Skip to main content

Aib, Malu...

Aib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas: "Aib bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu."

Salam...

Wah, sejak akhir2 ni tiba2 rajin menulis pulak. Tak cukup idea dalam kepala, sekarang dah pandai cilok dari internet pulak. Takpe2 ini pun info dan maklumat yang sangat berguna untuk semua jugak. Teringat kisah Nur Kasih bilamana Nur tanya Aidil kenapa sanggup simpan rahsia hal Nur dengan Adam? Kata Aidil, Islam menuntut supaya umat2Nya menutup malu atau aib umat2 yang lain. Jadi tak salah cara Aidil cuma dalam konteks ini, mereka terpaksa dalam rela menipu orang2 tua mereka. Aidil sempat memohon diampunkan salah2 mereka berdua pada orang2 tua mereka.

Bukan senang nak menutup aib orang lain melainkan kita benar2 bersedia hadapi apa jua kemungkinan di kemudian hari. Tapi kebanyakkannya lebih suka memalukan dan membuka aib orang lain semata2 kerana iri hati dan tak puas hati. Dan dalam masa yang sama jugak memalukan diri sendiri. Jadi sebelum nak malukan orang, periksalah diri sendiri dulu. Kalau ye pun dulu kau memang pernah baik dan rapat tapi lepas dah renggang sebab satu benda yang kadang2 tak patut dan tak masuk dek akal, tak payahlah susah payah nak buruk2kan orang pulak. Tak baik tau...

Aku ingat hal2 begini tak berlaku lagi zaman sekarang tapi ada je lagi. Malah orang yang bijak pandai pun ada yang begini, mungkin lebih teruk lagi kot. Apa faedah yang akan kita dapat kalau membuka aib orang lain? Ni sama je maksudnya dengan balas dendam kan? Kau kenakan aku, tunggulah aku pulak buat kat kau... Boleh eh macam tu?

Ini aku nak mengakulah yang kalau aku betul2 marah aku pernah terniat nak balas dendam tapi lama2 tinggal kenangan je sebab aku tak pandai nak dendam2 kat orang. Tak tahu apa yang aku nak balas pun kan? Dari menyusahkan orang dan diri sendiri lebih baik aku teruskan hidup dengan aman damai. Setiap yang orang buat kat kita pasti akan dibalas oleh Allah. DIA je yang lebih layak untuk buat semua tu. Kalau baik orang tu buat, baiklah yang dia dapat... Kalau sebaliknya, itu antara kita dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun!!! Lebih baik saling mendoakan yang terbaik untuk kita2 semua.

Kamu tahu Karma? What goes around comes around? Jadi ingatlah kalau kita buat kat orang atau orang buat kat kita, satu masa nanti akan dibalas jugak. Jangan salahkan takdir sebab apa yang kurang, apa yang terjadi sebenarnya datang dari diri kita jugak. Muhasabah diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Dan bila ada yang menegur untuk kebaikkan, fikir dan terimalah. Memang hakikatnya sangat susah untuk kita terima kritikan orang lain tapi itulah yang orang nampak kat kita... Fikir2kanlah ye...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Fathiyah said…
sgt setuju dgn cik hidayah.ntahla,kdg2 kte pelik kenapa org lebih suka memalukan org lain bila ada hal yg dia tak puas hati.perkara ni berlaku kat opis kte baru2 ni.tp kte mls nak amik pot sapa yg terlibat.mmg tak matured.lawak.kesian kat org yg mentalitinya masih ditakuk lama
Fathiyah: itulah kan? nak kata tak pandai, sekolah jugak tapi mentaliti masih sama macam orang tak belajar langsung. tengok je sudahlah kan?

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...