Skip to main content

Sungai Nil & Mesir Juga Jodoh...!

Salam... (13 Mac 2009, 08:52am)

Ingat lagi dengan dialog kat atas tu? Benar kata Maria... Betapa dia sangat sukakan Fahri, jatuh cinta pada seorang Fahri... Macam mana kita nak insan sebaik Fahri itu mendampingi kita sebagai pasangan hidup, kita tentu mahukan yang terbaik untuk dia dari kita kan? Tapi bukanlah perlu mengubah apa yang kita tak boleh ubah hanya untuk memenuhi apa yang kita rasa tak cukup lagi untuk berdampingan dengan insan yang terbaik...

Setiap insan punya jodohnya masing2. Dan apapun yang diberi itu semua takdir DIA yang tentukan. Mungkin bukan sekarang dan kalau esok lusa datang menjengah pasti ada sesuatu kejutan yang kita tak sedar akan kewujudan tersebut.

Kenapa aku tiba2 suarakan hal yang 1 ni? Sebab diri aku dan semua... Kenapa? Mari aku terangkan selanjutnya eh?

Orang selalu kata pada aku, jodoh tu ada untuk setiap orang... Tak kira siapa, di mana dan bagaimana sesuatu pertemuan itu terjadi. Dan kata orang lagi kalau dah jodoh tak kemana... Ye, betullah tu. Ini apa yang asasnya sajalah yang aku faham.

Aku adalah orang yang selalu rasa jodoh tu takkan datang menjenguk. Tapi bila difikir2kan kembali, telahan aku tu salah rupa2nya tapi bukanlah bermaksud aku dah jumpa...belum lagi tau! Cuma bila tengok keadaan keliling dan ia telah membuka sedikit pandangan aku pada jodoh.

Ada orang jodohnya hanya berjumpa secara tak sengaja kat tepi jalan... Ada tu kenal dalam telefon je, kenal kat alam maya, melalui kawan2 dan ada yang ditemukan oleh ahli keluarga terutamanya mak ayah sendiri... Apapun cara jodoh itu tiba, semuanya telah ditentukan tapi tidak semua menemui jalan bahagia, bukan? Apapun ianya berbalik kepada soal hati dan perasaan...

Satu contoh yang nak aku tuliskan di sini ialah jodoh yang ditentukan melalui mak ayah yang mencarikan. Ada sebab kenapa mak ayah itu suruh kita kawen dengan pilihan diorang. Bukan saja2 tapi ada jugak contoh2 yang mana mak ayah suruh kawen sebab keluarga tersebut berharta (ni dalam filem selalu ada...), berkenan dengan bakal menantu, kawan baik dengan bakal besan dan sebagainya...

Aku ambil contoh daripada drama Nur Kasih. Cerita tu semakin mendapat perhatian daripada aku dan orang2 yang pertama kali menontonnya... Kenapa menarik? Cite2 melayu ni jarang yang banyak bagi inspirasi dan mengajar kita? So, setakat ni cite ni antara yang terbaik...

Contoh lagi, part yang Nur Amina dipinang oleh keluarga Adam & Aidil. Sebenarnya Aidil yang minta mak ayahnya datang meminang Nur untuk diri dia TAPI sebaliknya pula yang jadi... Alasan ayah diorang yang semakin uzur itu ialah untuk selamatkan Adam. Selamatkan dari terus sesat dalam hidup... Faham2 sendiri jelah ye? Aidil macam mana? Dia redha lepas ayahnya beritahu sebab2 kenapa dia buat begitu.

Ada banyak perkara kat sini yang kita boleh nampak sama ada tersurat atau tersirat. Yang tersuratnya ialah alasan ayahnya. Betullah apa yang dibuat tu. Selama ni Adam selalu ingat ayah dia tak sayang dia. Tapi sebenarnya bila mak dia pujuk betul2, hati dia lembut jugak. Mana ada mak ayah yang tak sayangkan anak2nya? Nak2 pulak sampai dia boleh belajar sampai obersi sana...

Yang tersiratnya? Tak dapat nak fikir pulak sekarang ni. Apa yang aku nampak ialah betapa dia sangat2 beruntung ditemukan jodoh dengan seorang wanita yang baik dari keluarga dan keturunan yang baik macam Nur Amina tu. Nur pun rasa apa yang Adam rasa tapi sebab mak ayah yang suruh kenapa dia perlu tolak? Bukan merelakan atau tak cuba untuk menolak tapi tentu ada sebab kenapa mak ayah Nur Amina beria2 suruh dia setuju?

Dia juga punya cita2 sendiri yang dah lama dia pendam. Baru je terima tawaran sambung belajar, alih2 diminta untuk berkahwin dengan Adam, orang yang pernah dia suka satu masa dulu (baru aku tau dia pernah suka Adam rupa2nya?). Tapi kalau pinangan itu datang daripada Aidil mungkin Nur akan terus terima. Adam yang dia kenal sekarang depan mata dia tak sama macam Aidil.

Dan akhirnya diorang disatukan dengan rasa yang sangat2...entahlah? Susah nak diterangkan... Nur sempat menjenguk Adam sebelum diorang disatukan. Adam pelik kenapa dia mesti kawen sedangkan diorang tak suka sama suka pun. Nur tu pun kalau ikutkan hati memang tak suka jugak kan... Redha saja dengan ketentuan...

Aku selalu percaya pada 'Cinta Yang Hadir Selepas Berkahwin'. Aku belum rasa dan tak tahu akan rasa atau tidak... Rasanya lebih manis sebab tak perlu sembunyi2, nak takut pada halal haram, bebas kemana2 berdua... Dan pada yang dah merasainya saja lebih tahu...

Ada yang mati2 kata kenapa nak kawen ikut pilihan orang tua? Dah lah diri sendiri terseksa dan juga bakal menyusahkan orang2 keliling. Bagi aku lama2 cinta tu pastikan datang...iAllah! Siapa yang tak suka tu? Dia adalah orang yang agak dekat dengan aku tika ini. Dengan dia, aku kena pandai tackle untuk menjawab soalan2 yang dia bagi. Selalu aku yang bertanya tapi tidak kali ni...

Jenuh jugak nak jadi spontan dalam menjawab soalan2 dia. Kita cakap ikut jalan yang ini, dia pusing ikut jalan yang lain. Sampai sudah tak ketemu jawapannya. Dan rasanya dia cuma mahu meluahkan saja tetapi bukan nak sangat jawapan dari aku. Apa2 jelah encek ye? Tak kena pada diri sendiri, bolehlah cakap macam2...

Dan aku harap kita semua temu jodoh yang sebenarnya yang telah ditentukan oleh DIA dan segalanya kita terima dengan hati yang terbuka dan redha. Semua yang berlaku memang ada hikmahnya cuma kita je tak perasan semua tu...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

susudalambotol said…
kita tka pernha tengok cerita tu. tapi mak kita kata best.

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...