Skip to main content

Nak Rehat!!!

Salam... (entri terperam selama seminggu... 26 Julai 2009)

Untuk permulaan, takziah untuk keluarga Michael Jackson (MJ) diatas pemergian MJ pagi tadi... Terkejut jugak dengar tapi impaknya tak sehebat masa mendiang Puteri Diana mati dulu. Itu macam tak percaya langsung dia dah tak ada... Tapi itu semua kuasa Allah, bila DIA nak DIA ambil kita... Teringat dulu2 MJ datang Malaysia dan aku sangat2 teruja dan terasa lain macam sangat2 bila dia datang tu...

Minggu lepas masa one of the staff kat klinik sms suruh masuk petang minggu ni, aku dah siap tanya mak ada nak kemana2 tak Sabtu Ahad? Dia kata mungkin tak kemana2 dan aku pun dengan senang hati kata ok boleh masuk Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Even Ahad lepas aku masuk pagi dengan staf baru pun aku masih boleh tak perasan langsung yang Sabtu (esok) adalah hari besar Aida...

Itupun aku terperasan bila aku tengah best2 borak dengan mak Ahad petang tu (minggu lepas) tiba2 mak kata, "bukan ko nak pergi kenduri Aida ke?" ... Aduh! Nasiblah baik mak ingatkan aku. Kenapa dengan aku ni? Semakin kelupa2an? Semoga dikembalikan aku yang mudah ingat semua perkara dulu2 tu... Amin!!! Semalam dah rancang nak membeli hadiah tapi disebabkan buntu punya pasal...terus masuk klinik.

Petang ni iAllah pergilah beli sebab dah takde masa sebenarnya ni. Dah la hari ni aku keje (sebab terlupa punya pasal) lepas tu esok pagi2 gerak pergi KL amek Puan kat PJ terus ke Tanjong Karang iAllah... Apalah hadiah yang sesuai untuk pengantin baru selain barang2 yang biasa orang bagi? Balik2 rice cooker, seterika dan sebagainya... Apalagi yang kita mampu nak bagi kan? Nak bagi rumah, katalog je bolehlah. Pilih dan bayar sendiri, haha!

Mula petang semalam kat klinik aku sangat2 mengantuk dan nasib baik semalam masuk tidur terus terlelap. Tapi sekarang aku semakin mengantuk cuma belum sampai tahap menguap je. Nak lelap kena tunggu line clear dulu la... Tengok dan bacalah entri ni, mengarut2 je rasanya... Semuanya aku nak tulis...

UPDATE!!!

Ini cerita hujung minggu (Sabtu-Ahad) yang lepas. Penatnya masih terasa sampai ke saat ini. Penat berjalan sebenarnya...dengan mengantuknya... Lagipun dah lama tak keluar lama2 dengan kawan2... Masing2 sibuk je memanjang... Sabtu yang bakal tiba ni nanti pun mungkin akan berjalan lagi... Lepas tu entah bila lagi agaknya???

Tak mahu banyak ceritalah kot... Tengok saja gambar2 kali ni setelah sekian lamanya aku tak bubuh apa2 gambar, kot?

26th June 2009, Tanjong Karang, Selangor...

hmmm...

saya adalah pemandu berhemah...
seperti biasa gambar saya akan jadi separuh muka je...

pengantin baru + lebih awal jadi pengantin antara kita ber4...

pengantin baru + entahbilanakjadipengantin?

pasangan hari itu...
kata si suami (Along), ini bukan Faizal Tahir tau...haha!

27th June 2009, Kuala Lumpur...

yang nak difokus ialah pasangan pengantin
tapi sebab nenek ada depan mata, sekalian je la...
oh ye, ini adik Tok Mak... kami semua panggil dia Tok Ngah@Nenek...
setiap kali jumpa semua kene peluk cium dengan nenek...haha...

budak kecik (Nurul Nasuha kalau tak silap) yang tiba2
jadi perhatian saya dan adik juga sepupu...
semakin lama dipandang, dia jadi lemas...tapi dia sangat cute kan?

semua tengah tekun dengar cite mak...haha!

inilah dia sang penceritanya...sampai terkedu orang mendengar?

pengantin lelaki je? yang perempuan jauh sangat...
ini pulak pangkat pakcik dengan saya dan saya
tahu dia lebih muda dari saya...muda kan pakcik kami?

futnot: akhirnya selamat dipublish entri ini selepas sekian lama disimpan...senang hati sekarang...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...