Skip to main content

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam...

Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)...

Tadi dengar Hot.fm, cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewnya di SINI.

Bagi saya sendiri, ini terpulang pada suami isteri itu sendiri. Adakah kerana Tak Tahu Masak, tak boleh kawen? Ye betul, sebagai seorang wanita sepatutnya tahu memasak walaupun yang paling simple sekali. Tapi biasanya dan menurut kata mak saya terutamanya, seorang perempuan kalau dah kawen iAllah akan tahu masak jugak. Tengok je dalam Dalil Cinta  tu... Ayah Sh. Amani (tak ingat nama watak) kata salah dia dan maknya sebab tak pernah nak ajak anak tu ke dapur belajar masak. Nak harap anak tu yang tiba2 nak ke dapur % tu half je kot... Akhirnya Sh. Amani tu belajar jugak memasak dengan mak mertua dia (usaha jugak tu sebab dia dah sedar dia pun banyak salah jugak)

Ada tu anak dah ye2 nak tolong sibuk2 kat dapur+kecah2kan dapur tapi mak kata, tak payahlah...main je kat luar. Dan akhirnya anak tu dah berat punggung nak ke dapur. Ada sesetengah mak ayah suka banding2kan anak dara diorang dengan orang lain yang jugak ada anak dara... Anak orang tu rajin ke dapur...tak payah suruh. Tapi adakah semulajadi dia begitu? Mesti ada tunjuk ajar mak dia jugak kan? Semuanya bermula dari rumah... Bukanlah saya nak kata mak ayah tak pernah ajar ke ape tapi benda2 kecik macam inilah yang akan mengundang kepada masalah yang lebih besar.

Saya sendiri tak reti masak jugak. Kalau masak selalu rasa tak pernah sedap (tapi bila orang suka, senanglah sikit hati ni). Bila saya masak, saya harap saya je yang makan...tak sanggup nak bagi orang lain rasa... Tapi orang kata, belajar dari kesilapan... Orang2 yang memang minat ke dapur memang takkan putus asa mencuba dan ini memang benar!
Pada wanita2 yang Tak Tahu Masak, itu bukan masalah. Mungkin sebelum kawen, takde masa nak belajar atau memang tak minat masak tapi suka makan je...selepas kawen selalunya mereka2 ini akan berusaha untuk cuba dan belajar. Setiap manusia itu satu masa nanti pastikan berubah, percayalah!!! Tak susah pon nak masak, main campak2 n ditambah dengan rasa kasih+sayang bak kata Chika ... Kadang tu apa yang kita nampak n belajar tak sama dengan hasil air tangan kita.
Saya jugak selalu harap saya tahu masak bila saya dah jadi isteri orang satu hari nanti (iAllah...doakan ye...Amin...!). Mak saya selalu kata, nanti dah kawen macam mana kalau tak tahu masak? Apa yang dicakapkan oleh mak saya meamng sama dengan apa yang Liza Abdullah yang jadi mak Sh. Amani tu. Dan jawapan saya sama macam apa yang Sh. Amani cakap pulak.

Suami pulak sepatutnya bagi sokongan. Mana ada orang belajar hari ni, dia boleh Master semuanya kan? Tapi jangan pulak menipu, BAHAYA tu. Kalau tak sedap, puji jugak tapi selit2lah sikit apa yang patut isteri tu improedkan lagi. Sejuk hati isteri tu nanti dan kerana suamilah dia sanggup belajar tu semua. 

Kesimpulannya sekarang, Tak Tahu Masak bukan punca yang patutnya menyebabkan seseorang wanita mahupun lelaki itu rasa menyesal lepas kawen. Tak baik ada rasa menyesal2 ni... Kamu dah suka dia, dia pasangan kamu yang sah, bersyukurlah patutnya. Nabi Junjungan kita tak suka tau orang2 yang menyesal ni semua... Ada banyak lagi punca yang menyebabkan kan? Selagi boleh runding, rundinglah elok2 tapi jangan sampai membawa kepada yang tak elok...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Syima Syaz said…
hye dayah ku..
aku tak pro masak tapi blh la.syazwan lagi pandai masak.nak tau kenapa...mak aku sgt fussy k.dia mane suka aku tlg dia kat dapur.tp sbb keiginan nak belajar, aku belajar n belajar...=)
Fathiyah said…
mak kte slalu pesan,biar tak reti msk,jgn mls nak msk =)
HidayahYassin said…
Syima Boyd - baguslah kalau macam tu. patutnya pasangan itu saling lengkap-melengkapi...
Fathiyah - best2...tapi ada masanya tiba2 malas kan? ;)
Mommy Lyna said…
alah taktau masak takpe call je 1800 2525 hahahak
HidayahYassin said…
tu memang senang n pantas kak...bila2 pon boleh tapi tak semua tempat boleh delivery kak...sangat sadis...padahal 2-3 jengkal je dari rumah...huh!
Anonymous said…
betul2.... saya pun x berapa pandai masak... tp usaha tu kena adala... n yg penting bakal suami kita tu tau yg kita ni x terer masak.... so sama2 blh blaja masak hehehe
HidayahYassin said…
Tanpa Nama - aah, mula2 tak sedap tu biasa la. kalau bakal suami tahu n supportive lagi best...
nor said…
saya pun taktau masak. masak untuk diri sendiri aje lah.. nk bg org lain rs tu tak konfiden je. skrg dah 3bln kawin, nasib baik lah mak mertua mmg pandai memasak. dia yg ajar from A to Z. siap dapat secret recipe yg anak perempuan dia sendiri tak tahu. alhamdulillah husband pun x mendesak. sbb sblm kawin lg sy dah bgtau sy xbape tau msk. husband suh blaja slow2 sbb sy ni keje office hour lagih.... hehe..pendek kata, tak semestinya pompuan taktau masak tu tak bole kawin.. bole je kawin, tapi lepas kawin tu nak tak nak mesti kene masaklah..buat untuk husband tersayang apa salahnya....
HidayahYassin said…
yes, thanks...betul3. tak salah kawen tapi tatau masak. semua benda boleh belajar cuma masa je yang menentukan...contoh paling dekat, mak saya. dia kata dulu dia memang tatau masak sebab sibuk belajar je. tapi sekarang, dia la yang paling sedap masak... saya dah digesa suh belajar tapi dia tak la paksa...dia tau boleh belajar nanti lepas kawen...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...