Skip to main content

Belated Teacher's Day...

Salam...

Dah lewat/telat pun... Tapi nak jugak menyelit2 untuk ucapkan Selamat Hari Guru untuk Mak, Abah, bekas2 cikgu/ustaz2/ustazah2/lecturer/cik2/puan yang pernah kenal atau mengajar aku dulu dari tadika sampailah ke kolej menjahit... Aku sangat2 menghargai diorang walaupun tanpa apa2 ucapan dari sms atau call (kredit takde pulak...alasan!) atau apa2 hadiah...

Apa2pun TERIMA KASIH di atas segala2nya... Teringat2 aku masa aku dipaksa-rela masuk sekolah BERASRAMA kat tengah2 hutan sinun... Aku pergi main redah je, tak macam orang lain nak kena survey2 bagai. Tau2 dah sampai masanya, terus daftar masuk. Gilalah sekolah tengah hutan. Apa yang ada? 3 lombong, pokok2 pisang dan sekelilingnya hutan TAK berapa nak tebal sangat. Sebab sekolah tu guna KEM...sekarang dah selamat jadi KEM semula untuk budak2 PLKN.

Mak pesan, (waktu kena masuk asrama tengah hutan tu...) TAK PANDAI tak apa TAPI (ada jugak TAPInya) biarlah JADI manusia sikit. Aku ni kan ala2 lembab gila nak FAHAM maksud mak... AKu tertanya2 dalam hati, selama ni aku BUKAN manusia ke hape? Sekarang ni BARU nak faham betul2... Ok, maksudnya dah sampai ke hati nurani aku... Hehehehe... Walaupun dah lama hal ni semua TETAP aku ada rasa menyesal jugak... Tak betul2 menghargai MASA yang dah terlalu banyak orang bagi...

Sekarang ni cuma tengaok ke depan je. Pandang belakang untuk jadikan panduan masa2 akan datang...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...