Skip to main content

Hangat!

Salam...

On the way lepas hantar mak ke kolej dan aku pulak nak ke sekolah, sempatlah dengar Sinar.Fm... Berita pasal penulis blog disarankan mendaftar oleh kerajaan. Macam2 hal... Rasanya inilah cara paling mudah untuk meluahkan dengan cara kita. Biasanya paling mudah nak kongsi apapun dengan kawan2 adalah dengan menulis di blog MALAH ada yang menjadikannya sebagai tempat untuk mempromosikan perniagaan dari sekecil2 sampailah yang dah dikenali...

Benda dah elok2 free, tiba2 kena daftar MUNGKIN dengan membayar pulak? Aku dengar tajuknya saja... Ni pun tengah cari maklumat pasal berita yang sedang hangat sekarang ni. Hangat untuk kita2 yang suka menulis blog... Kalaulah betul kena daftar (beli domain ke, atau yang sewaktu dengannya)...erm, mungkin ke akan mengurangkan penggun2 siber untuk terus menulis di blog? Atau kalau tak disuruh bayar pun, setiapkali ada pengguna atau penulis blog yang baru MESTI kena DAFTAR kat kerajaan dan dipantau...

Alah, rasanya kalau tak melalui cara itupun, sekarang ni kalau ada yang cari pasal, buat pasal, tak pasal2 dah pun kena pantau... Hehehe, jangan tak tahu tu walaupun aku SEBENARNYA baru je tahu. Itupun lepas baca beberapa blog yang 'selalu' diganggu gugat oleh ANON2 yang entah kenapa tak ada kerja lain selain nak kacau orang. Ye, betul semua orang ada HAK masing2 untuk masuk blog orang, komen suka2 TAPI ada tak fikir apa yang dikomen tu nanti mungkin akan mengguris hati penulis?

Kalau tak suka, komenlah TAPI biar beradab. Kalau tetap tak suka, jangan komen atau lebih mudah tak perlu masuk langsung blog tu, boleh? Siapa pun tak sakit hati. Dan sebenarnya dah lama aku tengok keadaan yang berlaku dalam mana2 blog dan dah lama jugak nak menulis pasal hal yang ini. Ada antaranya kawan2 aku sendiri (yang terkena, dikomen suka2 hati)... Kalau ikut dari sudut penulis, dia menulis apa yang dia MAHU, SUKA, DUKA...apa2 je. Ikut dari sudut yang komen atau selalu baling batu sembunyi tangan - ANON pulak, selalu rasa dia punya hak untuk komen... Kadang2 tak perlu komen pun kan? Cuma hati manusia ni manalah sama dan semua pun takkan boleh nak duga apapun yang ada dalam hati seseorang, bukan?

Aku pernah jugak didatangi seseorang TAPI dia tidak sembunyi pun... Aku komen kembali kat blog dia (dia ada blog jugak tau, hoyeh2)... Lepas tu senyap... Kelakar pulak bila ingat2 balik. Kita sebagai manusia biasa (penulis) takkan boleh menidakkan perlakuan seseorang SAMPAIlah ke 1 tahap yang terlalu MELAMPAU, barulah dia tahu apa nasib dia (yang datang blog tak kenalkan diri tapi komen2 menyakitkan hati) nanti kan? Dah diperINGATkan banyak kali MASIH nak buat, masa dah terKENA nanti pandai2lah nak HIDUP... Inilah dia, SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA... Sebab ANON yang suka komen (yang tak membina, menjatuhkan orang lain) dan jugak penulis2 yang tak faham etika untuk menulis pun 1 hal jugak. Sampai turun naik/keluar masuk mahkamah bagai...

Dan penulis blog pulak ada pelbagai jenis... Kadang2 aku rasa KURANG bebas pulak bila nak menulis lebih2, pandangan diri sendiri untuk ditulis dalam blog. Silap percaturan, kita yang kena balik. Kenapalah agaknya ye? Bila kita hanya menulis dan orang datang baca je tapi bila orang salah faham, kita jugak yang dikatanya SALAH... Jadi, kita sebagai penulis diam saja dan lihat setakat mana perlakuan ANON2 tersebut... Sebab kalau ikut ANON2 je, kita takkan kemana2. Sama jugak dengan realiti hidup. Kalau asyik nak dengar je apa orang kata, kutuk...kat situ jelah kita...

Bukanlah tak perlu atau tak boleh nak dengar apatahlagi mintak pandangan orang lain TAPI kalau kita rasa agak2 macam nak patahkan semangat kita, kita anggap sebagi panduan je sudah. Kalau kita cakap balik pun kadang2 orang yang komen tu pun bukan nak dengar balik... Itu yang orang kata, KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH...betul ke perumpaan aku ni? What everlah... Apa yang penting ikut HATI sebab kita je tahu apa yang kita nak. Masih lagi perlukan pandangan orang cuma untuk panduan sajalah. Apa yang baik, cuba praktikkan tapi kalau sebaliknya, tanya HATI...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

AziS said…
napa lak nak kena daftar2 ni??? menyusahkan je. kan suka2 je wat blog...ishhh kacau betul
AziS: tu la saya kata sebab seorang 2 atau ti 4 org yang buat pasal, orang lain pun terkena sama impaknya...
susudalambotol said…
nak kena daftar? chis. menyampah. takde kebebasan langsung.

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...