Skip to main content

Lokek

Salam...

Sama dengan maksud Kedekut, Bakhil dan yang seumpama dengannya. Ada lagi perkataan2 lain tapi buat masa ni aku hanya dapat 2 tu je. Sebenarnya perbuatan ni bukan TAK BOLEH tapi tak elok dan hanya sesuai digunakan di satu2 masa atau satu2 tempat je.

Waktu sekolah rendah dulu pernah je aku hadapi hal2 yang sebegini. Kita yang kecik2 ni takkan tahu apa maksud kedekut ini kalau tiada orang2 yang dewasa perkenalkannya pada kita. Masa tu rehat untuk Tahap 1. Aku dengan kawan2 rehat kat tempat biasa... Tengah sedap2 rehat, tiba2 mak pada sorang kawan baik tu (kawan ni macam lalang sikit kadang2 tapi dia baik je...) datang bawakkan satu kotak pensil warna yang ada banyak pilihan tu...

Kita yang selalu dibelikan 12 batang pensil warna (warna2 asas) tu pun dah rasa bangga. Daripada takde kan? Itupun tak pilih panjang ke pendek dah lagi. Bila tengok kawan tu dapat kaler yang banyak macam tu, agak terkesima tapi belum sempat nak dekati dia dan maknya tiba2 terdengar maknya kata, "adik, jangan bagi sape pun pinjam kaler ni tau. mesti simpan baik2". Langsung aku dan kawan2 pandang dari jauh je.

Walaupun kecik lagi, hati dan perasaan tetap je ada. Selamba je sound camtu. Kan aku dah kata sekali kau cakap, sampai bila2 aku ingat tau... Mungkin kalau jumpa balik diorang semua, diorang pun tak ingat lagi agaknya. Sampai macam tu sekali ingatkan anak pasal kaler je?

Aku pun tahu lokek jugak tapi dulu2 kot. Sekarang ni bila perlu untuk kedekut barulah aku kedekut. Sepatutnya hal2 yang begini kalau semakin umur tu meningkat, sepatutnya kita semakin faham dan semakin tahu bila dan bagaimana untuk kedekut, kan? Sekarang ni ada je keliling aku yang lokeknya ya Allah... Tak dapek den nak nolong...

Macam Haji Bakhil tu la. Susah nak keluar duit walaupun dengan keluarga sendiri. Itu masih tak punya keluarga lagi, kalau dah beranak-pinak tak tahulah nak kata apa. Bukan nak kata diri ni baik sangat tapi sebagai orang yang memandang, aku tahu dan nampak apa yang sedang berlaku. Sampai bila nak bergantung dengan mak ayah keluarkan duit untuk kita? Nak2 sebagai lelaki yang bakal mengetuai sesebuah keluarga nanti.

Harap2 cepatlah berubah. Kadang2 aku pulak naik rimas, naik segan perangai dia yang macam tu. Sebab aku perempuan, bagi aku lelakilah yang paling payah nak keluarkan duit (terutama yang bujang2 tapi bukan semualah). Perempuan pulak ada jugak tapi dari kajian yang aku buat sendiri senyap2 (cet, dah macam pakar motivasi pulak...), perempuan adalah kaum Hawa yang mudah nak keluar duit...

Kalau tak, takkan gelang sampai ke siku? Takkan rantai labuh2 (emas celup kata kawan aku...) sampai berjuntai2? Beg tangan pun boleh tahan harganya? Haha, Kata Dulang Paku Serpih... Kata Orang Aku Yang Lebih. Macam biasa, ini adalah peringatan untuk semua. Lokek itu boleh tapi kena pandai2 adjust la ye. Takkan pasal makan pun nak berkira2 kan?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...