Skip to main content

Mood Hilang!

Salam...

Takde2 mood pun nak jugak selit2 entri tau. Alkisahnya sejak 2 menjak ni aku rasa semacam... rasa sesuatu yang tak dapek den nak terangkan. Aku ni tak habis2 sesuatu la, semacam la... Takpe, selagi ianya hanya aku yang rasa, selagi itulah aku akan tulis kat sini... Dah macam apa je ayat2 aku ni?

Petang tadi (act, sejak semalam lagi) tak dapat nak lelapkan mata. Kalau cite kat orang (dah selamat cite pun), semua teka benda yang sama je. Ada jugak kena mengena tapi aku selalunya macam nilah. Ada satu2 masa aku akan jadi terlalu mudah untuk tido dan satu2 masa yang lain jadi sangat2 susah nak tido.

sampai nak makan pun sakit kepala eh dik? kesian dia...

Esoknya bila ada kelas kat lab yang biasanya tak memerlukan khidmat aku untuk membantu (on kan OHP je...) aku amek kesempatan untuk lepak n tido kat bilik server je. Memang syok wooo, sebab bilik ada ekon... Tido lah sampai habis kelas... Kalau sejam kelas tu, dalam 1/2 jam aku melantak buat taik mata... Sampaikan pernah 1 masa aku 'kantoi' dengan cikgu yang uruskan lab tu... Haha!

Tapi aku tak kisah atau rasa bersalah sangat pun. Lagipun keje aku bukan kena buat apa2 selain jaga dan pantau lab ni (untuk kemudahan semua cikgu2)... Ada kawan pernah pesan, "jangan buat keje yang bukan keje ko"... Aku buat apa yang disuruh je dan tak lari dari skop keje setakat ni.

Aku hari2 pk pasal web sekolah yang tak lengkap2 lagi tu. Sebab aku rasa aku tak perlu nak sibuk2 sangat kot sebab ada orang penting tu pernah mintak alamat laman web sekolah dengan password sekali so aku anggap dia nak buat semuanya. Alih2 pagi tadi dia tanya macam mana dengan perkembangan laman web sekolah? Dalam hati, perkembangan apanya? Setakat gambar je bolehlah tapi itupun aku tak buat2 lagi... Takde satu maklumat bertulis pun sebenarnya tau...

Aku teringat kata2 kawan blog satu masa dulu yang mana kalau nak mintak kita buat keje satu2 tu, pandai2 lah cari kita bukan kita yang terhegeh2 pergi kat diorang dan kata kita boleh buat semua tu. Betul dan tidak kan? Setuju dan tak setuju jugak tapi bila dah terkena kat diri sendiri barulah kita tau semua tu.

Dan aku sangat2 harap aku ada mood semula, gembira dengan apa pun yang aku nak buat, akan buat dan dah selamat buat... Tak nak menyesal tapi nak cuba buat lebih baik dari yang lepas2... Kan hidup ni sekali je jadi aku sebolehnya taknak lepaskan apapun peluang yang ada depan mata... "tapi kalau dah asek berangan2 je, tak payah mimpilah", kata hatiku... Yelah hati...

Dah lah sejak pertemuan itu sampai ke detik ini buat aku tak keruan je... Sampai sanggup datang klinik semata2 dia? Gila betul la aku sekarang. Tapi hari ni dia masuk n aku takde... Aku berjaya 'lupakan' dia sekejap... Aku cuba tenangkan perasaan, cuba redha dengan apa yang bakal berlaku, cuba untuk tidak terlalu fikirkan dia, sabar banyak2 sebab ALLAH itu Adil dan Maha Pengasih. Tak hari ni dia makbulkan doa2ku, mungkin esok lusa... Ada yang terbaik yang telah dia takdirkan buat aku...

Doa Seorang Kekasih
In-Team

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Lirik ni aku baru perasan sama dengan doa yang aku jumpa dekat FP 1 of the finalist Cari Menantu - Sarah & Lotfi ... Sebab aku sekarang cari lagu2 Inteam semula, apa2 lagu nasyid yang pernah jadi teman setia aku kat kolej dulu (time tengah agak popular nasyid masa tu)... Dan aku kembali dengar Ikim.fm. Memang dah lama sangat2 aku tak ikuti seharian macam dulu2. Sebab? Entahlah ye? Diri sendiri tak berapa nak istiqomah kot? Dan sekarang lagu ni (Doa Seorang Kekasih) jadi teman aku pulak... Lagu ni dah 5 tahun, ok! Gelap sungguh hati ni...haha!

futnot: sila2lah kunjungi blog shop teman aku yang ini ye? dia baru2 je lagi biz barang2 dalam blog shop tu... free2 kan jari n klik kat blog tu selalu ye? terima kasih... Peach82

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...