Skip to main content

Hobi (Baru Je Perasan...)

Salam...

Wanita dan beli belah adalah sesuatu yang sinonim, tak boleh pisah... Tapi bukan semua wanita 'gilakan' shopping. Ada yang suka window shopping sesaja... Window shopping tak rugi tapi penatlah...asek tengok dan belek...

Aku suka shopping tapi tidak terlalu suka dan rasa itu perkara yang mesti aku buat. Tidak ada tetapan hari, bulan atau minggu yang aku perlu membeli belah. Beli belah dengan mak paling best...haha! Anda faham maksud saya kan?

Kalau kecik2 dulu suka bazirkan duit beli makanan (tu pasal penulis blog ini sihatnya bukan main...), bila meningkat remaja aku suka beli majalah2... Apa jenis majalah pun aku beli... Masih tersimpan rapi dalam peti harta karun abah... Sayang nak buang sebenarnya huhu.

Tapi bila umur aku semakin bertambah, ehem2... Aku dah takde hati nak beli makanan2 sangat (berat tak jugak kurang2), beli majalah2 tu semua. Tapi kadang2 beli Mastika atau novel (ini lagi le lama tak beli)... Aku lebih minat baca buku2 motivasi sekarang ni...ececeh!

Tapi sejak kenal apa itu Online Bisnes... Aku mula beli barang2 dari alam maya... Tak pernah nak rasa tertipu walaupun sebenarnya barang yang aku beli tu tak seperti apa yang aku tengok kat iklan diorang yang gah2 tu, tak seperti yang aku harapkan... Lepas dah lama2, mak pun mula bising sebab beli barang2 kat internet je.

Pernah aku borong selendang sampai 15 helai...gile kan? Konon2 tak dapat nak cari kat luar sebab nampak yang tu je. Lepas tu tak beli2 lagi dah. Sekarang ni pun jarang nak guna selendang lagi sebab...entah la ye? Perubahan untuk diri sendiri kot. Tapi aku beli benda lain pulak kat internet. Beli baju (susah nak cari baju2 besar tapi kalau betul2 cari mesti jumpa punya...), beli seluar dan terbaru beli handbag.

Tak sangka2 kan aku yang bukanlah pandai nak cuba buat diri ini seperti wanita2 lain tiba2 beli handbag? Bukan pelik sangat pun bila tengok jenis2 beg yang pernah aku beli dari dulu sampai ke sekarang ni. Aku bukan mudah nak suka pada satu2 jenis beg tu. Kalau suka pun belum tentu dapat beli bila tengok harga beg tu. Dan aku dah tengok kat blog orang2 yang jual handbag, kebanyakkannya sangat2 lah cantik tapi sebagai seorang aku yang selalu rasakan tak perlu sangat kepada beg2 ni semua...aku rasa tak berbaloi bayar mahal2 untuk sesebuah beg.

Aku cuba dan terus cuba cari yang aku rasa patut dengan harga yang sesuai. Akhirnya semalan aku berjaya dapatkan apa yang aku nak selama ni. Tahniah2... Kat mana aku jumpa? ||::bags-licious::|| ... Ini bukan nak memuji atau apa tapi aku rasa berbaloi dengan harga yang aku bayar... Thanx kak Sarah! IAllah nanti saya beli lagi...

Untuk panduan kaum2 Hawa semua (cewah!), membeli di internet memang memudahkan TAPI mesti ingat, janganlah rambang sangat mata tu ye? Semua benda kalau boleh nak beli. Yang penting hati2 sebab kalau tak pilih betul2, takut kene tipu. Ini ingatan untuk semua jugak. Kadang2 yang menjual pun kena tipu jugak kan? Semuanya perlu selalu hati dan perlu tegas untuk tidak ditipu... Tapi ada ke peniaga kena tipu dengan pembeli? Pelik tu...

Ada banyak lagi link2 kat blog aku yang aku dah listkan. Sila2lah panjang2kan pandangan kamu2 dan kamu2...untuk tahu dengan lebih lanjut.

Sejak akhir2 ni aku selalu kurang idea menulis. Bila ada idea mencurah2, masa pulak kurang. Nak kata sibuk sangat tu, tak jugak. Cuma itulah kalau hujung2 minggu aku jadi sibuk sikit. Kalau tak pergi kenduri, aku keje kat klinik atau keluar uruskan suntikan tambahan untuk pergi haji/umrah. Selainnya, duduk kat rumah je...lepaskan lelah. Bila terlalu penat dan mengantuk aku jadi tak selesa nak tido.

Dan tadi, aku berjaya lelapkan mata lebih lama daripada hari2 lain. Mengantuk tu tetap mengantuk. Kalau tak, tadi aku masuk keje untuk cover kakak seniro tapi tak jadi pulak. Aku harap2 3hb Ogos ni aku keje petang. Huhu...permintaan hanya dalam hati tapi kalau tetap jugak tak dapat aku kena siap sedia dan redha dengan ketentuan... Sebab aku yang pilih dan aku dah mintak dengan doa pada DIA. Semuanya di tangan DIA...

Apa2pun doakan aku berjaya dunia dan akhirat, bahagia di dunia dan jugak akhirat... Amin!!!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...