Skip to main content

Happy - Ditulis Sempena Entri Ke 100...

Salam...

Cite yang bakal diketengahkan tidak seperti tajuk entri kali ni pun sebenarnya. Kepala ok, pinggang pulak yang sakit (penyakit setiap tahun...). Lama dah tak sakit2 kepala atau pening2...ececeh... Dan sebenarnya kan, entri yang dah publish tak sampai 100 lagi... Ada 2 draf sebab tengah2 sedap menaip tiba2 idea hilang tak tau ke mana... Agak hampa dengan diri sendiri, huh!

Sejak akhir2 ni aku selalu mimpi perkara2 yang akan buat aku terkenangkan peristiwa2 lama... Paling tak boleh blah bila mimpi pasal kawen...hahaha! Biarlah, nama pun mimpi dan dah lebih 2 minggu berlalu pun. Baru2 ni mimpi semula pasal tempat keje lama kat KL dulu tu. Sejak 'cabut lari' dari sana, aku selalu rasa takut (yelah dah tau diri salah kan...). Mula2 'lari' dan keje kat tempat lain memang aku seriau dan selalu mimpi diorang2 dan tempat keje tu. Lama2 hilang jugaklah mimpi tu. Dan sekarang mimpi tu datang semula. Dan aku pulak selalu percaya yang mimpi tu akan jadi terbalik...

Semalam pulak termimpikan Saujana... Apa2? Tak jelaslah... SAUJANA... ulang sekali lagi - SaUjAnA... Sekali lagi nak cakap, siapa yang kenal aku PASTI tahu betapa minatnya aku pada kumpulan ini... Sejak tingkatan 4 (1999) walaupun masa Saujana diperkenalkan melalui MANGGA - majalah kecik2 tu la... tahun 1998. Macam orang selalu cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta. So sebab masuk sekolah asrama agama, aku terus minat dengan kumpulan nasyid ini... Masa tu yang paling top adalah Raihan, Rabbani dan Hijjaz...

Dan sejak itu sampai sekarang aku tetap dengan rasa yang sama cuma sejak berlaku macam2 kat diorang, agak lambat dapat tahu semua benda kecuali betul2 cari dan bertanya je. Dan (lagi...), aku terasa diorang macam kawan2 aku je sekarang ni. Haha! Statement tak nak kalah ye.

Ok, balik pada mimpi semalam... Tak silap masa tu aku dan siapa entah yang temankan baru tiba kat satu kampung... Tak perasan kat kampung mana. Sampai2 je, jumpa dengan semua ahli2 Saujana... Ni pun aku kurang perasan adakah semua yang dulu dan sekarang saja ahli2 Saujana... Akulah orang paling gembira sebab diorang ada depan mata cuma tak seteruja dululah. Sebab dah pernah jumpa dulu (masa Aliah n Faizul kawen...). Dan mimpi itu habis begitu saja...aku tak ingat seluruh cite dalam mimpi aku tu... Tahun ni bulan April Saujana genap 12 tahun...alhamdulillah!

Dan harapan aku sama macam orang lain (kalau ada la...), semoga Saujana terus dengan usaha dan kalau boleh kembali GAH seperti mula2 diorang menyanyi dulu - Sepohon Kayu (lagu lama yang dinyanyikan kembali)... Harap2 Saujana akan terus di persada...



UPDATE!

Jumaat kembali... Sekejap je kan (bagi orang2 yang cuti Isnin lepas). Dan aku masih bosan dan terasa sangat penat beberapa minggu kebelakangan ni sebab setiap hujung minggu ada saja acaranya. Sejak kawan2 kawen, pergi KL tengok dan ziarah saudara2 yang tak sihat dan minggu ni pulak ada kenduri Cukur Jambul anak 2 pupu...eh, macam kupu2 pulak...haha!

Minggu depan belum tentulah lagi. Keje part time pun asyik kejap boleh, kejap tak boleh dan paling tak boleh hujung minggulah. Kadang2 aku fikir macam...kenapa tiba2 sibuk semacam je ni? Dulu2 memang aku kaki jalan. Ajak je aku nak kemana2, iAllah aku akan ikut tapi biasanya jarang dapat pelepasan dari mak atau abah. Itu dulu tapi sekarang bila disuruh, dekat2 aku sukalah tapi kalau jauh sikit, aku akan senang hati ikut family. Rasa malas semacam je...

Dan macam sekarang jugak kalau takde hal2 yang penting aku tak akan kemana2. Duduk rumah, kemas2 rumah adalah paling best (waktu ini la...). Penat jadi berkali2 ganda sebab ke sana sini je... Kalau dapat Sabtu Ahad duduk rumah memanglah sesuatu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Hilang jugaklah penat aku selama seminggu keje...walaupun seminggu tu belum tentu aku keje petangnya.

Hohoho, ini adalah entri melepaskan lelah namanya ye. Sekarang ni pun terasa penat jugak. Dah terlalu penat sampai nak tidur pun tak lelap sepenuhnya. Mesti nak terbangun2 je... Semalam dah dipesan untuk standby kot2 staf lelaki tu tiba2 kena kemana2... Aku suka sebab...tak perlulah sambung eh? Haha... Siap tertunggu2 lagi ni kot2 ada apa2 panggilan (dah macam dr. On Call dah aku ni...). Kalau pukul 4 ni takde sape2 yang call, maksudnya aku duduk kat rumah sajalah... Layan Nur Kasih tu...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...