu rasanya. Malunya aku!!! Boleh ke booked kat GSC tapi g TGV? Sengal gila... Lain kali periksalah betul2 ye... Dan2 tu terus beli tiket Syurga Cinta sebab staf tu kata dah alang2 aku kat depan dia takkan nak beratur2 pulak kan? Kononnya Ahad tu nak le ke Terminal One, Seremban sebab (pelakon2 Syurga Cinta turun sana) alih2 cancelled sebab aku part time lama sangat... Tapi serius aku akan tengok lagi movie tu dan kalau keluar DVD movie tu aku nak beli...simpan buat kenang2an... Tunggu ye???

Dan bila aku tengok, aku rasa diri aku terlalu kerdil teramat sangat. Selalu aku mencari kesempurnaan orang lain (lelaki) untuk aku jadikan teman TAPI aku tak sempurna pun. Tahulah aku dan fahamlah aku apa maksud tersirat di sebalik filem ni. Terkadang aku terfikir yang aku perlu sempurnakan diri sebelum mencari lelaki yang sempurna TAPI hakikatnya kalau mencari kesempurnaan hanya untuk memuaskan hati orang lain, tak ada apa yang kita dapat... Berubah kerana diri sendiri adalah yang terbaik...

Aku fikir jugak ADAKAH sebab aku selalu rasa diri tak baik dan aku juga takkan dapat seseorang yang bernama lelaki untuk aku dampingi? Atau adakah aku PERLU cantik untuk memikat hati lelaki? Bak kata Cikgu Syuhadah, "Harta dan kecantikan takkan selamanya bertahan...". Itu benar! Lelaki kalau nak mencari yang sesuai, cubalah kenal wanita itu dari hatinya BUKAN rupa semata2... Dan RUPA itu (kecantikan) adalah BONUS... Kalau hari ini kau kata dan kau puji wanita yang ingin sekali kau jadikan sebagai suri hidup kau, akan2 datang PERKARA yang sama jugaklah yang perlu kau katakan...

Bukan hanya kerana nak AMBIL hati semata... Atau perempuan2 lain atau wanita2 lain lebih CANTIK dari apa yang kau dapat... Ada lelaki dapat perempuan2/wanita2 yang hatinya BAIK dan CATIK perilaku tapi JARANG bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Ada tu dapat yang CANTIK muka dan penampilan tapi perangai NA'UZUBILLAH... Menakutkan je melihat dan mendengar. Ada yang sebelum kawen memuji melangit SEBAB makwe tu kurus, cantik, slim dan sebagainya TAPI lepas kawen MALU pulak nak kenalkan, hebahkan pada kawan2 itu ISTERI yang pernah dia sanjung satu masa dulu sebab? Sekarang si isteri dah GEMUK, BERISI... Apa maknanya kalau macam tu?

Aku tak boleh nak cakap lebih2 sebab aku belum lalui semua perkara yang biasa berlaku depan aku, belakang aku, kanan aku dan kiri aku... Nanti orang kata aku pulak yang kena balik. Apa2 jelah TAPI aku suka dapat pengalaman dari kawan2 sebenarnya. Harap2 aku dapat atasi apapun yang bakal berlaku nanti. Pengalamanlah yang mengajar kita sebagai manusia untuk menjadi lebih dewasa...! Jadilah wanita/perempuan2 yang TAHU menjaga diri dan adab sopan sepanjang hidup. Jadilah juga seorang wanita/perempuan2 yang TIDAK mudah untuk didampingi kerana HARGA diri seseorang wanita/perempuan2 itu SANGAT2lah tinggi nilainya.

Jadi seperi sebiji EPAL yang kedudukannya amat sukar untuk dipetik berbanding epal yang terlalu rendang dan sangat mudah untuk diambil... Jangan terlalu mudah memberi dan membuka pintu hati untuk/pada lelaki2... Kerana bila kita beri hati kita pada manusia, acapkali juga ia hancur oleh manusia sebaliknya berilah hati yang telah hancur itu kepada DIA, nescaya akan dijaga dan dipulih baik2 olehNYA...

Aku mahu jadi seperti wanita/perempuan2 yang sangat sukar hatinya terpaut pada seseorang lelaki tetapi manusia biasa macam aku...mudah sangat terlalai...mudah sangat suka pada lelaki. Itu perkara normal TAPI bila ada masanya aku terasa TERLALU perlukan lelaki, aku sendiri terfikir adakah benar2 perasaan aku tika ini? Adakah sekadar ujian untuk melihat aku ini mudah atau tidak jatuh hati pada lelaki? Adakah ujian untuk melihat sama ada dengan rasa yang aku rasa sekarang semakin mendekatkan aku dengan PENCIPTA atau lebih menjauhkan aku dariNYA?

ISTIKHARAH...

Teringat aku tentang satu kisah mengenai Solat Sunat Istikharah... Ini berlaku pada aku sendiri di mana satu masa dulu (waktu belajar di kolej), tiba2 aku berhadapan dengan satu peristiwa dengan rasa yang aneh... Cuma aku perasan semua itu selepas tamatnya semua peristiwa tersebut. Mulanya begini, waktu tu aku hadiri kelas macam biasa. Tapi masa tu entah macam mana tiba2 lecturer kami ketika itu tiba2 ambil berat pasal diri aku...

Mulanya memang aku tak noticed langsung perlakuannya sebab aku tak rasa apa2 (nampak sangat bendulnya aku ni...). Sebab biasanya dia suka mengusik dan melayan usikan kawan yang seorang tu. Dia tiba2 tanya aku, "awak ok tak? nampak tak apa yang saya tulis ni?"... Aku jawab, "nampak..."... Memang betullah aku kerut dahi sebab biasanya petang2 kalau mengantuk ke memang pandangan aku akan jadi double/rabun yang teramat sangat. So petang tu memang kerutan dahi aku jadi luarbiasa... Aku biasalah cuma orang yang memandang je rasa pelik tengok aku macam tu... Dan kesekian kalinya dia tanya soalan yang sama kat aku, "awak betul2 nampak ke ni? kalau tak nampak, duduk kat tenagh ni..."...

Sampaikan masa aku pindah ke tempat di tengah2 kelas, aku pulak risau kawan2 pulak tak nampak apa yang dia tulis kat papan... Maklumlah aku ni besar, dan akan melindungi kawan2 dari tak nampak sebiji tulisan pun kat papan tu... Tapi kawan2 tak bersuara langsung atau menidakkan apa yang dia suruh. Aku pun ikut kata dia sebab dia lecturer kami masa tu. Lepas beberapa hari, kami ke kelas dia lagi dan kali ini di tempat yang lain pulak... Sebelum sampai ke kelas, aku berjalan dan bila nak masuk ke tangga, tiba2 kawan yang tak berapa rapat menegur, "awak nak tahu siapa nama bakal isteri sir?"... Aku terdiam dan terkedu tapi tak balas apa2 lagi... "hidayah..."... "ooo, ok..."... Aku? Tak terkata apa2 sebab BUKAN aku terkejut tapi apa motif dia beritahu aku semua ini?

Dan aku ikut kawan2 lain berjalan dan naik tangga untuk ke kelas. Tapi sebab meja hanya ada 3 buah setiap baris, aku terpaksa berada jauh dari kawan2 baik yang dah pun mengambil tempat2 masing2. Dan tiba2 lecturer kami tu tegur dan suruh aku pindah ke depan...paling depan dan menghadap meja dia... Aku terkejut dan kawan2 juga turut sama terkejut dengan arahan dia tu. "itu kan tempat duduk ***** sir?", seorang kawan menegur. "tak apa, awak duduk depan ni...". Aku tak berganjak langsung sebab berbelah bahagi. Dan seorang lagi kawan kelas menegur, "kenapa hidayah kena duduk depan pulak sir?"... Last2 dia biarkan aku duduk di tempat yang aku dah pilih mula2 tadi...

Dan masa nak balik lepas tamat kelas dia, dia suruh aku ke bilik dia untuk ambil kad dari lecturer lain untuk disampaikan pada bekas cikgu lecturer lain tu. Masa nak ke bilik dia, aku seorang2 saja tetapi sebelum ke bilik dia, dia berjalan sebelah aku sambil berbual2 sikit, "macam mana sir ***** kenal cikgu tu ye?"... "dulu dia bekas murid cikgu tu"... "oh!"... Sebenarnya dah lama sepatutnya aku ke bilik lecturer lagi satu tu untuk ambil kad raya untuk diberi pada bekas cikgu dia TAPI aku sangat malu dan segan untuk ambil semata2 kad tu... Jadi, dia sampaikan pada lecturer yang ini je.

Sesampainya aku kat depan bilik lecturer ni, seorang lecturer lain tegur (dia jugak ada kena mengena dengan bekas cikgu yang aku sebutkan tadi) macam nak marah aku je. "sir ******** yang suruh saya tunggu kat sini"... langsung the lecturer diam tak cakap apa2 terus masuk bilik dia... Itulah aku bila gugup atau nervous atau tiba2 orang nak marah aku, aku akan jawab dengan cara paling tak berhemah tu... Nasiblah kamu2 semua... Dan bila the lecturer sampai dan masuk dalam bilik dia untuk berikan kad tu... aku pun ambil dan blah dari tingkat tersebut.

Tau2 je minggu depannya seorang kawan yang pernah sebilik dengan aku dulu beritahu satu perkara yang mana the lecturer dah pun selamat nikah dan kawen dengan one of his student satu school dengan kami tapi lain course yang namanya sama dengan aku!??? Aku sangat terkejut dan tiba2 teringat peristiwa2 yang berlaku pada aku sebelum tu. Patutlah dia seolah2 cuba untuk dekat2 dengan aku, tanya aku macam2, suruh aku macam2... Memang pelik perangai dia masa tu cuma aku je tak perasan kenapa...

So, aku dah fahamlah kenapa dia begitu. Kata kawan ini lagi yang lecturer ni memang ada buat Solat Sunat Istikharah untuk mencari calon untuk isteri dan juga ada menyebut beberapa nama... Aku rasa nama aku dan nama isterinya sekarang ini ada dalam list yang dia sebutkan itu. Ada jugak aku khabarkan pada teman2 rapat dan jawapan mereka, "kenapa tak sebut nama kitorang dalam solat dia?"...boleh ke? Itulah kuasa Solat Sunat Istikharah. Memang tujuannya untuk memohon petunjuk dari DIA supaya kita tidak memilih yang SALAH... Aku memang nak jugak buat cuma asyik tak terbuat je. Bilalah kamu nak sedar diri wahai cik Hidayah?

Moga2 dengan Solat Sunat Istikharah ini akan temukan aku dengan jodoh aku yang sebenarnya... Aku mohon pada DIA, kurniakan aku seorang lelaki yang boleh membimbing aku ke jalanNYA, dunia akhirat dialah suami aku dan paling penting BUKAN kurniakan seorang lelaki kerana aku memaksa TETAPI kerana ENGKAU telah takdirkan dia untuk hadir dalam hidup aku... Telah ENGKAU takdirkan untuk menjadi seorang lelaki sebagai petunjuk kepada jalan kepada keREDHAanMU...Amin3 ya ALLAH!!!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da