Skip to main content

Dah Kerja???

Salam...

Habis tu nak cuti sampai bila? Hahaha, ayat orang tak sedar diri... Dah le kerja tak sesibuk orang lain pulak... Isnin adalah hari paling lepak dalam sejarah aku bekerja... Hehehe, kecuali masa kerja kat klinik dululah. Ha, yang itu adalah hari paling sibuk...nak duduk seminit pun berkira2 tau. Tak duduk takpe asalkan dapat berborak sambil bekerja. Aku lebih layan kerja yang jumpa ramai orang. Serius dan aku pun TAK SANGKA aku begitu rupanya. Dulu masa kerja kat Cheras, datang bukak ofis lepas tu siapkan kerja2 yang tak SIAP lagi. Siap kerja, cari kerja (kalau bos yang ber3 tu ada)...

Dah habis kerja (kalau takde yang BUAT hal la...), CARI lagi kerja-kerja lain... Sampailah pukul 6 petang SETIAP hari... Sabtu pun sekalian jugak sampai 6 petang. Kerja di situ seronok CUMA bila hari-hari biasa, aku jadi sangap sangat-sangat. Sebelum balik, aku yang tutup ofis... Huh! Memori yang selalu akan ada tempat dalam kepala ni. Dan sekarang (PAGI saja), kerja aku masih duduk dalam bilik/lab seorang... TAPI boleh keluar dari lab sesuka hati (ingat batasan yo?)... Bukan suka-suka HATI apa pun hanya beli SARAPan, pergi bilik air (kat blok ni walaupun 2 tingkat TAPI tak ada bilik ayornye...)...

Tapi nasiblah balik kerja pukul 2pm. Sebab itulah aku boleh parti time segala... Tapi niat asal part time tu untuk tolong-tolong kat klinik (BUKAN yang lama tu...itu dah tutup buku) SEBAB tak ada pengganti kakak senior yang dah berhenti tu. Selagi larat dan tak ada apa-apa masalah aku TOLONG... Tolong ADA makna tu... Huhu... Doa2kanlah aku dpaat kerja TETAP ye kawan2?

Ok, ini pulak cerita Sabtu lepas. Adik abah beritahu yang Atok Mak jatuh bilik air Jumaat lepas. Aku yang dengar, SEDIKIT terkejut... Mulalah macam-macam yang aku fikir TAPI harap-harap tak ada yang teruk. Malam tu gerak balik ke MUAR (itu je pun kampung yang ada... :))... Sebelum sampai kampung (exactly - Parit Sg. Pulai...), WAJIB singgah kat Murtabak Singapura atau kat gerai-gerai ASAM PEDAS kat benteng/Pantai Leka... Tapi malam tu ke Murtabak je... Kat situ memang sedap sesangat Murtabaknya (harap maaf tiada foto disekalikan sebab khusyuk dengan makan...)... IAllah kalau ke sana lagi, aku ambil gambarnya ya?

Dan malam itu juga telah menyaksikan pertemuan antara (aicehhh! macam pengulas sukan da...) kitorang sekeluarga+pelanggan-pelanggan Restoran Murtabak Singapura tu dengan Nash... Alah yang vokalis Lefthanded tu la... Dia kan orang MUAR jugak... *sambil kelip2 mata*... Abah sempat recall kat mana kampung sebenar Nash... Oh ye, kat Negeri Johor ni memang popular dengan PARIT... Aku ni ikut asal usul je dari JOHOR+SELANGOR...

Berbalik kepada Nash ye...juga tak dapat nak disertakan gambarnya SEBAB? Aku ni kan pemalu orangnya? Hahaha... Macam mana kita sellau tengok dia di kaca televisyen (wah, sudah pandai guna perkataan penuhlah...clap-clap), macam itulah dia diluar. Masa aku kecik-kecik dulu, abah selalu jugak buat rakaman untuk RAYA atau apa2 persembahan Ghazal kat TV... Ada sekali tu, Nash pun join sama... So, masa abah tegur Nash kat restoran tu...aku tengok Nash (ini diakui oleh abah sendiri) macam blur2 je sambil fikir2 agaknya siapalah orang yang tegur dia ni... Hahahaha... Jom ramai2 gelak!!!

Ok, habis makan (sampai kedai pun nak tutup...eh? kejap kedai kejap restoran...mana satu ni? mana2 ajalah ya), kitorang teruskan perjalanan pulang ke kampung... Sampai2 je rumah adik ke5 abah, kereta dah banyak (ayat apakah ini?), bersusun kat tepi rumah... Biasanya RAYAlah akan nampak kereta yang banyak macam malam tu. Bila lagi nak jumpa ramai2 kan? Walaupun masih ada yang tak ada (anak2 Atok Mak semua ada TAPI ada yang dah balik dulu...). Jumpa Atok Mak (tanya itu ini macam polis je...)...

Dan alhamdulillah, Atok semakin baik dan sihat...iAllah... CUma kat tempat yang terkena sebab JATUH tu je yang kadang2 sakit... Teringat masa sekolah menengah dulu. Angkat plastik isi kain yang tak seberat mana tu alih2 aku boleh JATUH? Meraung aku pagi2 masa adik ke4 abah urutkan... Pagi2 dalam pukul 6am, mak kejut suruh tolong angkatkan plastik tu kat kereta pakcik (adik abah yang urutkan tu)... Entah apa-apalah minah ni kan? Baru angkat 2 beg plastik pun boleh jatuh sampai kaki bengkak... 3hari berturut2 aku diurut. Gila sakit...!!! Seminggu cuti sekolah aku kena duduk kat kampung... Arwah Atok Ayah bagi tongkat pulak tu, mak dengar siap kena sound sebab mengada2 nak guna tongkat. Tapi serius tak rasa jejak tanah pun kaki ni masa bengkak tu... Bayangkanlah...

futnot: doakan KESIHATAN bersama ye? jaga diri elok2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!