Skip to main content

Sabar! Ini Cuma Ujian Kecil Je...

Salam...

Dari hari ke hari nak menulis asek rasa masa tak mencukupi je. Rabu, hari paling sibuk setiap minggu kecuali selepas cuti 2 minggu yang lalu. Sekarang semuanya dah kembali ke mood "Mari Belajar Dengan Bersungguh2" - itu dulu tapi sekarang, "Mari Belajar Dengan Bersemangat, Time Rehat Kita Kejar2 Sambil Jerit2"... Nama je sekolah perempuan tapi sama je macam ada budak2 lelaki jugak. Sana sini menjerit dan paling tak boleh blah time puasa lagi galak budak2 ni menjerit berlari2...

Semalam masa nak sangkut kunci kat tempatnya, aku disoal dengan soalan2 yang tipikal dan klise. Sampai penat nak menjawab dan nasib baik hp kesayangan (sangat la...) ni banyak membantu. Time tu tengah sibuk balas sms kawan2... So, jawapan pun biasa2 je. Ok, soalan dia ialah, "Ko duduk atas ke bawah? Ada naik2 kat atas tu?"... Dengan mimik muka yang paling tak boleh blah (aku tahu aku tak cun...). Muka the kakak tu selalu ubah2. Bila2 suka dia senyumlah. Kejap lagi dia masam mencuka sepanjang hari...

Aku tak tahu dan tak faham kenapa dalam ramai2 orang, dia yang paling suka tanya soalan tu? Orang lain tak heran pun kalau aku ada kat lab ni sepanjang setengah hari setiap hari kecuali Sabtu Ahad. Bila fikir2 semula baru aku tahu yang sebelum ni sejak lab ni siap semuanya aku adalah orang pertama yang jaga lab ni. Maksud aku kat sini, yang hari2 amek kunci, bukak lab, jaga lab sampai habis waktu aku keje (pukul 2pm)...ialah aku je... Senang kata memudahkan semua cikgu2 kat sini, jadi takdelah kena amek kunci, bukak lab dan mengajar, bila habis kelas kunci balik lepas tu sangkut balik kunci...

Aku rasalah kan, dia nak dengar aku ni duduk kat lab atas sepanjang hari sampai diberitakan aku diganggu atau apa2 je lah. Sebab ada cleaner tu kata ada yang ternampak2 kelibat kat atas tu. Mula2 aku masuk keje dulu aku agak berani jugak naik atas sorang2 walau takut2 tu ada tapi lepas dah diorang tanya macam2, aku jadi...ei, apa hal dengan diorang ni? Budak2 dulu pun ada jugak nampak entah apa2 kat atas tu. Tapi, logik jugak sebab sejak dibina sampai sebelum aku, takde siapa yang tunggu kat lab sepanjang hari...

Takpelah, ini ujian untuk aku kot. Terima sajalah dan redha. Walaupun lab hanya 1 bangunan saja dan terletak jauh dari blok lain tapi tetap dekat dengan kantin sekolah... Itu yang bestnya... Tapi tak pulak aku ke kantin bila ada masa. Sekali je beli pagi2 dan makan dalam lab. Takde keje lain agaknya nak pergi kantin setiap kali ada masa terluang?

Diam tak diam, pejam celik pejam celik, dah 10 bulan aku keje kat sini. Tinggal 2 bulan je lagi aku bakal tinggalkan sekolah ni. Kira merasa jugaklah keje setahun, iAllah! Selalu hampir2 pun 9 bulan, 7 bulan je lamanya... Dan pencarian keje sudah bermula. Ada ke patut, bila aku kata aku nak habis kontrak lagi 2 bulan, one of the company yang aku hantar resume untuk mintak keje kata, "Saya perlukan minggu depan"... Maksud minggu depan ialah minggu ni. Kecoh betullah diorang ni...

Takpe, berpegang teguh kepada "Rezeki Ada Dimana2...". Dan aku sekali lagi (lepas banyak2 kali) dinasihatkan untuk teruskan menjahit. Aku tak tahulah kenapa menjahit ni bukan sesuatu yang boleh buat aku minat? Orang kalau dah minat, belajar sikit je pun dah boleh buat sepasang baju kurung dengan kemas sekali. Tapi aku yang dah belajar 2 tahun ni pun masih terkial2 nak potong kain dan menjahit. Aku akan jadi suka bila buat baju dengan guna pola. Setakat copy paste itu memang dah jadi kesukaan aku, huhu!

Dan kalau minat itu yang jadi perkara pokok, bila2 ada masa terluang mesti aku takkan lepaskan, kan? Tapi, entahlah... Takde komen yang tepatlah. Alasan je memanjang... Nak jahit manik kat baju pun aku tak pernah berjaya. Mana taknya kalau cuba pun sekali 2 je? Semangat mula2 je lepas tu hampeh... Macam semalam, siap dah bentang kain, lipat dua untuk labuh baju lepas tu siap buat air oren sejuk pulak... Dalam ukur2 tu tiba2 aku jadi 'hilang'. Huh! Tak sukanya aku...

Dan takkan sempat siap sebelum Sabtu ni pun. Nasib baik ada spare baju yang jarang2 aku pakai. Aku suka buat baju yang fesyen2 sikit selain baju2 kurung. Dan lebih puas hati bila dapat buat sendiri. Rugi tersangat2 sebab aku dah buang semua pola2 masa aku belajar dulu. Konon2 yakin boleh buat sendiri padahal masa belajar dulu orang yang selalu buatkan pola...

Dan seperti kebiasaannya, entri aku mesti akan jadi 2-3 tajuk (sebenarnya) tapi akhirnya dalam 1 tajuk je... Sebab? Aku kan suka campur adukkan apa yang aku fikir semalam masa nak tulis+apa yang tiba2 aku terfikir hari ni nak tulis... Dan terhasillah entri yang agak bersepah2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...