Skip to main content

Dia Yang Aku Kenal...

Salam...

Nak jugak menulis walaupun takde apa sangat nak ditulis... Hahahah! Sebenarnya sejak kemuculan 'semula' dia kat OIAM lepas tu siap ada lagu baru yang best tulah yang buat aku teringatkan dia kembali... Tomok atau nama sebenar dia - Syah Indrawan Ismail... Kalaulah kawan baik aku baca ni, mesti dia kata aku POYO...sebab? Cite pasal Tomok...

Masa dulu2, kumpulan dia memang jarang orang suka walaupun lagu2 yang New Boyz nyanyi semua pun nak ikut nyanyi jugak. Lepas nyanyi nak kutuk2... Apa daaa... Dan aku pun terpengaruh sekali. Aku memang hafal dan tiapkali kat radio, aku nyanyi sekali. Best je lagu2 dia nyanyi TAPI...no komen...

Teringat lagi (sampai bila2 la agaknya), 17 Mei 2001 adalah hari aku ambil ujian memandu - bertulis. Hari yang sama jugak adalah hari lahir Tomok yang ke 17 (SPM)... Last week dengar kat radio masa nak pasang lagu baru dia, penyampai radio beritahu hari lahir Tomok ni... Aku pun teringat kembali kisah ini... Huhuhu...

Beberapa hari ke hari yang sama aku tak ingat yang aku ada baca MANGGA (dulu2 selalu DERMA kat mamak untuk beli majalah hiburan), pasal hari lahir Tomok (lagi???). Pagi2 tu aku ke tempat belajar memandu (masa tu masih dok kat Serdang) dan abang kat tempat tu bawak kitorang semua yang akan ambil ujian ke Cheras... IMKEDA, ada pernah dengar? Siapa2 yang duduk atau tinggal dekat2 Cheras mesti familiar dengan nama ni kan?

Habis ujian, macam biasalah duduk kat mana2 untuk dapat keputusan hari tu jugak. Alhamdulillah keputusan aku cuma beberapa je hampir kepada TIDAK lulus. Aku mintak ujian guna komputer dibaginya ujian bertulis. Belasah je la... Lepas tu WAJIB dengar ceramah yang entah berapa jam tu... Kata orang 6 jam, tapi aku tengok tak macam 6 jam pun?

Masa ceramah tu berlangsung, penceramah pun mulalah kenalkan diri + nak kenal2 ngan kami2 semua. Sebelum dia sebut sorang2, dia tanya kat sorang budak tu KENAPA kawannya tak sampai2 lagi? Budak tu diam saja sebab dia sendiri tak tahu nak jawab apa kot? Lepas dia bagi ceramah serba sedikit, dia ada sebut nama sorang2... Entah cemana masa dia tanya sorang Russian tu, aku pun pandanglah ke belakang...

Aku pandang, tiba2 ada sorang budak lelaki senyum2 kat aku. Aku buat dek je sebab aku ingat dia salah pandang orang. Dan tiba2 aku terfikir yang macam aku kenal pulak muka budak ni? Aku pandang semula... Tujuan sebenar aku pandang ke belakang mula2 tu sebab nak tengok Russian yang ambil ujian memandu kat situ gak. Aku je yang pelik sebab ada foreigners.

Dan bila kali ke2 aku pandang semula ke belakang untuk pastikan adakah dia itu Tomok? Rupa2nya benar sebab dia pakai bangle tulis 'Tomok' kat tangan kanan dia kalau tak silap la. Tapi aku tak puas hati dan untuk kesekian kalinya aku pandang ke belakang semula. Sah! Itu memang dia... Dia masih tersenyum2 bila aku pandang dia.

Lepas tu penceramah mula panggil nama sorang2 untuk dia kenal. Dia sebut nama sebenar Tomok dan Tomok jawab... Entah apahal dengan penceramah tu pun aku tak pasti bila dia sebut lagi sekali dengan nama yang salah pulak - Syah Gunawan? Budak tu dengan rasa yang aku tak tahulah apa dalam hati dia...jawab jugak dengan senyum... Woooo! Aku bukan nak puji ke apa tapi aku nampak sendiri...

Dan2 tu, ada wanita2 yang ambil ujian sekalian dengan kitorang tadi sebut2 "Eh? Tomok la...", di sebelah lain pulak "Tomok kan tu?"... Tapi tidaklah sebising di pasar pun... Habis je sesi pertama, masing2 keluar untuk minum, rehat sekejap, makan ke, solat ke, apa ke... Aku cuma join kakak yang sekali datang dengan aku sejak dari Serdang lagi (dia amek ujian motosikal) kat bilik sebelah... Dia datang kat aku tanya "Itu Tomok kan?"... Aku angguk. Dia pulak yang teruja dan ajak aku ke tempat Tomok rehat2 dengan kawan dia... Aku tak pun pergi kat dia ber2...

Kawan dia tulah yang dimarah oleh penceramah tadi. Bukan salah kawan dia pun. Sebab Tomok pun baru balik dari sekolah lepas tu baru join kitorang2 semua. Dia ambil ujian pun lewat dari kitorang... Dan masa dia rehat dengan kawan dia, tak ada sorang pun yang datang dekat dengan dia ber2... Kadang2 aku terfikir jugak, betul ke orang gila2kan sangat dengan dia atau dengan kumpulan dia? Takde pulak orang nak kejar2 dia amsa tu? Semua macam jauhkan diri je... Serius aku beritahu sebab memang takde yang duduk kat meja makan warung kat situ. Ini pun aku saksikan depan mata aku...

Kat tempat2 lain je kot orang suka2 nak kejar2 dia... Tapi bila tengok2 balik klip video yang dia nangis2 cite pasal pengalaman dia yang lepas2, aku rasa betullah kot. Sampai mak dia boleh ke tak tahu langsung? Apa2 jelah, yang penting semua tu dah lepas. Dia pun dah jadi Tomok yang baru... Apa yang berlaku selepas kejadian aku jumpa Tomok tu, langsung aku tak tahu apa lagi pasal dia. Layan lagu2 dia je... Sebab masa rehat lagi abang (anak tuan punya tempat belajar memandu) ajak semua yang dibawaknya tadi balik sekali. Dah petang jugak masa tu dan dia dah tau dah penceramah akan kasi amaran dulu sebelum rehat... Pesan jangan balik dulu sebab nak bagi sijil2... So, kami semua pun baliklah tanpa apa2 sijil ceramah...hahahah...

Aku suka lagu baru dia... Dia bukan yang dulu lagi (ceh...puji lebih2 pulak, macamlah dia nak kongsi SEJUTA dia tu)... Harap2 taklah senyap macam juara2 OIAM yang lepas2... Jadi macam Faizal Tahir n Shila tu... Yelah, bukan selamanya pun orang nak ingat sebab satu masa nanti PASTI orang akan terlupa siapa kita... Kan aku suka no 2? Dan nampaknya yang no 2 tu sangat best je? Hihihihi...

futnot: untuk kak Masy... silalah jeles sikit eh? hahahaha...suka tak Tomok menang?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Masy said…
sian tomok takde org nk mamam dgn dia ye. tp kat mesia ni biaselah, kita mhormati privasi artis. heheh

jeles sket laa.. tp tak kisah pon lalalalaal~
susudalambotol said…
tomok byk improve. kakak dia je yg tak improve2. heheh :P
Masy: ye ke kak? tapi kesian jugak kan time cite dia yang dulu2 tu...

tak jeles eh? nasib baik takde gambar...

susudalambotol: tu la pasalnya...tapi dia agak berani dari kakak Siti kan? terkepit2...huhuhu...
joegrimjow said…
17 mei pon besday abgku
lalala~

Popular posts from this blog

Ajip!

You're 22nd!

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu...

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...