Skip to main content

Aku Juga Punya Hati...

Salam...

Apa yang korang rasa agaknya bila tiba2 kita dengan senang hati nak cerita dan kongsi kegembiraan pasal kita suka kat orang atau orang suka kita tapi sebelah pihak yang kita nak kongsi tu pulak kata, "ada ke orang suka awak?"... Kalau aku, aku akan tukar ke topik lain sebab dia telah mematikan perasaan teruja aku kala itu. Ini bukan gurauan sebab nada dia yang bercakap seolah2 memperlekehkan aku, seolah2 aku ni tak berpeluang punya rasa seperti dia, seperti orang lain...

Itu sebab sekarang ni aku tak cite sangat kat sembarangan orang melainkan orang2 tu semua selesa untuk mendengar cite2 aku. Sebab hati manusia ni lain2 kan... Kalau dulu2 orang kata, Rambut Sama Hitam Hati Lain2... Tapi sebab situasi sekarang rambut manusia pun tak berapa nak sama warnanya jadi kita tukar kepada Lidah/Darah Sama Merah, Hati Lain2...relevan tak? Haha...

Dan selalu jugak kita dengar ni, Buat Baik Berpada2, Buat Jahat Jangan Sekali... So, ingatlah ye (untuk aku jugak...), jangan terlalu mudah nak kongsi apa yang kita nak kongsi tanpa fikir sedalam2nya. Sebab efeknya nanti tu yang kita tak mahu sebenarnya... Kalau orang tu jenis yang kita cakap hari ni, esok lusa lupa...takpelah jugak. Kalau dapat yang macam aku ni, walau sikit je orang tu cakap sampai bila2 pun tetap aku ingat... Awas!!!

Orang yang jenis cepat lupa tu sebab diorang tak ambil perhatian sangat dengan apa yang kita cakap. Sungguh2 cakap pun kalau muka takde perasaan dia tunjuk lebih baik cepat2 kita ubah cite lain. Nanti kita yang makan hati pulak. Ada ramai lagi yang masih nak dengar walaupun mungkin kita dah berkali2 cite benda yang sama.

Dulu2 aku selalu fikir kalau kawan dengan budak2 yang muda daripada aku, aku susah nak baik dengan diorang sama macam aku baik dengan kawan2 yang sebaya aku. Tapi nyata aku silap buat perhitungan... Sebab kadang2 tanpa aku sangka sebenar2nya diorang lebih matang dari aku. Ada jugak yang suka main2 tapi itu bila mood berubah la... Dan sebab diorang jugaklah aku belajar macam2. Tapi bukanlah aku kata yang orang2 yang sebaya aku tu tak bagus. Aku masih punya kawan2 yang sebaya yang baik dengan aku lagi... Cuma, faham2 sajalah sekarang ni masing2 ada tanggungjawab lain kan...

Dan dengan budak2 inilah yang aku selalu ambil masa diorang, selalu kacau2 diorang semata2 nak cite apa yang aku rasa bila satu2 masa tu... Terima kasih banyak2... Aku harap aku tak melampau ganggu diorang semua... Dan diorang jugak banyak bagi nasihat dan peringatan kat aku... Ye, akak ingat pesan2 korang... Semoga Allah yang balas segalanya...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

is said…
salam singgah...
sabar ye...semua tu dugaan untuk kita dapat yang terbaik dalam hidup kita tau :)
Putri Ramlan said…
saya saya baca entri ni esp part,

"Lidah/Darah Sama Merah, Hati Lain2..." :)
Putri Ramlan: ooo, ok... haha. perumpaan dah tak banyak yang susuai dgn keadaan la...

is: ya, dugaan dan pengalaman untuk jadikan kita semua lebih matang lagi...tq!
huda said…
akak ~ huhu lame xkomen..sy darah O ;p
huda: tq kerana sudi nak komen lagi... akak pun darah O tapi -ve la...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...